Bayi baru lahir patutnya mudah diurus kan? Tapi kenapa ada yang selalu meragam walaupun dah tukar diapers dan menyusu? Paling stres bila waktu malam, ibu penat anak pula yang asyik menangis.
Ini antara tip yang boleh diamalkan oleh ibu sama ada dalam pantang atau selepas pantang. Janji ia untuk keselesaan anak dan ibu pun senang hati.
Ads
Nak anak tidur lena, wajib pastikan bayi kenyang. Syaratnya ibu-ibu tengah berpantang wajib makan dengan kerap. Kalau tak, tak sampai setengah jam tidur, anak akan bangun semula dan menangis. Itu yang buatkan ibu jadi penat. Kalau anak kenyang, tidur 3-4 jam straight pun boleh.
Pastikan bayi burp habis. Selagi tak habis, badan dia tak selesa. Cuba periksa kalau bayi asyik menangis walaupun dah menyusu, diapers dah tukar, biasanya punca dia kat sini. Pengalaman saya, anak pernah bangun pukul 2 pagi menangis tengah malam tak tahu punca. Lepas gosok-gosok belakang, dia burp panjang lepas tu terus tidur sampai pukul 7. Amazing.
Make sure perut bayi tak kembung, ni pun salah satu punca anak asyik menangis sebab dia tak selesa. Pengalaman saya, setiap kali tukar diapers saya sapu balm je anak terus buang angin dengan mudah. Jadi dia pun dapat tidur dengan selesa la.
Alhamdulillah, sepanjang berpantang 3 bulan lepas, anak saya sangat jarang meragam dan boleh tidur lena sehingga 4 jam straight walaupun kakaknya suka keluar masuk bilik. Sebab apa? 3 benda asas ni setel.
Ads
Oh ye.. selain 3 petua di atas, saya sebenarnya guna satu lagi senjata paling ampuh. Memang sejak dalam kandungan lagi, memang saya minta Allah mudahkan jaga anak-anak. Alhamdulillah Allah izinkan.
Ads
Semoga bermanfaat buat ibu-ibu muda. Selamat berpantang dengan gembira. Jangan stres-stres tau nanti kan effect benda lain.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al-Masrie telah berkongsi tentang bagaimana beliau menggunakan teknik flashcard untuk anak kembarnya.
Beliau yang sering berkongsi tentang tip keibubapaan menggunakan teknik flashcard untuk anak kembarnya, Sheikh Adam & Sheikh Noah. Kata beliau, ia baik untuk memori dan sebaik-baiknya dilakukan 3 kali sehari, seminit setiap kali bagi setiap topik.
Terdapat beberapa tema yang digunakan seperti warna, bendera negara, haiwan, perkataan dan lain-lain. Ia adalah untuk memahatkan perkataan di dalam memori. Ia sudah dilakukan beliau kepada dua anak perempuannya, Bella & Tasha.
Dari lahir sehingga usia 3 bulan, kad imbasan hitam putih pilihan yang baik untuk penglihatan. Bagi usia 2 tahun ke bawah, lakukan dengan cepat kerana daya tumpu anak singkat. Lakukan 3 kali sehari, seminit setiap kali bagi setiap topik selama seminggu.
Dalam masa yang sama ibu bapa perlu memastikan anak selesa, dalam keadaan yang tidak lapar & mood yang baik. Tak perlu soal mereka, hanya bacakan kerana tujuannya ialah mengingati perkataan itu.
Untuk perkataan, abjad & bahasa asing, bacakan dengan kuat dengan nada yang melucukan. Berhenti bila anak kelihatan bosan.
Keputusannya akan dilihat pada masa akan datang. Ia akan meningkatkan daya tumpu, fokus dan stimulasi otak.
Dr Sheikh Muszaphar menunjukkan kad imbasan kepada Adam & Noah. Tajuk yang dipilih ialah anatomi.
Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal. Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka?
Kenapa pentingnya untuk anak belajar menyuap diri mereka sendiri?
Tujuannya untuk membolehkan mereka belajar makan secara berdikari, iaitu antara kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan.
Selain itu ia membantu anak mengembangkan kemahiran motor halus seperti menyentuh dan memicit makanan. Ia juga peluang untuk si kecil belajar mengenai rasa, tekstur, bau dan suhu makanan.
Pun begitu, anak yang masih disuap tidak dapat belajar mengawal jumlah makanan yang dimasukkan ke mulut.
Jadi, teknik bayi makan sendiri membolehkan mereka belajar kadar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam mulut agar mudah dikunyah dan ditelan.
Selain itu, si kecil juga kemudiannya akan belajar mengetahui tempoh sesuai untuk menyuap lagi makanan ke mulut.
Bayi makan sendiri: Ini yang perlu difahami
Sebaik sahaja anda memperkenalkan makanan pepejal, si kecil mungkin akan menunjukkan tanda-tanda ingin makan dengan sendiri. Bagaimana?
Mereka mungkin akan mula mencapai sudu atau mengambil makanan daripada pinggan, ini adalah perkara normal untuk anak mempunyai keinginan menyuap makanan sendiri.
Malahan anda juga disarankan untuk menggalakkan mereka melakukannya- walaupun akhirnya lebih banyak makanan jatuh bersepah berbanding yang dapat disuapkan ke mulut.
Mulakan dengan finger food
Finger food atau makanan jejari ialah potongan makanan yang mudah untuk bayi memegang dan mengunyahnya.
Jika si manja menunjukkan minat untuk belajar menyuap, anda boleh melatih bayi makan sendiri dengan memberikan finger food yang boleh digenggam mereka seperti kentang atau labu yang dimasak.
Bayi belajar makan sendiri guna sudu?
Kebanyakan bayi tidak akan dapat makan dengan menggunakan sudu sehingga berusia 1 tahun 6 bulan.
Namun tiada salahnya untuk anda melatih mereka makan menggunakan sudu pada usia lebih awal.
Apabila anak makan sendiri finger food yang disediakan, perkara paling merisaukan adalah takut mereka tercekik, betul tak?
Namun jangan jadikan ia alasan untuk tidak membenarkan mereka belajar menyuap makanan sendiri. Sebaliknya pastikan si kecil duduk ketika makan, tidak bermain atau merangkak.
Anda juga boleh mengelakkan makanan yang berisiko untuk menyebabkan anak tercekik seperti makanan yang sukar dikunyah – lobak merah, ataupun kacang.
Bayi makan, bermain & menyepahkan makanan
Anak bermain dengan makanan atau makan bersepah merupakan perkembangan normal apabila mereka belajar untuk menyuap makanan sendiri.
Jika keadaan tersebut menyebabkan anda tertekan, tip berikut mungkin boleh membantu:
Pakaikan si manja bib
Potong makanan secara dalam bentuk jejari supaya lebih mudah diambil dan dimakan
Biarkan si manja makan menggunakan tangan
Lapik kertas, plastik atau helaian akhbar di bawah kerusi makan si manja
Jika mempunyai laman yang luas dan rata, berikan bayi makan di luar
Apabila bayi melemparkan makanan ke lantai, jangan memberikan sebarang tindak balas atau mereka akan menganggap anda sedang bermain bersama.
Saranan terbaik adalah untuk mengabaikannya. Anda boleh mengutip makanan yang jatuh dengan tenang atau membiarkan sahaja sehingga selesa sesi makan untuk membersihkannya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada ketikanya, mama dan papa perlu berperang untuk tidurkan bayi. Susahnya mereka nak tidur, apa puncanya?
Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku. Selain perubahan pada fizikal dan waktu ketikanya, mama dan papa perlu berperang untuk tidurkan bayi. Susahnya mereka nak tidur, apa puncanya?
Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku. Selain perubahan pada fizikal yang semakin ketara dan lebih aktif, tidur malam juga kerap tertunda. Ia berkemungkinan disebabkan oleh beberapa kesilapan yang dilakukan oleh mama dan papa tanpa disedari.
Tidur amat mustahak untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak. Otak mereka berkembang semasa tidur! Maka elakkan melakukan enam kesilapan ini bagi mengelakkan mama dan papa perlu memaksanya tidur setiap malam.
6 KESILAPAN PERLU ELAK JIKA MAHU ANAK SENANG TIDUR
1.Tidur siang terlalu lama
Ini menjadi salah satu punca utama masalah sukar tidur malam. Apabila bayi tidur siang terutamanya pada waktu petang terlalu lama, mereka akan rasa segar, tidak mengantuk dan bertenaga pada malam hari.
Ia akan menyebabkan sama ada mama dan papa perlu membiarkan anak bermain sehingga mengantuk sendiri awal pagi atau perlu berperang untuk memaksanya tidur dengan cara paksaan yang mana perlu dielakkan. Pesan kepada pengasuh anda untuk tidak membiarkan bayi tidur terlalu lama supaya dia mudah tidur pada waktu malam.
2.Persekitaran bising dan terlalu cerah
Suasana bising dan keadaan pencahayaan yang terlalu cerah boleh menjadi sebab kenapa bagi sukar untuk tidur pada waktu malam. Seelok-eloknya wujudkan suasana yang cosy apabila waktu tidur anak kian hampir. Malapkan pencahayaan dengan memasang lampu meja dan memadamkan lampu siling. Matikan TV dan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidurnya.
3.Terlebih rangsangan
Elakkan melakukan aktiviti rangsangan seperti bermain permainan yang melibatkan pergerakan fizikal yang aktif dengannya supaya pergerakan badan mula perlahan dan bersedia untuk tidur.
4.Elakkan bergantung kepada alatan
Peralatan seperti buaian seringkali menyebabkan kebergantungan. Kalau tak ada alatan ini, bayi tidak mahu tidur atau amat susah untuk melelapkan mata. Jadi, kalau anda tidak mahu pergantungan pada kemudian hari, elakkan dari membiasakan bayi dengan buaian daripada awal lagi.
5.Elakkan bergantung kepada pergerakan
Membiasakan bayi didodoikan dengan didukung atau didodoikan dengan cara pergerakan. Apabila tidak dapat dua cara ini, ia boleh jadi punca bayi sukar untuk tidur. Seelok-eloknya biarkan bayi tidur di atas tilam. Paling tidak, mama dan papa hanya menepuk pahanya sehingga tertidur.
6.Tiada ada rutin tidur yang tetap
Bayi tidak mempunyai rutin tidur yang tetap akan mengalami masalah untuk tidur. Mama dan papa perlu wujudkan rutin tidur bagi memudahkan mereka tidur. Tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Rutin tidur yang seelok-eloknya mula diciptakan pada seawal selepas pantang. Misalnya selepas mandi malam, disusukan malam dan kemudian tidur. Patuhilah rutin ini bertegaslah untuk mengelakkan berperang untuk tidur di waktu malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!