Keluar rumah seorang diri bagi kanak-kanak kecil amat berbahaya. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti jenayah dan kejadian tidak diingini.
Tak lama dulu tular dengan kisah kanak-kanak ditemui merayau ketika ayah tertidur, ini pula lain ceritanya. Kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun ditemui merayau seorang diri dan berjalan kaki tanpa alas kaki di atas jalan tar dan cahaya matahari yang panas.
Rakaman video seorang lelaki menyelamatkan kanak-kanak tersebut menjadi tular di Facebook dengan lebih 8,000 perkongsian.
Kanak-kanak berkenaan menangis teresak-esak dan tidak dapat mengenalpasti lokasi kediaman. Dia di bawa lelaki berkenaan berjalan bersama-sama untuk mencari rumahnya.
Si kecil berkenaan masih tidak boleh bercakap, menyebabkan lelaki itu terpaksa bertanyakan kepada penduduk di kawasan tersebut jika ada yang mengenali keluarga anak kecil tersebut.
Menerusi maklumat yang diberikan penduduk sekitar, lelaki tersebut akhirnya berjaya menemui rumah keluarga kanak-kanak itu.
Jika sebelum ini tular mengenai kes seorang bayi diletakkan dalam kereta sorong tertinggal di pasaraya, terbaru pula ada rakaman menunjukkan seorang anak kecil dalam lingkungan 2 tahun berjalan seorang diri.
Menerusi satu rakaman yang dibuat oleh seorang lelaki, dia secara tidak sengaja telah terjumpa kanak-kanak tersebut berjalan seorang diri dengan berkaki ayam di tengah jalan raya.
KIRI KANAN JALAN SEMAK
Kanak-kanak itu sedang menangis dan berjalan tanpa arah tuju, dengan keadaan persekitaran kiri dan kanan jalan yang merupakan hutan serta semak, situasi ketika itu boleh mendatangkan pelbagai perkara berbahaya.
Menerusi rakaman, didapati kanak-kanak itu tinggal bersama neneknya dan turut kelihatan di dalam rumah tersebut beberapa ahli keluarga yang lain yang langsung tidak menyedari mengenai kehilangannya.
NENEK DI BELAKANG RUMAH, AHLI KELUARGA LAIN TIDAK SEDAR KEHILANGAN SI KECIL
Menurut nenek kanak-kanak tersebut, ketika kejadian dia sedang melakukan kerja di belakang rumah, membuatkan tidak sedar bahawa cucunya itu telah keluar daripada rumah bersendirian.
TERIMA KASIH BRADER YANG BAIK HATI
Warganet menyatakan penghargaan buat lelaki yang baik hati membantu membawa kanak-kanak tersebut pulang ke rumah. Jika tidak kerana keprihatinannya, mungkin pelbagai perkara lain boleh terjadi.
Sumber: Anak Felda
Artikel berkaitan: Mak Kerja, Babah Tidur. Tak Sedar Anak Keluar, Nyaris Dilanggar Lori