Bayi baru lahir patutnya mudah diurus kan? Tapi kenapa ada yang selalu meragam walaupun dah tukar diapers dan menyusu? Paling stres bila waktu malam, ibu penat anak pula yang asyik menangis.
Ini antara tip yang boleh diamalkan oleh ibu sama ada dalam pantang atau selepas pantang. Janji ia untuk keselesaan anak dan ibu pun senang hati.
- Nak anak tidur lena, wajib pastikan bayi kenyang. Syaratnya ibu-ibu tengah berpantang wajib makan dengan kerap. Kalau tak, tak sampai setengah jam tidur, anak akan bangun semula dan menangis. Itu yang buatkan ibu jadi penat. Kalau anak kenyang, tidur 3-4 jam straight pun boleh.
- Pastikan bayi burp habis. Selagi tak habis, badan dia tak selesa. Cuba periksa kalau bayi asyik menangis walaupun dah menyusu, diapers dah tukar, biasanya punca dia kat sini. Pengalaman saya, anak pernah bangun pukul 2 pagi menangis tengah malam tak tahu punca. Lepas gosok-gosok belakang, dia burp panjang lepas tu terus tidur sampai pukul 7. Amazing.
- Make sure perut bayi tak kembung, ni pun salah satu punca anak asyik menangis sebab dia tak selesa. Pengalaman saya, setiap kali tukar diapers saya sapu balm je anak terus buang angin dengan mudah. Jadi dia pun dapat tidur dengan selesa la.
Alhamdulillah, sepanjang berpantang 3 bulan lepas, anak saya sangat jarang meragam dan boleh tidur lena sehingga 4 jam straight walaupun kakaknya suka keluar masuk bilik. Sebab apa? 3 benda asas ni setel.
Oh ye.. selain 3 petua di atas, saya sebenarnya guna satu lagi senjata paling ampuh. Memang sejak dalam kandungan lagi, memang saya minta Allah mudahkan jaga anak-anak. Alhamdulillah Allah izinkan.
Semoga bermanfaat buat ibu-ibu muda. Selamat berpantang dengan gembira. Jangan stres-stres tau nanti kan effect benda lain.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang