Bukan mudah untuk membesarkan anak apatah lagi mendidik mereka mengikut cara yang kita inginkan. Pendekatan perlu betul dan caranya tidak boleh terlalu keras dan memaksa. Paling penting, jangan letakkan harapan yangterlalu tinggi kepada anak-anak. Biarkan mereka belajar perlahan-lahan mengikut peredaran usia mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Adlil Rajiah, yang mengatakan ibu bapa selalu terperangkap dalam cita-cita sendiri sehingga gagal untuk melihat keistimewaan yang Tuhan ciptakan khas untuk anak, yang tiada pada kita.
Ikuti perkongsian lanjut Adlil Rajiah:
Seorang bapa mangadu pada saya–
“Saya malu lah anak saya masih tak lancar mengaji. Saya ni ustaz, sibuk ajar anak orang lain mengaji, tapi anak sendiri tak pandai. Malu saya. Nanti orang cakap apa pulak.”
.
Terus zasss kata2 si bapa itu bawa saya terbang ke memori lampau.
Saya ingat lagi, masa saya darjah-darjah,
BANYAK KALI saya diperli cikgu bahasa inggeris–
.
“Mak ayah awak pensyarah, tapi awak tak pandai English. Awak ni memalukan mak ayah awak, tahu tak.”
.
Sambil dihentak-hentak pembaris besi di atas meja.
Artikel Menarik: [Semua Anak Pandai Dan Ada Potensi Besar. Anda Boleh Guna 6 Strategi Hebat Ini Untuk Galak Mereka Belajar]
.
Dan di setiap kali itu lah, saya terpaksa tahan air mata sampai waktu rehat. Bunyi je loceng, saya terus pecut lari masuk toilet dan menangis puas2.
.
Settle nangis, basuh muka, terus pergi kantin jumpa kawan2 dan bergelak ketawa macam takde apa2 berlaku.
.
Sampai hari ni,
I still remember those days very clearly.
.
Padahal cikgu2 itu tahu saya ada masalah pendengaran. Maka sepatutnya mereka itu tahu,
saya belajar dengan cara berbeza–
BUKAN seperti murid2 kesayangan mereka yg lain.
.
Sama lah macam anak ustaz yang tak pandai mengaji tadi–
saya tak bodoh, cuma saya belajar dengan cara yang berbeza.
Saya tak bodoh, cuma orang sekeliling yang gagal memahami keunikan saya.
Artikel Menarik: [Nak Anak Pandai, Ibu Pun Ajar Sama. Jangan Harapkan Cikgu Semata-Mata]
.
Dan apa yang pasti–
SAYA BUKAN SIAPA IBU BAPA SAYA.
.
Kebanyakan kita,
semakin dewasa, semakin “bijak”,
kita semakin gagal melihat anak2 sebagai individu unik, yang tak terbandingkan dengan sesiapapun atas dunia ni.
.
Kita selalu terperangkap dalam cita-cita sendiri sampai gagal lihat keistimewaan yang Tuhan ciptakan khas untuk anak, yang tiada pada kita.
.
Kita pilih untuk nampak kelebihan anak2 orang lain, tanpa beri ruang dan masa pada anak sendiri untuk kenal dan dalami dirinya sendiri.
.
Setiap anak yang bodoh, tak pandai, malas, tak fokus, lembap di mata kita–
mungkin sedang menunggu kita untuk celik dan nampak mereka.
Hadir mereka ini semata-mata untuk buat kita berfikir sebenarnya.
.
Ustaz,
saya yakin anak ustaz bukan tak pandai mengaji.
Tapi mungkin ustaz yang kena ubah cara mengajar yang lebih menepati cara unik dia belajar.
.
Saya faham, bukan mudah untuk ajar dia.
Lain betul dari anak yang lain.
Kan?
.
Tapi percayalah–
dia ada kunci untuk unlock kemahiran mengajar LAIN yang ada dalam diri ustaz, yang ustaz sendiri tak perasan selama ni.
.
Sebab setiap anak ini hadir dalam hidup kita memang takde sebab lain–
melainkan untuk memerdekakan kehebatan dalam diri kita sendiri.
Sumber: Adlil Rajiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI