Kalau Anak Tak Cukup Berat, Cuba Mama Tambah Minyak Dalam Masakkan. Kalau Berat Dah Ok, Tak Perlu

Share

Ramai ibu-ibu yang kurang jelas tentang penggunaan minyak dalam makanan bayi. Ada yang risau sesuaikah minyak digunakan untuk bayi. Dietitian, Puan Fizah Sobri menjelaskan bagaimana fungsi minyak digunakan dalam makanan bayi.

 

Banyak kali juga saya berdepan dengan soalan, Perlu ke tambah minyak dalam bubur anak? Minyak apa yang sesuai? Tak boleh minyak kelapa sawit kan? Olive oil je kan? tu pun extra virgin, tapi kalau tak mampu macam mana? Kalau tak letak takpe ke?Cukup zat tak anak?

Apa guna tambah minyak dalam makanan bayi?

Mommies mommies semua, fahami dulu konsep MENGAPA minyak dicadangkan untuk tambah dalam masakan

Apakah fungsi minyak?

Sebagai sumber lemak yang memberi extra kalori kepada yang MEMERLUKAN (kes kurang berat, kurang zat dan lain lain)

1 sudu kecil minyak memberi extra 45kcal berbanding dengan 1 sudu kecil simple karbohidrat iaitu 20 kcal

Siapakah yang memerluka extra kalori tersebut?

Bayi yang tidak cukup berat badan. Secara ASASNYA (saya kata asas sebab banyak lagi aspect yang perlu dilihat secara mendalam)

Pertambahan kalori = pertambahan berat badan

Maka pertambahan minyak = tambah kalori = tambah berat badan

TIDAK SEMUA BAYI memerlukan pertambahan minyak,jangan risau jika mommies tak nak tambah minyak dalam masakan

Tugas mommies adalah memastikan MAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG (Tiada gula,garam,perasa tambahan dan mengandungi gabungan karbohidrat,protein dan serat dalam setiap hidangan utama)

Macam mana pula dengan jika wujudnya keperluan pertambahan minyak? Apakah minyak yang sesuai?

Semua jenis minyak sayuran adalah sesuai. Dari minyak kelapa sawit, minyak sunflower,minyal zaiton dari segi KALORI semua memberi nilai yang SAMA.

TETAPI jika ada budget lebih nak memberi minyak extra virgin olive oil (EVOO) juga boleh.
Sebab walaupun NILAI KALORI SAMA kandungan LEMAK TIDAK TEPU (monosaturated&polyunsaturated fat) adalah BERBEZA.

Nilai Lemak tidak tepu (monounsaturated fat) adalah tertinggi dalam EVOO maka ia paling senang dicernakan dalam usus bayi.

Minyak lain juga ada komposisi lemak tepu dan lemak tidak tepu cuma berbeza dari segi JUMLAHNYA

(Boleh lihat dalam gambar di bawah)

MAKA jika ingin tambah kalori boleh tambah minyak dalam bubur bayi
JIKA TAK PERLU (berat bayi cantik,pertumbuhan konsisten) jangan tambah!

JIKA PERLU minyak mana mana boleh, ada budget lebih boleh beli EVOO takde minyak sawit juga boleh

TAKNAK MINYAK..sumber lemak lain juga ada seperti butter dan santan juga boleh tapi jangan lebih lebih ye.

Apa yang penting? SIHAT SEIMBANG dan anak mommies juga enjoy makan

Harap membantu

Sumber: Dietitian Fizah Sobri
www.nasihatdiet.com

 

Published by
NuFa