Apabila diberikan sebelah kiri, dia hanya menyusu sekejap sahaja. Ia juga mungkin punca pengeluaran susu tidak seimbang di mana susu payudara kanan lebih banyak daripada sebelah kiri (apabila di pam). Adakah hal ini normal atau boleh memudaratkan? Bagaimana cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasinya?

(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

Kalau Bayi Suka Menyusu Sebelah Payudara Sahaja, Jangan Paksa Tukar. Pujuk Dia Perlahan-Lahan

Ia agak normal apabila sesetengah bayi terutamanya yang baru lahir menggemari sebelah payu dara sahaja apabila menyusu. Lazimnya, bayi akan menolak, meragam atau menyusu dengan sekejap sahaja apabila disusukan di payu dara yang tidak digemarinya. Amalan  ini boleh menyebabkan payu dara besar sebelah (lopsided)  dan akan dapat diatasi setelah bayi bercerai susu kelak.

Ads

Pengeluaran susu tidak seimbang antara kedua-dua belah payu dara adalah disebabkan beberapa faktor.

  • Kadang kala trauma kelahiran akan menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk menyusu di sebelah payu dara akibat ketidakselesaan atau kesakitan pada kawasan tertentu di kepalanya (biasanya melibatkan alat bantuan kelahiran – vakum dan forsep).
  • Bengkak di sebelah payu dara. Payu dara yang bengkak menyebabkan bayi berusaha keras untuk cuba melekap dengan baik. Kesan kepayahan yang dialami, dia cenderung untuk menggemari payu dara yang mudah melekap.
  • Jika anda mengalami mastitis di sebelah payu dara, bayi mungkin tidak mahu menyusu menerusinya kerana rasa yang berbeza (lebih masin disebabkan peningkatan kandungan sodium). Malah, rasa susu di sebelah payu dara yang jarang dikosongkan juga boleh menjadi lebih masin.
  • Keadaan fizikal payudara. Perbezaan keadaan areola/puting agak biasa berlaku (puting tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap pada payu dara yang berkeadaan normal.
  • Perbezaan aliran susu. Bayi lebih suka menyusu daripada payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih baik. Ada kalanya refleks pancutan susu terlalu perlahan atau terlalu laju atau bekalan susu berkurangan juga boleh menjadi masalah.
  • Ibu gemar menyusukan bayi dengan sebelah payu dara. Antara sedar atau tidak, anda mungkin lebih kerap menawarkan sebelah payu dara. Biasanya perkara ini berlaku pada waktu malam apabila puan tidak sedar kerana terlalu letih atau mengantuk. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan bekalan susu di kedua-dua belah payu dara. Bekalan susu pada payu dara yang jarang diberikan akan berkurangan!
  • Pembedahan atau kecederaan. Jika salah satu payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu pada payu dara tersebut.

Perlu diingatkan juga bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.

Ads
  • Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.
  • Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payu dara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Puan juga boleh praktik posisi penyusuan yang lain.
  • Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi)
  • Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.
  • Jika bayi lebih gemar payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payu dara yang mana aliran susunya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang mana alirannya perlahan, anda boleh memerah dengan tangan atau mengepam payudara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.

Kesabaran adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi anda mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ads

Kalau Bayi Suka Menyusu Sebelah Payudara Sahaja, Jangan Paksa Tukar. Pujuk Dia Perlahan-Lahan

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Kalau Bayi Suka Menyusu Sebelah Payudara Sahaja, Jangan Paksa Tukar. Pujuk Dia Perlahan-Lahan

Klik untuk daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI