Kalau anak tengah batuk, ibu memang susah hati. Sebelum batuk anak jadi lebih teruk, ibu dinasihatkan berhentikan sekejap memberi anak makan makanan dan minuman bertenusu dan bergula. Kenapa?
Sekiranya yang mengalami batuk adalah anak bawah umur 2 tahun, pemberian ubat batuk memang tidak dibenarkan sama sekali. Seeloknya rawat dulu batuk yang baru dialami oleh anak dengan cara rawatan menggunakan bahan semula jadi yang ada di dapur selain mengelakkan daripada memberinya makan dan minum makanan yang boleh menggalakkan lagi pengumpulan kahak seterusnya menyebabkan batuk semakin teruk.
Baca penjelasan yang dikongsi oleh Intan Nornie Sheika mengenai kenapa perlunya hentikan seketika pemberian makanan dan minuman tenusu dan gula semasa tengah batuk.
Sekarang musim tidak sihat. Kawan-kawan Adam, ramai yang batuk, berkahak dan selsema.
Cassein dalam susu
Cassein ini adalah kumpulan protein yang ada dalam susu. Dalam susu lembu, akan ada dua bahagian utama iaitu bahagian cecair whey dan cassein. Kedua-duanya ialah protein susu.
Whey adalah kumpulan protein-ringkas (mudah hadam) dan cassein ialah protein yang kompleks (mengambil masa untuk hadam). Kombinasi kedua ini perlu untuk kita dapatkan susu.
Ketika situasi ada radang dalam perut kita (inflammation), aktiviti metabolisme laktosa dalam susu hasilkan asid laktik. Atau dipanggil ‘sisa sampingan’. Asid laktik didalam persekitaran usus (gut flora) kita akan hasilkan asid perut dan cassein terkumpul sebagai ‘curdling’ di usus.
Ini yang cetus lebih keradangan dan seterusnya menggalakkan lagi penghasilan kahak. Oleh itu, ketika anak kita diserang selsema dan batuk, hentikan sebentar pengambilan tenusu sehingga hilang keradangan dalam badan anak.
Ads
Jadi memang tak elok ke minum susu ?
Bukan begitu. Jika dalam keadaan kesihatan tidak menentu, memang sebaiknya elak sahaja tenusu. Boleh google ‘cassein-free diet’. Sangat membantu kita detoks semula sistem dalam badan kita.
Detoks paling baik adalah dengan berpuasa. ‘Merehatkan’ sistem kerja usus, membantu kesihatan yang lebih baik (gut healing).
Apa perlu dibuat ketika batuk, selsema atau berkahak.
+ Banyakkan pengambilan cecair (air/sup)
Ads
+ Jauhi produk tenusu dan gula
+ Ambil makanan dalam bentuk fiber ringkas
Remedi alami untuk batuk, selsema atau berkahak
+ Madu asli
+ Air rebusan kunyit bersama madu
+ Campuran air rendaman halia bersama kayu manis diminum
Ads
+ Cuka epal/kurma/zaitun bersama kunyit atau halia
+ Lemon/limau purut bersama halia atau kunyit
+ Rooiboos tea
+ Air rendam daun marunggay/moringa
+ Rendaman air bersama daun tulsi
Nota tambahan
Ketika sistem pertahanan merudum, perkara utama ialah elakkan gula (walaupun organik) untuk seketika. Gula, bagaimana neutral dan sihat, tetap mempunyai salah satu fungsinya : makanan kepada bakteria.
Ada beberapa ilmu tentang cassein untuk pengambilan tenusu sebagai minuman dan masakan iaitu baka lembu. Lembu yang menghasilkan cassein Beta A1 atau A2 juga mempengaruhi imun kita. Nanti tibu ceritakan di post yang lain.
Berat badan isteri yang berlebihan selalu dianggap isteri kuat makan dan banyak berehat daripada melakukan sebarang kerja. Sebenarnya, bukan itu faktornya, isteri yang kurang rehat dan tak cukup tidur juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan hormon dalam badan. Jadi suami perlu tahu 5 tanda isteri tak cukup tidur dan kurang rehat.
Semua Suami Kena Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur;
1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur
2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.
3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.
4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!
5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.
Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.
Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!
Musim anak selesema dan batuk kadang-kadang buat mama papa jadi risau. Mana tidaknya, selesema dan batuk boleh berjangkit pada adik-beradik yang lain.
