Pertambahan berat badan ketika hamil adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap individu wanita hamil. Tetapi kalau berat anda menjadi berlebihan, bagaimana untuk mengurangkan berat?
Mengurangkan berat
Kenaikan berat sepanjang tempoh kehamilan adalah normal tetapi bagi individu wanita yang sudah mempunyai masalah berat badan berlebihan, sudah tentu situasi ini mendatangkan dilema yang merungsingkan hati.
Namun, berita baiknya, terdapat kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan mencadangkan bahawa mengurangkan berat ketika hamil adalah perkara yang dibolehkan dan ia mungkin akan memberikan manfaat khususnya bagi individu wanita dengan berat yang berlebihan atau mempunyai nilai BMI melebihi 23.
Walau bagaimanapun, wanita hamil yang mempunyai berat badan normal sebelum mengandung mungkin tidak sesuai untuk mengurangkan berat. Tetapi jika anda berasa perlu untuk menurunkan berat dan akan memperolehi manfaat daripadanya, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor atau pakar perubatan terlebih dahulu, okay?
Berat yang disarankan
Sebelum kita fahami cara untuk mengurangkan berat badan, anda harus tahu mengenai kenaikan berat yang disarankan bagi setiap individu wanita hamil mengikut BMI.
Ads
-Wanita yang kekurangan berat badan dengan nilai BMI <18.5, perlu mendapatkan lebih banyak berat, dari 12.5 hingga 18 kilogram (kg)
-Wanita dengan purata berat badan nilai BMI dari 18.5 – 22.9, perlu mendapat kira-kira 11.5 hingga 16 kg
-Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dengan nilai BMI 23 hingga 26.9, sepatutnya menambah berat dari 7 hingga 11.5 kg
-Manakala wanita dengan nilai BMI 27 dan ke atas disarankan untuk menambah berat antara 5 hingga 9 kg sahaja
Secara mudahnya, jika BMI anda adalah antara 18.5 hingga 22.9 sebelum mengandung, pastikan kenaikan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan adalah tidak melebihi 16 kg. Sebaliknya, jika BMI anda adalah tinggi sebelum hamil, kenaikan berat yang lebih rendah adalah amat digalakkan.
Berikut merupakan penambahan berat badan mengikut minggu yang dicadangkan untuk wanita hamil dengan purata BMI dari 18.5-22.9:
-Minggu 1 hingga minggu 12 (trimester pertama): 0.9 hingga 2 kilogram
-Minggu 13-26 (trimester kedua): 4 hingga 5 kilogram
-Minggu 27-40 (trimester ketiga): 5 hingga 6 kilogram
Ads
Pelan mengurangkan berat semasa hamil
Menggunakan alasan “makan untuk dua orang” adalah antara punca mengapa berat badan anda boleh naik secara mendadak ketika mengandung. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi menurunkan berat anda:
Pengambilan kalori
Anda memerlukan kalori untuk memastikan bayi anda membesar tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul. Apa yang penting adalah untuk mengawal kenaikan berat badan anda agar tidak terlalu cepat naik.
Anda boleh memilih untuk mengisi perut anda dengan sesuatu makanan yang lebih sihat seperti minum susu skim, kentang bakar berbanding kentang goreng atau isi ayam bakar tanpa lemak menggantikan ayam goreng.
Ketika menyediakan makanan, pilihlah makanan yang dapat mengenyangkan anda untuk tempoh jangka panjang tetapi masih mempunyai kandungan kalori yang rendah. Antara contoh pilihan makanannya adalah:
Ads
-Sayuran segar, terutama daun hijau
-Buah-buahan dengan kandungan air tinggi, seperti tembikai
-Isi ayam
-Ikan
-Bijirin gandum seperti oat
Jumlah makanan dan lemak
Pastikan saiz dan kuantiti hidangan makanan yang diambil adalah bersesuaian dan mempunyai kandungan nutrisi yang diperlukan. Walau bagaimanapun, anda tetap perlu memastikan ada pengambilan lemak dalam hidangan makanan anda.
Ini kerana sesetengah jenis lemak adalah penting dalam membantu perkembangan bayi dalam kandungan anda. Sebaiknya pengambilan makanan bergoreng, (jika anda terlalu teringin untuk makan makanan sebegitu), ambillah dalam kuantiti yang terkawal.
Bersenam
Siapa kata wanita hamil tidak boleh bersenam atau melakukan aktiviti fizikal? Anda masih boleh melakukan senaman tetapi pastikan ia adalah bersesuaian dengan keadaan fizikal anda. Anda boleh memilih untuk mengikuti kelas yoga pranatal atau hanya berjalan kaki mengelilingi taman. Paling penting luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti fizikal.
Berat badan naik secara tidak terkawal boleh mendatangkan beberapa risiko masalah kesihatan kepada anda dan bayi dalam kandungan seperti kelahiran pramatang, diabetes, tekanan darah tinggi dan kecacatan kelahiran. Jadi pastikan anda mengawal pemakanan serta melakukan senaman yang bersesuaian untuk memastikan anda kekal aktif dan sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa kini, sering kedengaran pasangan suami isteri menghadapi masalah ketidaksuburan. Tidak kira jika pasangan itu baru berkahwin ataupun pernah memiliki anak sebelum ini. Hal ini dikatakan berpunca daripada pelbagai sebab.
Bagi anda yang cuba merancang kehamilan, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan. Seboleh-bolehnya elakan atau cuba perbaiki terlebih dahulu perkara-perkara ini sebelum cuba hamil.
1. Menghidu asap rokok
Di Malaysia, tidak ramai wanita merokok namun kebanyakannya adalah perokok sekunder. Mungkin anda pun terlibat sama. Anda dikatakan sebagai perokok sekunder apabila kerap terdedah kepada asap rokok yang dihisap oleh suami atau sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan anda. Menurut kajian, kekerapan pendedahan diri kepada asap rokok boleh menjejaskan kesihatan dan kesuburan wanita!
2. Obes
Masalah obesiti boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan kerana ia mungkin menjadi boleh punca kitaran haid tidak teratur. Oleh yang demikian, lakukan senaman secara berkala. Dalam masa yang dinasihatkan untuk tidak mengamalkan diet yang ekstrem.
3. Senaman atau diet ekstrem
Rutin harian yang aktif dan pemakanan yang sihat sememangnya boleh membantu anda untuk lebih sihat. Malah, ia secara tidak langsung meningkatkan keupayaan anda untuk hamil.
Namun begitu, pastikan diet dan senaman yang dilakukan tidak terlalu ekstrem. Perubahan mendadak boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan mempengaruhi kitaran haid. Jadi, lakukan secara perlahan-lahan dan sihat.
4. Terlalu kurus
Selain obesiti, tubuh yang terlalu kurus juga boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan wanita. Oleh itu, cuba capai berat badan ideal mengikut ketinggian dengan melakukan amalan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
5. Mengabaikan kesihatan mulut
Jika selama ini anda kurang mengambil perhatian terhadap kesihatan mulut, inilah masanya untuk anda membuat temujanji dengan doktor gigi.
Dikatakan, pengabaian diri terhadap kesihatan mulut dengan membiarkan gigi rosak dan gusi bermasalah boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan menurunkan kadar kesuburan wanita.
6. Makanan rapu
Sesungguhnya, menjaga pemakanan amat penting jika anda berdua mahukan anak. Lebih-lebih lagi suami. Ada kajian mendapati lelaki perlu memberi lebih penekanan tentang hal pemakanan yang diambilnya saban hari.
Hal ini kerana pengambilan makanan rapu yang banyak lemak trans dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah.
7. Stres
Cabaran kerja masa kini membuatkan semua orang perlu menghadapi tekanan. Tidak dinafikan keadaan ini turut memberi tekanan kepada anda yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Stres bukan sahaja mempengaruhi tahap kesihatan mental malah fizikal juga. Ini termasuklah tahap kesuburan anda.
8. Malu berjumpa doktor
Sekiranya mengalami masalah berkaitan haid atau apa jua hal-hal berkaitan hubungan seksual, anda perlu dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar. Dilaporkan, 1/3 daripada masalah ketidaksuburan berpunca daripada isu yang dihadapi oleh lelaki, 1/3 daripada wanita, manakala 1/3 tidak diketahui sebabnya.
Oleh yang demikian, jika ada masalah dapatkan pemeriksaan segera. Jika benar ada masalah yang perlu dirawat, buat rawatan yang sewajarnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila kandungan dah berusia 9 bulan, bila-bila masa sahaja bayi dalam kandungan boleh dilahirkan. Salah satu tanda yang menunjukkan ibu hamil bakal melahirkan adalah bila air ketuban pecah.
Bagi yang pertama kali hamil, keadaan ini tentunya buat mama rasa panik. Nak tahu apa yang perlu dibuat bila air ketuban dah pecah? ikuti perkongsian daripda Dr Muhammad Izzat ini:
Air ketuban boleh pecah bebila masa.
Baby dalam rahim dikelilingi oleh air ketuban dalam sejenis kantung. Air ini berfungsi menyerap hentakan and keep your baby protected dan dalam masa yg sama membolehkan baby bergerak bebas – berenang ke sana ke mari.
Bila ada lubang pada kantung ni – air ketuban boleh bocor. Kalau ada lubang kecil somewhere sepanjang kantung tu, air akan turun sedikit demi sedikit. This fluid will trickle down – mak mak akan rasa mcm ehhh napa basah je seluar dalam ni? Eh, aku terkencing ke? Remember, this fluid adalah jernih dan takda bau, so boleh bezakan dgn air kencing.
Bila lubang terjadi kat bahagian depan baby( kepala ) – air ketuban boleh turun laju seolah-olah mcm hujan lebat.
The typical description is gush of warm fluid till wet your sarong atau seluar atau kain. Keadaan ni a bit dramatic dan biasa nampak kat TV/drama. Small pocket of water yang terkumpul di kepala baby, so bila bocor, pressure dari kepala baby and sometimes pressure from uterine contraction boleh menolak more air ketuban keluar dan banjir laaa lantai dengan air ketuban.
Kekadang ada bunyi ‘pop’ followed by trickle of water, then tetiba air mengalir deras sehingga wet your panties/underwear.
So pesanan saya, bila pecah air ketuban;
1) tengok pukul berapa leaking – inform this time to your Dr
2) evaluate the colour – normal air ketuban colour jernih dan kekadang campur darah sikit memberikan colour pink ( this is true once a woman in labour ). Also note if colour air ketuban colour hijau atau brown – this one indicate baby dah berak kat dalam
3)pakai pad – monitor your leaking and colour. Kat pad juga boleh tengok colour air tu
4) see your Dr. Jangan tanya saya kat fb/instagram nak buatpa
*some babies prefer nak keluar sejurus sahaja air ketuban pecah. Some not. So bila dah lebih 24 jam baby tak keluar lagi in a term pregnancy- Dr akan advice untuk induce untuk reduce risk of infection
*sometimes Dr pecahkan air ketuban ( Artificially rupture of membrane ) as part of induction process ataupun untuk percepatkn proses bersalin
So mcm mana your experience dengan pecah air ketuban ?
Cepat penat dan selalu rasa mengantuk adalah normal bagi wanita yang sedang melalui trimester awal kehamilan. Ia bukanlah disebabkan berat badan anda bertambah banyak dan anda menjadi semakin berat. Sebenarnya situasi ini dipengaruhi oleh perubahan hormon yang berlaku.
Kadang-kadang tu, bila di pejabat sampai terlelap. Punyalah letih dan mengantuk, bukan biasa-biasa. Tak dapat ditahan! Kalau di rumah, bolehlah juga berehat dan tidur sekejap. Untuk ibu hamil yang bekerja, terpaksa juga menahan kantuk. Seksa rasanya.
Tugas utama badan adalah membentuk sistem penyokong hidup bayi dalam kandungan iaitu plasenta. Seterusnya, hormon progesteron yang biasanya mengatur kitaran reproduksi wanita, mengalir lebih pantas dalam badan wanita sehingga membuatkan wanita hamil mudah berasa pening.
Metabolisme juga berubah dengan cepat, kadar gula menjadi lebih rendah, begitu juga dengan tekanan darah. Ini yang mengakibatkan bakal ibu mudah berasa letih di awal kehamilan. Untuk mengurangkan rasa mengantuk atau letih ini, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan:
Sudah tentu anda tidak boleh tidur di waktu siang pada hari bekerja, jadi sebaiknya masuk tidur lebih awal daripada biasa pada waktu malam. Jika anda dihantar oleh suami ke pejabat, anda boleh ambilah peluang masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang ke rumah untuk melelapkan masa seketika. Ia membantu anda berasa lebih segar.
Amalkan pengambilan makanan sihat. Sayur-sayuran, buah-buahan serta daging tanpa lemak boleh memberi tenaga tambahan. Makanan ringan hanya membuatkan tenaga anda cepat berkurangan. Jika tiada selera makan, biasakan makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Jangan lewatkan waktu makan. Sentiasa bawa snek berkhasiat yang boleh dimakan pada bila-bila masa.
Banyak minum air. Apabila badan kekurangan air, anda akan semakin mudah letih dan tidak bertenaga. Oleh itu pastikan sentiasa membawa botol air masak ke mana sahaja anda pergi. Ia membantu melancarkan pengaliran darah dan baik untuk kesihatan janin serta keadaan air ketuban dalam rahim.
4. Jika berasa mengantuk ketika di pejabat, cuba berjalan seketika atau buat senaman ringan di meja sambil mengatur pernafasan. Kalau di rumah, anda boleh berehat dalam mandian air suam di tab mandi (jika ada) yang airnya dicampur dengan sedikit minyak aromaterapi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.