“Kalau Cukup 1 Juta Likes You Pilih Satu Gelang..” Ernie Malu Tapi Mahu Syamel Hadiahkan Gelang Emas

Share

Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti yang comel ini iaitu Syamel dan Ernie Zakri. Baru-baru ini pasangan suami isteri ini sering menjadi perhatian warganet kerana telatah mereka yang mencuit hati dalam live aplikasi TikTok.

Ramai yang memuji cara perbualan Ernie dan Syamel yang dianggap comel dan lemah lembut. Bukan sahaja kedua-dua mereka mempunyai bakat nyanyian yang hebat malah mereka berdua comel dan sweet antara satu sama lain.

“kalau cukup 1juta likes, you pilih satu gelang..”

Perbualan antara dua pasangan ini di dalam live tiktok  sangatlah comel. Warganet yang menonton yang menyumbangkan likes sebanyak 800 ribu like membuahkan hasil kerana dapat merealisasikan impian syamel kepada Ernie untuk hadiahkan isterinya seutas gelang emas! Jelas terpancar wajah kegembiraan Ernie atau nama glamournya Kak Ninie.

Sebelum ini, video-video live di tiktok mereka sering viral juga kerna comel dan lawak

@sarangspider PART 1 : Dia bikin janji dia yang takut 🤣 #Syamel #ErnieZakri ♬ original sound – sarangspider

 

Antara komen-komen warganet: 

Perkahwinan mereka yang telah berlangsung pada tahun 2021 ini dikurniakan cahaya mata yang bernama Nur Khawla.

Syamel dan Ernie bersama cahaya mata mereka, Nur Khawla.

Semoga Syamel dan Ernie kekal bahagia dan sentiasa menghiburkan hati semua!

 

IKLAN