Biasanya kalau anak selesema dan batuk, kita akan elak daripada bawa anak keluar. Tapi kali ini kita boleh cuba ubah dengan membawa anak keluar untuk mendapatkan kesembuhan dari alam semulajadi. Tapi ingat, bukan bersiar-siar dalam pusat membeli-belah tau!
Ikuti perkongsian Dr Mazliana tentang manfaat alam semulajadi untuk kesembuhan serta kesihatan anak-anak.
Bawak anak keluar cari matahari dan tanah bila batuk dan selsema.
Kalau dulu kita tak berani bawak anak keluar rumah bila sakit, sekarang kita kena ubah pulak. Lagi anak tak sihat, lagi kita bawak keluar. Tapi masih dalam keadaan berjaga gitu.
Cari ikhtiar baru, kalau anak asyik batuk tak henti-henti, hidung pulak berair selalu.
Baru ni anak saya batuk. Seharian jemur kat luar. Dari pagi sampai petang. Waktu terik sangat, duduk bawah pondok dan dia tidur. Masih di luar rumah.
MasyaAllah, dalam masa 3 hari je dah selesai batuk berkahak dia. Fuh, hebatkan Allah ciptakan alam pun boleh jadi asbab penyembuhan buat anak.
Ubat paling power tau matahari dan tanah ni. Percuma pulak tu. Rugi sangat kalau kita tak ambil peluang kan.
Lebih masa di luar rumah, lebih terdedah dengan matahari, lebih banyak vitamin D yang kita dapat, lebih cepat anak nak sembuh, insyaAllah dengan izin dariNya.
Bila bersentuhan dengan tanah pulak, berlakunya perpindahan cas-cas antara tanah dan tubuh badan. Dapat kurangkan keletihan dan keluarkan hormon bahagia buat anak. Bila bahagia dan tak stress, cepatlah sembuh bila sakit kan.
Boleh cuba tau. Ramai sangat tanya pasal anak tak sihat. Apa saya share, kadang menjadi, kadang mungkin tak menjadi. Ikut keserasian dengan anak-anak kita.
Kalau korang dah buat semua, tapi masih tak menjadi, jom cuba bawak anak cari nikmat matahari pulak. Mana tahu di situ ada penyembuhan buat anak-anak korang kan.
Kita cuba sama-sama ya, carikan jalan terbaik untuk penyembuhan anak secara menyeluruh, insyaAllah.
Pengalaman menyaksikan sendiri isteri bersalin di depan mata tentunya membuatkan suami tahu betapa besarnya pengorbanan seorang isteri. Proses bersalin yang ibaratnya perjuangan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat sendiri adalah sesuatu yang cukup hebat untuk ditempuhi oleh seorang wanita.
Pengacara dan selebriti masakan, Cef Naem baru-baru ini selamat bergelar seorang ayah apabila isterinya, Nurul Syazwani Zulkaffli selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 23 Oktober.
Berkongsi pengalaman yang cukup bermakna menemani isteri saat kelahiran putera sulung, Cef Naem beranikan diri walaupun hampir termuntah pada mulanya. Namun dia berjaya menahan diri untuk melihat sepanjang proses isterinya itu bersalin.
“Mula-mula tak berani juga sebab saya bukan boleh tengok darah, boleh pitam. Bagaimanapun, saya beranikan diri. Hampir nak muntah mulanya, tapi berjaya tahan.
“Lepas tengok isteri meneran, kemudian nampak sikit-sikit kepala bayi keluar tu, memang buat diri rasa insaf. Buat saya rasa lebih menghargai dan sayang isteri selepas ini,” ceritanya.
Menurut Naem atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Ramli, bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat bersalin sekitar pukul 4 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
“Agak lama juga tunggu selepas doktor induce dari pukul 10 pagi sebab dah genap 40 minggu.
“Syukur, semuanya sudah selamat. Nama pun belum ada lagi. Insya-Allah nanti nama saya akan kongsikan selepas tujuh hari,” katanya.
Sementara itu, Naem menerusi satu hantaran di Instagram miliknya juga turut berkongsi gambar bersama bayi perempuan tersebut, namun tidak didedahkan lagi wajahnya.
Katanya lagi, isterinya yang juga merupakan seorang pegawai polis itu akan menjalani tempoh berpantang di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan.
Sebelum itu juga Chef Naem turut memuat naik satu hantaran yang lain memohon doa dari semua agar dipermudahkan urusan mereka yang akan menimang cahaya mata.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.