Takdir Allah memang yang terbaik untuk semua, kerana dia adalah Maha Perancang. Fikiran positif Noh yang pasrah menerima takdir sekiranya tidak dikurniakan anak ini wajar dicontohi.
Kebanyakan pasangan yang mendirikan rumah tangga mengharapkan kehadiran anak dalam rumah tangga. Usaha dan ikhtiar namun sekiranya belum diberikan, maka percayalah tentu ada hikmah yang tersembunyi.
Noh memuat naik gambar dia bersama isteri tersayang, Mizz Nina. Pasangan dua sejoli ini dalam foto tersebut sedang berada dalam perjalanan ke bahagian Asia negara Turki.
Di ruangan kapsyen, Noh menyatakan ia adalah salah satu trip bulan madu mereka, dua minggu berkepit satu mengelilingi dunia dengan kerja-kerja kebajikan. Satu nikmat Allah yang amat disyukuri.
Noh juga menyentuh tentang anak, katanya anak itu ialah keputusan Allah dan sekiranya nikmat anak itu akan menjadi miliknya dan Mizz Nina, dia percaya suatu hari nanti Allah akan berikannya juga.
Namun jika ia bukan takdir buat mereka, dia tetap bersyukur. Apa yang penting buatnya ialah happy dan give back.
Para peminat mengagumi lelaki ini yang cukup positif. Malah rata-rata mendoakan kesejahteraan dan kebahagian Noh & Mizz Nina.
TERUSKAN BERSYUKUR
ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA
SANGAT MEMBERIKAN INSIRASI
ANAK BELUM TENTU TIKET KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA
SEMOGA TERUS BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
COUPLE CONTOH, ALLAH BUAT 2 HATI INI UNTUK BERBAKTI
Sumber: mohammadnohbinsalleh & officialmizznina
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI