Copy of NEWBORN - 2020-06-16T110526.997

“Arghh..bestnya kalau sekolah dah buka. Tak payah dah pening-pening nak kena tengok pelajaran anak ni sorang-sorang tiap hari.” “Dahlah kena WFH..mana nak tengok kerja lagi, bereskan rumah, ni kena tengok tugasan yang cikgu bagi pulak. Yang anak-anak pun…semua harap kat kita. Aduhh.. stress la gini.”

Kalau Anda Sedih, Anak Juga Rasa Sedih. Sebab Tu Ibu Bapa Kena Bijak Kawal Emosi
Ramai rupanya mama mama yang dalam situasi begini ka? Emm..benar..ia sungguh tidak mudah. Ibu Rose sudi berkongsi solusinya.

Meh…baca apa yang Ibu kongsikan seterusnya.

Hari ni, Ibu nak kongsikan apakah perkara yang boleh dilakukan agar tenang dalam mengajar anak-anak di rumah. Alhamdulillah..Allah panjangkan lagi usia Ibu, dapat memberi dan berkongsi ilmu dengan kalian lagi.

Baik, kita teruskan ya.

Ada 4 perkara utama yang boleh dilakukan, iaitu:

1. STATE

Mudah ceritanya, adalah betulkan keadaan diri (state).

Bagaimana?

Dengan tenangkan diri dulu. Caranya adalah dengan ‘Connect’ diri dengan Allah.

Bila kita connect dengan Allah, kita dah tak risau tidak menentu mengenai masa hadapan anak-anak kita. Walaupun anak-anak kita mungkin payah untuk faham apa yang sedang diajar dan dipelajari, kita tidaklah menjadi cepat panik dan risau anak kita itu gelap masa hadapannya. Selalu ibu bapa menjadi panik tidak menentu kerana anak struggle untuk memahami sesuatu pelajaran. Risau apalah nanti nasib anak itu lantaran perkara itu.

Bila kita ingat kepada Allah, kita akan mempunyai satu perasaan tenang bahawa Allah memelihara anak-anak kita.Ini menjadikan kita lebih tenang. Lantaran itu menjadi lebih mudah mengajar anak-anak kita bila kerisauan tidak menentu ini hilang.

Oleh itu kita mula memohon agar Allah membantu kita.

IKLAN

” Ya Allah, aku tak tahu bagaimana nak mengajar anak-anak aku ni, kecuali apa yang Kau berikan dan ilhamkan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Berilah daku ilmu dan kemahiran yang sepatutnya aku ada agar dapat mendidik anak-anakku dalam suasana sekarang.”

Selalulah minta dan bermunajat padaNya. Akui kelemahan diri, dan berharap sungguh-subngguh padaNya. InsyaAllah, Allah PASTI akan bantu.

Bagaimana cara Allah bantu?

MasyaAllah.
PELBAGAI.
Pelbagai cara.
Pelbagai medium.
Pelbagai media.

Boleh jadi dari perkongsian ilmu di social media, dapat memberi jawapan dan ilham atau skill pada anda. Boleh jadi dari siaran radio yang kena pada persoalan.

Boleh jadi melalui kursus yang diikuti. Allah ada 1001 cara untuk membantu, asal saja kita ‘connect’ dan minta dariNya. Mintalah dari Allah agar potensi diri mengajar DIKELUARKAN dan dapat membantu anak-anak yang anda kasihi.

Percayalah, yang anda punya potensi diri yang hebat. Tinggal lagi, ia mungkin belum terserlah. Yakinlah, anda adalah ibu bapa yang terbaik pada anak-anak anda.

-Anda ibu bapa yang berdaya.
-Anda ibu bapa yang teguh hadapi cabaran.
-Anda ibu bapa yang pengasih dan tegas.

IKLAN

Apa yang anda rasa, anak juga rasai.

So, ibu bapa wajib bijak mengawal apa yang dirasai, apa yang berada dalam fikiran.

Jika ibu bapa tenang, anak akan tenang.
Jika ibu bapa stress, anak juga akan begitu.

Malah, Allah bersama sangkaan hambaNya.

Sebab tu sangattt penting mengawal apa yang anda rasa.

State yang tenang, InsyaAllah akan datang bersamanya solusi. InsyaAllah, anda akan lebih mudah mengawal keadaan.

Andai anda rasa takut, anak juga rasa begitu.
Andai anda rasa stress, anak juga akan rasa begitu.

IKLAN

So, ‘connect’ lah dengan Allah. InsyaAllah hati jadi tenang, dan SOLUSI akan mudah menghampiri anda.

2. TINGKATKAN KOMPETENSI MENGAJAR

Dalam kompetensi, ada 3 perkara yang sangat perlu dikuasai, iaitu :

i. Sikap : Mindset yang betul tentang mendidik anak, tentang anak tu sendiri, dan diri sendiri

ii. Skill yang relevan dalam mendidik seperti skil mengajar, skil komunikasi, skil Coaching dan skil memimpin.

iii. Skil membina pertalian yang baik dengan anak-anak. Bila ada hubungan yang baik dengan anak, maka sesi pembelajaran akan jadi lebih mudah.

Di sini juga, skil coaching sangat perlu. Seperti mana coach bola sepak yang bukanlah dia pemain terhebat dapat anugerah pemain terbaik contohnya, namun dia ada kemahiran strategi yang boleh membantu pasukan. Maka parents sangat perlu skilini, yang akan sangat membantu anak, mendorong anak. Ibu bapa bukanlah GURU pelajaran itu, tetapi COACH yang menunjukkan cara yang betul bagaimana untuk belajar.

iv) Ilmu
Untuk bijak memimpin atau coach anak-anak dalam belajar, bacalah sedikit sebanyak apa yang sedang anak-anak pelajari. Sayang tidaklah sampai pelu menjadi subject-mattet-expert. Namun, sayang ada garis panduan mengenai topik yang diajar itu.

Jika ini adalah payah untuk sayang, maka belajarlah bagaimana untuk bertanya soalan dan kuiz untuk anak-anak bijak mencari jawapan dari soalan-soalan yang anda tanya.

Ibu berharap anda mendapat sesuatu yang bermanfaat. Semoga ramai yang mendapat manfaat. Ibu doakan sayang dapat apa Ibu cuba sampaikan.

Salam kasih,

Sumber:
Ibu Rose & Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI