Kalau Bayi Dah Boring Makan Bubur Nasi, Cuba Menu Pasta Ini

Share

Bayi pun tahu rasa boring makan menu yang sama sahaja setiap hari. Kalau hari-hari ibu suap bubur nasi campur sayur lobak atau brokoli dan ayam mestilah lama-lama dia jemu. Mulalah dia tutup mulut rapat-rapat bila ibu nak suap. Memang anak bijak!

Ibu, cubalah pelbagaikan menunya. Selain nasi sebagai sumber karbohidrat boleh juga cuba pasta dan spagetti yang juga kaya karbohidrat. Boleh ke baby makan pasta? Eh, mestilah boleh.

Yang penting ibu kena bijak cipta menu berasaskan pasta. Ini antara contoh resepi pasta untuk bayi yang dikongsikan oleh ibu, Red Amy. Bolehlah ibu lain cuba untuk bayi anda juga. Mana tahu lebih berselera kan.

Anak saya sekarang dah berumur 10 bulan dan 2 kali dah buat baby pasta ni untuk dia, suka bukan main dia makan

Bahan-bahan:

Baby pasta

Carrot

Tomato

Unsalted butter

Cheese

Kalau tanya saya sukatan atau banyak mana bahan yang perlu, saya main agak2 je buat, ikut pada rasa.

Cara buat:

1. Rebus pasta ikut arahan pada bungkusan.

2. Rebus carrot dan jadikan puri (kukus pun boleh juga).

3. Kukus tomato sehingga lembut, buang kulit kemudian lenyek.

4. Tumis tomato tadi bersama unsalted butter kemudian masukkan cheese (hati-hati ya kalau api terlalu kuat cheese boleh hangit).

5. Dah masukkan cheese cepat-cepat padamkan api sambil kacau perlahan-lahan sehingga cheese cair.

6. Bila dah siap campurkan puri carrot ke dalam masakan tadi bersama-sama dengan pasta yang dah direbus kemudian kacau sehingga sebati. Kisar halus untuk si manja.

7. Siap untuk dihidang kepada yang tersayang.

Second time buat saya ada campurkan sedikit puri brokoli.

Anak makan sampai siap minta-minta lagi bila saya lambat suapkan kat dia.

Selamat mencuba

Sumber: Red Amy

 

Published by
Hasnita Sawal