Bila nampak bayi sendiri mula menghisap jari maka ramailah ibu bapa risau dan tertanya-tanya, “Tak cukup susu ke anak aku? Nak hisap puting ke?”. Lebih-lebih lagi bila si kecil menghisap jari dengan bersungguh-sungguh.

Kalau Bayi Hisap Jari, Biarkan. Itu Satu Pencapaian Yang Perlu Diraikan!

HISAP JARI ⚠BUKAN TANDA SAHIH⚠ ANAK PERLUKAN PUTING ATAU TAK CUKUP SUSU

Mana ada seorang bayi manusia pun yang tak hisap jari, betul tak?

Maka, makna di sebalik ‘hisap jari’ itu kadang-kala buat ibubapa keliru lebih-lebih lagi bila anak kelihatan ‘syok’ sangat hisap jari. Bersungguh-sungguh sampai berbunyi dan ada kalanya meleleh-leleh air liur 😅

Saintis menggelarkan hisap jari sebagai ‘sofisticated calming tool’ atau alat bantu tenang yang canggih. Kenapa ‘canggih’?:

✔ Kerana pada saat bayi mula pandai hisap jari dan menikmati perbuatan itu, bayi kini telah mempunyai 1 kemahiran menenangkan diri sendiri yang dia boleh buat tanpa perlu bantuan ibu atau alat.

✔ Kerana pandai hisap jari ini memerlukan kemahiran kawalan otot bukan saja untuk membawa tangan ke mulut tetapi juga untuk kekalkan jari di dalam mulut. Maksudnya, untuk pandai hisap jari, ia perlukan otak + otot bayi untuk berkerjasama menjayakannya. Ha, canggih kan?

IKLAN

So, siapa kata hisap jari tak elok?

Ini satu bentuk pencapaian bayi yang perlu di raikan tau!

Ramai bayi akan kelihatan mula cuba-cuba minat nak hisap jari bermula usia 2 bulan: ➡ Hisap semua jari, hisap ‘penumbuk’ dan hisap tepi penumbuk tangan. Ini semua BELUM MAHIR. Baru cuba-cuba nak mahirkan diri saja.

‘Mahir’ itu ialah bila anak telah mampu HISAP IBU JARI dengan mantap dan stabil (tak terlepas). Ini selalunya terjadi menjelang 3-5 bulan usia bayi. Sebab itu, hisap jari dalam English termanya ‘thumb sucking’. Bukan ‘finger/s sucking’ or ‘fist sucking’.

Kalau Bayi Hisap Jari, Biarkan. Itu Satu Pencapaian Yang Perlu Diraikan!

Ada beza ke hisap ibu jari VS hisap jari VS hisap penumbuk ni? Oh ada. Hisap IBU JARI beri kepuasan sebenar manakala hisap jari dan penumbuk tak begitu memuaskan maka tak begitu capai maksud ‘menghisap untuk merasa tenang’, secara amnya. Kenapa? Kerana untuk hisap itu beri kepuasan, puting (atau benda yang dihisap seperti jari) perlu di tekan dan di picit ke atas lelangit secara beritma (rhythmical pulsations) oleh permukaan lidah bayi lebih kurang mekanisma tekanan beritma hisapan botol atau penyusuan dari puting ibu atau puting tiruan.

IKLAN

➡➡ OK, soalnya, kenapa selalunya di usia 2 bulan baru bayi minat nak hisap jari ? 🤔🤔🤔

Kalau Bayi Hisap Jari, Biarkan. Itu Satu Pencapaian Yang Perlu Diraikan! Kalau Bayi Hisap Jari, Biarkan. Itu Satu Pencapaian Yang Perlu Diraikan!

Kerana, di usia 8 minggu (+/-), semua bayi manusia mengalami satu perkembangan mental yang di namakan: Dunia Corak & Bentuk

Maka, anda dapat lihat kadang-kala bayi merenung kertas dinding atau lukisan dinding rumah. Atau menikmati jalur cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap biliknya. Selalunya,bayi ‘saintis’ yang gemar berkelakuan begini.

Bayi juga lebih fokus bila memandang muka anda. Jika angin moodnya baik (cukup tidur), bayi nampak berminat nak berborak dan mampu senyum dan berbunyi ‘uh’ ‘ah’ sebagai respon. ‘Uh’ , ‘Ah’ dan bunyi pendek lain yang dapat di hasilkan dari peti suara manusia juga adalah sejenis corak. Bayi ‘sosial’ akan banyak berkelakuan begini.

IKLAN

Corak & bentuk bukan pada penglihatan dan sensasi luar sahaja. Tetapi juga dalam badan bayi. Maka bayi akan mula suka bermain jari serta mula cuba-cuba hisap jari kerana bukan sahaja bayi mula nampak antara jarinya ada 5 ruas (ruang antara jari), tetapi bayi ‘merasai’ pergerakan di antara tulang dan tendon nya. Lalu, bayi mahu meneroka corak gerakan dan koordinasi otot. Selalunya, bayi ‘atlet’ gemar berkelakuan begini.

***Ha…amacam? Menarik tak fakta sebenar di sebalik hisap jari?

Jika anak menghisap dengan SANTAI dan GEMBIRA tentulah ia sekadar mereka mahu bermain dan bereksperimen dengan jari mereka sahaja. Hisap jari begini bukan bermaksud mereka perlu berputing atau lapar!

Amat malang bila sebahagian ibu merasakan ia tanda tak cukup susu. Lebih malang, jika ‘nasihat kurang tepat’ itu datang dari ‘penasihat bahagian penyusuan ibu’. Ia menyebabkan ibu panik dan meningkatkan risiko ibu mula berfikir untuk mencampur susu formula HANYA KERANA SALAH FAHAM SIGNAL hisap jari anak.

Itu baru hisap jari tangan. Jika nanti anak dah kuat untuk angkat kakinya dan hisap jari kakinya pula, nak kena tambah susu apa pula??

Esok-esok bila anak jadi lebih gian menghisap ‘segala benda’ akibat gatal gusi nak tumbuh gigi, itu sebab tak cukup susu jugak ke???

Parahhhhh….

USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI