Kegembiraan bakal menyambut orang baru bertukar sedih sekelip mata apabila kelahiran yang dinantikan meragut keceriaan dalam rumah tangga yang dibina sejak 2015 setelah isteri tercinta dan bayi dalam kandungan di jemput ilahi.
Sebelum ini, pemergian ibu dan anak ini tular melalui perkongsian sepupu arwah yang memohon untuk mendoakan arwah Shamira Roslan agar diberi kesembuhan namun takdir Allah tiada siapa mampu menidakkannya.
Terbaru melalui status yang dimuat naik oleh suami arwah Shamira yang dikenali sebagai Shahidan dia meluahkan rasa sedih. Bukan tak reda tapi ia berlaku sekelip mata tanpa apa-apa tanda sebelum ini.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati, anak sulung yang berusia 4 tahun dan masih memerlukan kasih ibu seolah belum mengerti pemergian ibu buat selama-lamanya.
‘Aisy Hafiy harta yang ayah ada’
Assalammualaikum buat isteri yang ku sayang. Terlalu berat ayah nak pikul seorang diri demi anak kita Aisy Hafiy. Satu-satunya harta ayah yang ada. Kita mula kenai di satu tempat kerja yang sama. Kita bertunang dalam masa yang cepat. Sebab masa tu ayah rasa dah memang pilihan ayah. Bila ayah jumpa ibu memang hati ayah berkta memang ibu la orang yang selama ini ayah cari. Mula ibu malu dan takut sebab takut ayah mainkan perasaan ibu tapi ayah buktikan cinta ayah pada ibu.
Ayah balik kerja cerita dekat mak ayah dah jumpa calon isteri yang betul-betul baik. Mak pun setuju. Kita pun bertunang pada tahun 2014 raya ke-3. Lepas bertunang tempoh yang ayah dapat adalah 1 tahun. Ayah takut sebab tak cukup duit. Tapi semua tu berjalan dengan lancar. Pada 14/12/2015 kita berkahwin, masa tu ayah dah hilang kerja duit memang dah tak ada dah ni. Sampai motor pun orang bagi pinjam untuk guna harian. Ibu la yang kerja cari duit apa semua untuk keluarga kita.
Besar pengorbanan ibu untuk keluarga kita
Memang ibu tak pernah rasa penat cari duit. Ayah betul-betul terasa sebab ayah tak kerja ibu je yang kerja. Dapat je gaji mesti habis. Ibu tak pernah nak mintak beli apa-apa dekat ayah. Ibu cari duit untuk beli barang ibu sendiri tak pernah nak cakap nak barang yang berharga ke apa ke cuma ibu cakap ada rezeki ibu nak beli sendiri dengan duit ibu sebab ibu tahu ayah kerja duit betul-betul cukup makan.
Pada 16/12/2016 lahir la seorang putera ayah Aisy Hafiy. Macam-macam dugaan kita sayang masa nak bersalin anak yang sulung. Sampai kena hantar ke Ipoh 3 minggu ayah tidur apa semua dalam kereta. Ayah tak kisah sebab ayah tahu ibu kuat semua tu.
Dapat tahu kandungan kedua baby ‘girl’
Pada 2020 ayah dapat berita yang ibu dh mengandung ayah seronok sangat sebab baby yang dalam perut tu perempuan. Ibu happy sangat sebab ada kawankan. Dari mula ibu bawak perut sampai la 13/10 ibu pi klinik sendiri bawa motor dengan anak sebab ibu faham ayah kerja.
Hanya batuk, sedar-sedar muka ibu pucat
Tiba 16/10/2020 ibu batuk sikit-sikit ibu siap cakap mungkin dah hujung ni alah tu mai. Tak apa la ayah pun ok la. 17/10/2020 pagi ayah sedar tidur tengok muka ibu terlalu pucat. Ayah dah pikir lain dah. Terus bawak ibu ke hospital. Bila ibu duk dalam kecemasan doc bagitahu jantung ibu betul-betul slow. Nafas ibu pun slow.
Baby pun dah meninggal dalam perut
Doc scan baby tak nampak jantung kali ke 2 pun tak nampak masuk yang ke 3 baru nampak dan ayah dikejutkan berita yang tak elok. Anak dalam perut dah tak ada rasa nak luruh jantung ni ibu. Doc cakap kami dahulukn mak dulu. Ayah terima dengan hati yang reda yang anak dah tak ada.
Allah ambil ibu selamanya
Selepas dah keluarkan baby depa pindah ibu ke wad c2 icu. Doc cakap ibu kritikal. Ayah tak boleh nak kata apa dah. Ayah p mandi apa semua. Pada 9.30pm doc call cakap jantung ibu dah berhenti. Masa tu ayah seorang dekat situ tak ada siapa yang datang lagi. Ayah kuatkan semangat call semua adik beradik ibu dan ayah. Bila tiba pada 10.35 doc bagitahu yang ibu dah tak ada. Ayah dah tak boleh kawal dah perasaan ni. Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Ayah cakap betul memang ayah tak boleh terima yang ibu/anak dah tak ada. Betul-betul berat dugaan Allah bagi dekat ayah. Sebab nak jagakan anak yang masih 4 tahun 10 bulan ibu. Ayah cuba untuk kuat demi anak kita dan cinta kita. Selepas dah selesai semua dekat hospital dan dekat tanah perkuburan Kg Cheh Bukit Gantang.
‘Kalau anak tanya, apa ayah nak cakap..’
Ayah tak boleh nak bayang apa yang anak akan tanya. Ayah cuba bagitahu anak kita dia tahu ibu dan baby dah tak ada tapi dia tak faham apa ibu dah tak ada. Ayah rasa nak nangis ibu dalam sekelip mata ayah kehilangan 2 nyawa yang ayah tak boleh lupakan sampai habis nyawa ayah. Ayah janji ayah akan jaga amanah ibu sampai habis nyawa ayah. Wajahmu masih terbayang di mata dan di hati. Ibu la yang awal ibu la yang terakhir buat ayah. Ayah akan besarkan anak dengan penuh kasih sayang ayah akan cuba jadi ibu/ayah buat putera kita.
Al-fatihah buat isteriku yang tercinta
Al-fatihah buat puteri ku (anak syurga untuk kamu dan ibu)
Akan ku ingat sampai bila-bila 18/10/2020..
Sumber: Bulat Shahidan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)