Tak mahu menunggu lama, selebriti dan usahawan terkenal Nur Fazura mengakui dia dan suami, Fattah Amin mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata kedua pada tahun ini.
Malah kongsi Fazura lagi, dia kini mengimpikan kehadiran seorang cahaya mata lelaki dalam keluarga kecil mereka kerana sudah pun punya anak perempuan.
Biarpun sibuk menguruskan perniagaan dan karier seni, namun akui Fazura, dia berharap untuk bersalin penghujung tahun ini juga.
“Dalam masa setahun itu kita rasa macam lama tapi sebenarnya kejap. Jadi, sekarang saya tengah berebut masa, dengan bisnes dan InsyaAllah mudah-mudahan saya nak ada anak kedua.
“Jadi, nak buka ‘kilang’ anak lagi, bisnes, berlakon lagi. InsyaAllah mudah-mudahan tercapai apa yang saya nak buat tahun ini. Kalau boleh, saya nak bersalin penghujung tahun ini,” akui Fazura jujur.
Mahu timang anak lelaki
Akui Fazura, selepas punya anak perempuan, dia kini teringin untuk menimang anak lelaki. Namun semuanya atas rezeki Allah SWT.
“Tapi ini pun dah Januari, dengan akan ada filem lagi… jadi macam mana nak buka ‘kilang’ tu. Apa-apa pun semuanya daripada Allah, saya doakan semoga semuanya dimudahkan.
“Perancangan Allah itu yang terbaik dan saya ikut saja. Kalau boleh saya nak anak lelaki, tapi kalau anak perempuan pun saya terima sebab itu ketentuan Allah dan saya bersyukur,” katanya berkongsi.
Akui Fazura lagi, kini hidupnya cukup tenang dan meluahkan rasa syukur dapat menjalani kehidupan yang bahagia dan sempurna disamping suami dan anak mereka.
“Alhamdulillah, saya sangat tenang sekarang. Sudah tentu saya kena pandai uruskan masa saya. Macam nak uruskan Fatima, uruskan suami dan perniagaan. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya,” luahnya lagi.
Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 27 November 2017. Mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Menarik: Syukur Alhamdulillah, Pilih Nama Cantik Buat Puteri Ke-2, Mawar Rashid Selamat Bersalin!
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma