Sudah bersedia mahu menimang cahaya mata kedua, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mendapat anak lelaki.

Anak sulung Siti, Siti Aafiyah Khalid bakal menginjak ke usia 2 tahun pada 19 Mac ini.

Kalau Boleh Nak Sepasang Sebelum Usia 43 Tahun. Siti Bakal Buat IVF Seperti Aafiyah“Saya sudah ada anak perempuan, kalau boleh nak sepasang, saya berharap untuk mendapat anak lelaki pula.

“Namun begitu, segalanya saya serahkan kepada Allah. Apa sahaja yang Allah berikan, saya anggap rezeki.

Kalau Boleh Nak Sepasang Sebelum Usia 43 Tahun. Siti Bakal Buat IVF Seperti Aafiyah

IKLAN

“Sekiranya Allah izinkan, saya menerima sahaja dengan hati yang terbuka. Tak kisah cahaya mata lelaki atau perempuan,” kata Siti.

Dalam pada itu, Siti, 41, bakal mendapatkan saranan doktor kerana dia perlu melalui proses rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) sama seperti Aafiyah.

IKLAN

Kalau Boleh Nak Sepasang Sebelum Usia 43 Tahun. Siti Bakal Buat IVF Seperti Aafiyah

“Apa-apapun, saya akan mendapatkan nasihat doktor. Usia saya juga semakin meningkat, sebab itu saya meletakkan sasaran untuk mendapatkan anak kedua sebelum usia 43 tahun.

IKLAN

“Jika semuanya berjalan lancar, semuanya akan mengikut apa kata doktor. Jika doktor katakan saya boleh menyanyi, saya akan tetap aktif.

Kalau Boleh Nak Sepasang Sebelum Usia 43 Tahun. Siti Bakal Buat IVF Seperti Aafiyah

“Tetapi, jika doktor nasihatkan saya supaya senyap atau diam sahaja, maksudnya saya sedang ‘mengeram’ dan melalui proses terbabit,” katanya lagi.

Sumber: Gempak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI