Suntikan vaksin sangat penting untuk melindungi manusia daripada ancaman pelbagai virus dan bakteria yang mudah menjangkiti. Namun tindakan sesetengah ibu bapa yang menolak untuk memvaksinkan anak mereka mendedahkan masyarakat kepada penularan penyakit berbahaya yang boleh membawa maut. Dengan cara tidak jujur menipu guru di sekolah agar anak mereka tidak divaksinkan.

Perkara ini dikongsikan oleh Dr Amirul Amzar yang turut berkongsi rakaman skrin yang menunjukkan seorang ibu bertindak menipu dengan tidak menyertakan salinan rekod vaksin anak dan hanya menanda ruangan ‘tidak membenarkan’ apabila menerima surat kebenaran mendapat suntikan vaksin di sekolah.

“Kalau Cikgu Tanya, Cakap Kita Suntik Vaksin Di Paed.” Doktor Dedahkan Taktik Tidak Jujur Ibu Bapa Antivaksin

Dr Amirul Amzar juga turut memuji tindakan taska dan tadika yang menolak anak-anak yang tidak divaksin dan mengulas tentang kepentingan pemvaksinan dalam kelompok kecil seperti di taska/ tadika.

TASKA/TADIKA MENOLAK KANAK-KANAK YANG TIDAK DIVAKSIN SEPENUHNYA

Saya dimaklumkan terdapat beberapa taska atau tadika yang menolak kanak-kanak yang tidak menerima vaksin sepenuhnya. Situasi ini menimbulkan kemarahan pada ibu bapa antivaksin sehingga ada antara mereka yang sanggup menipu dalam mendaftarkan anak-anak mereka.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan TAHNIAH pada pihak pengurusan taska atau tadika yang membuat peraturan sedemikian. Ini adalah tindakan bertanggungjawab yang bijak.

“Kalau Cikgu Tanya, Cakap Kita Suntik Vaksin Di Paed.” Doktor Dedahkan Taktik Tidak Jujur Ibu Bapa Antivaksin

IKLAN

Vaksin berkesan dalam melindungi kanak-kanak dari pelbagai jenis penyakit berjangkit. Bukan itu sahaja, pemberian vaksin juga melindungi anak-anak lain yang tidak boleh menerima vaksin atau bayi yang masih kecil yang belum boleh menerima vaksin, melalui imuniti kelompok.

Antivaksin suka berhujah memomokkan imuniti kelompok. Kata mereka, golongan yang menolak vaksin ini sedikit sahaja, tak meruntuhkan imuniti kelompok pun.

Apa yang mereka gagal faham adalah konsep ini boleh dikecilkan pada populasi kecil setempat, sebagai contoh, kanak-kanak di taska.

Secara purata, kanak-kanak di taska menghabiskan masa selama separuh hari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu di taska. Ini menjadikan kehidupan di taska satu rutin pada mereka.

KESAN SEKIRANYA ADA KANAK-KANAK YANG TIDAK DIVAKSIN

Sekiranya pihak taska sewenang-wenangnya menerima kanak-kanak tidak divaksin, risiko penularan wabak akan meningkat. Bayangkan jika 100 orang berdaftar, 30 menolak vaksin.Disebabkan peratusan imuniti jatuh di bawah 70% (tidak kira lagi mereka yang gagal menjana imuniti selepas divaksin), risiko untuk wabak berlaku amat tinggi.

IKLAN

Sekiranya wabak berlaku, pihak taska terpaksa bertanggungjawab. Mereka perlu menutup taska berhari-hari. Malah, ibu bapa yang telah memvaksinkan anak mereka juga akan terganggu dengan penutupan ini.

Oleh sebab itu, tindakan pihak taska atau tadika menolak golongan antivaksin ini adalah satu tindakan bertanggungjawab yang bijak.

Jika golongan antivaksin mahu menarik isu undang-undang, tampar lah pipi mereka dan sedarkan mereka. Mereka adalah klien dan pengurusan taska adalah peniaga. Adalah satu hak kepada peniaga untuk menolak berurusan dengan klien yang berpotensi menyusahkan mereka kelak.

“Kalau Cikgu Tanya, Cakap Kita Suntik Vaksin Di Paed.” Doktor Dedahkan Taktik Tidak Jujur Ibu Bapa Antivaksin

IKLAN

4 SARANAN KEPADA PIHAK TADIKA/ TASKA TENTANG ANTIVAKSIN

Dr Amirul Amzar juga turut berkongsi empat saranan bernas kepada pemilik tadika dan taska berkenaan isu ini.

1. Pihak pengurusan taska dan tadika berhak dan digalakkan menolak ibu bapa antivaksin. Ini bagi menjaga tanggungjawab mereka kepada kanak-kanak lain. 
2. Ibu bapa antivaksin seharusnya tidak menyalahkan pihak taska. Jika mereka masih berdegil menolak vaksin, mereka perlu mencari alternatif lain sama ada taska kelolaan antivaksin juga atau pendidikan pra persekolahan di rumah. 
3. Jangan menipu jika anda antivaksin. Anda bukan sahaja membahayakan nyawa anak anda, malah membahayakan kanak-kanak lain dan pihak pengurusan taska. 
4. Pihak pengurusan taska perlu berhati-hati dengan penipu antivaksin. Dapatkan buku rekod vaksinasi mereka dan semak dengan teliti. Anda terdedah kepada bahaya wabak jika terperdaya dengan mereka ini.

P/S: Antivaksin tolak vaksin kerana kandungannya yang diragui walhal pihak agamawan telah mengharuskan penggunaannya (rujuk Bayan Linnas isu 59). Tetapi, mereka tidak rasa berdosa pula menipu rekod imunisasi anak-anak mereka.

Umpama menang berjudi, wang dibelanja untuk ke umrah.

Dan mungkin sahabat-sahabat boleh namakan taska-taska yang diketahui ada peraturan menolak antivaksin sebegini? Bagi memudahkan ibu bapa yang membaca membuat pilihan selamat untuk anak-anak mereka.

Sumber: Dr Amirul Amzar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI