Ada sesetengah orang beranggapan bila ibu kena bersalin caesarean ia terlepas merasakan nikmat melahirkan anak. Kononnya tidak sempurna apabila tidak berpeluang merasakan sakitnya kontraksi.

Jangan ingat ibu bersalin caesarean tak rasa sakitnya melahirkan anak seperti ibu bersalin normal. Walaupun mungkin ibu bersalin caesarean tidak sedarkan diri akibat dibius semasa proses melahirkan bayinya tetapi dia tetap menanggung kesakitan yang sama sebelum bergelar ibu.

Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen yang juga berpengalaman melahirkan anak secara pembedahan caesarean diharap dapat membuka mata sesetengah orang yang beranggapan ibu tak bersalin normal hilang nikmat bergelar ibu.

Bahkan bulan April juga telah diangkat sebagai bulan Kesedaran Caesarean Sedunia.

Kalau Berpeluang Bersalin Normal Jangan Anggap Ibu Bersalin Caesarean Tak Sempurna. Nikmat Jadi Ibu Tetap Sama!

Caesarean bukanlah pengakhiran kepada kelahiran normal.
Berapa ramai yang boleh melahirkan secara normal selepas melahirkan secara caesarean pada kali pertama.

Anda perlu tahu

IKLAN

Ibu caesarean merupakan seorang ibu yang kuat kerana mereka berjaya mengatasi ketakutan dan menerima sebarang komplikasi yang boleh berlalu sepanjang pembedahan dan selepas pembedahan.

Malah, mereka juga tahu komplikasi yang bakal mereka terima pada kehamilan seterusnya tetapi mereka terus hamil lagi dan mendoakan kelahiran yang normal boleh mereka lalui.

Ibu caesarean merupakan ibu yang berani kerana kita sendiri tahu tidak ada suami/keluarga boleh menemani mereka semasa di dewan bedah.

Kalau Berpeluang Bersalin Normal Jangan Anggap Ibu Bersalin Caesarean Tak Sempurna. Nikmat Jadi Ibu Tetap Sama!

IKLAN

Betapa gugupnya sendirian dikelilingi orang asing yang terdiri dari doktor, jururawat serta ppk di dalam dewan bedah. Tangan yang mampu mereka pegang semasa dalam ketakutan hanya tangan perawat berbeza dengan kebanyakan ibu yang melahirkan normal, ada sahaja suami/keluarga yang boleh menemani di dewan bersalin. Tabah bukan?

Ibu caesarean merupakan ibu yang sentiasa tidak hirau parut yang jelas kelihatan di abdomennya.

Parut itu merupakan tingkap kepada kelahiran anak ke dunia dan tidak kira besar mana dan lebar mana saiz parut itu pun, ia tidak menganggu emosi si ibu malahan ia merupakan satu kenangan seumur hidup yang boleh dikongsikan dengan si anak tanda pengorbanan sewaktu melahirkan.

Ibu caesarean juga hamil 9 bulan dan membawa perut ke sana ke mari seperti ibu melahirkan normal.

IKLAN

Ada ibu caesarean turut merasa sakit mahu melahirkan juga seperti ibu kelahiran normal.

Ada ibu caesarean tidak mempunyai pilihan untuk dibedah berbanding ibu yang melahirkan normal

Ibu caesarean juga turut merasakan erti menjadi seorang ibu sama seperti ibu melahirkan normal.

Maka, tidak kira melahirkan secara caesarean atau normal sekalipun, nikmat menjadi ibu tidak boleh dinafikan sama sekali.

Diberikan bius, dilapah abdomen dari kulit ke rahim, dijahit lapis demi lapis, kemudian perlu bangun setelah beberapa jam kesan bius hilang, tunggu pula beberapa hari baru boleh pulang jika masih dikatakan tidak punya pahala selayaknya ibu melahirkan normal, anda memang kejam. Ibu caesarean, usahlah merasakan diri serba kekurangan.

#BelNawhen
1 Previous Scar
#SayaJururawat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI