Keracunan adalah penyebab utama penyakit di kalangan kanak-kanak. 90% masalah keracunan berlaku di rumah.

Kalau Anak Termakan Sabun Atau Bahan Beracun, Baringkan Anak Pada Posisi Mengiring & Cuci Mulut Mereka Secepatnya

Kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun adalah berisiko tinggi mengalami keracunan kerana sifat ingin tahu semula jadi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

Sumber racun yang biasa terdapat di rumah:

-Minyak tanah dan hidrokarbon (petrol).
-Ubat-ubatan.
-Racun serangga, racun rumpai.
-Bahan pencuci, pengilat, kaustik.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak anda terkena racun?

-Bersihkan racun daripada mata, kulit dan mulut anak anda.
-Sentiasa menyimpan nombor telefon Pusat Racun Negara (04-6570099) di tempat yang mudah dicapai (cth : di pintu peti sejuk).

Mata
-Cuci mata dengan air mengalir sekurang-kurangnya 5 minit dengan mata terbuka.
-Jangan biarkan anak anda menggosok mata yang terkena racun..

IKLAN

Kulit
-Cuci racun yang terkena kulit dengan air yang banyak.
-Tanggalkan pakaian yang terkena racun.

Mulut
-Keluarkan semua ubat daripada mulut kanak-kanak.
-Periksa untuk kesan terbakar, luka atau iritasi.

Jika terdedah kepada gas atau asap:

-Pastikan anak anda mendapat udara segar.

IKLAN

-Longgarkan semua pakaian.

-Jika tidak bernafas, bersihkan kerongkong anak anda dan mulakan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Teruskan sehingga bantuan tiba.

-Jika tertelan racun, segera bawa anak anda ke hospital berdekatan.

-Jangan galakkan anak anda muntah jika dia pengsan atau mendapat sawan akibat daripada keracunan minyah tanah / asid / alkali.

IKLAN

-Baringkan anak anda pada posisi mengiring dan cucikan mulut daripada bahan racun tersebut.

-Bawa anak anda ke hospital dengan membawa contoh racun.

Pencegahan

  • Awasi anak anda.
  • Simpan ubat-ubatan / alkohol di tempat yang tidak boleh dilihat atau dicapai oleh anak anda.
  • Simpan ubat-ubatan dalam bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak dan labelkan bekas tersebut.
  • Berikan ubat dengan sukatan yang betul.
  • Ubat yang tidak digunakan perlu dibuang / dimusnahkan.
  • Kendalikan makanan dengan selamat – sentiasa mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, masak daging mentah dan telur serta cuci buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Didik anak anda mengenai asas keselamatan.
  • Elakkan menyimpan racun dalam bekas minuman berkarbonat untuk mengelakkan anak anda keliru dan meminumnya.

Kumpulan Sokongan

Pusat Racun Negara
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel : 04-6570099
Faks : 04-6568417
E-mail : prnnet@prn.usm.my

Sumber: Myhealth Malaysia

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI