Selamat menimang cahaya mata sulung pada 8 September lalu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang kini baru sahaja dua minggu berpantang mengakui masih lagi kekok untuk menguruskan putera sulungnya.
Masih terkejut malah masih lagi kekok untuk memegang cahaya matanya, Raja Urhan. Begitu kata Uyaina menerusi satu laporan akhbar.
Malah akui Uyaina lagi yang kini dalam fasa merehatkan dirinya agar segera pulih, apa yang dipelajari sebelum bersalin adalah berbeza dan dia sendiri kini masih tidak tahu apa yang anaknya mahukan.
Malah ibu cantik manis ini juga mengakui masih kurang pandai menyusukan badan dan kekok memegang anaknya yang masih lembut.
“Saya masih tak tahu apa yang dia nak. Raja Urhan pun masih tak pandai menyusu badan, malah saya sendiri masih tak pandai nak pegang kerana dia sangat lembut.
“Kalau dia menangis pun saya masih ‘blur’. Pada minggu pertama saya agak terkejut kerana banyak benda yang saya tak tahu,” kongsinya lagi.
Ads
Menurut kata Uyaina lagi, sebelum bersalin lagi, dia sudah mempersiapkan diri lebih awal dengan pelbagai macam ilmu untuk menyambut kelahiran anaknya itu.
Tidak hanya kerap membaca buku dan menonton Youtube bahkan Uyaina sering bertanyakan pendapat dari orang terdekat. Pun begitu kata Uyaina apa yang dilaluinya kini amat berbeza.
Meskipun berdepan cabaran dalam menguruskan anak, namun Uyaina berkata dia perlu memastikan keadaannya baik sepanjang tempoh berpantang malah cukup enjoy melakukan rutin pantang disamping belajar dari hari ke hari mengenai bayinya.
“Sebelum bersalin saya memang kerap baca buku, menonton YouTube dan dengar pendapat orang lebih berusia mengenai cara menguruskan anak, tapi bila diri sendiri lalui saya hilang kata-kata.
Ads
“Dalam tempoh berpantang ini saya juga suka makanannya, bertungku, urut dan macam-macam lagi proses yang perlu saya lakukan bagi memastikan keadaan diri saya sihat,” katanya.
Melalui Instagramnya, Uyaina turut berkongsi sekeping gambar Raja Urhan yang dibaluti tuala comel selepas mandi. Memang cute!
Malah meninjau di beberapa Insta Story yang dimuat Uyaina jelas ibu yang petah berkata-kata ini amat menikmati waktu pantangnya biarpun masih kekok mengendalikan cahaya mata sulungnya itu.
Terdahulu, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan pelakon Raja Syahiran pada 20 Disember tahun lalu. Uyaina selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama, Raja Urhan secara pembedahan pada 8 September lalu.
Jika anda mengalami sakit ketika kencing, anda mungkin menghidap kencing kotor. Masalah kencing kotor sering dikaitkan dengan ibu hamil. Namun, sebenarnya wanita juga lebih mudah diserang kencing kotor atau urinary tract infection (UTI) selepas melahirkan bayi, terutamanya jika anda dikateter dalam pundi kencing ataupun mendapat epidural semasa proses bersalin.
Malah, wanita juga lebih mudah mendapat kencing kotor disebabkan saluran air kencing mereka lebih pendek berbanding lelaki. Apabila jaraknya pendek, kuman dari luar lebih mudah untuk masuk ke dalam pundi kencing sekali gus menyebabkan jangkitan. Kencing kotor terjadi kerana jangkitan kuman pada sistem saluran kencing merebak pada buah pinggang, jangkitan dari luar dan masalah tahan kencing.
Selain itu, antara faktor ibu selepas bersalin mudah mendapat kencing kotor adalah kerana:
Ibu mungkin trauma dan menahan kencing kerana takut luka bersalin mereka pedih atau sakit.
Ibu yang mengambil epidural semasa bersalin juga mungkin akan mengalami gangguan saraf pada pundi kencing sehingga menyebabkannya terdedah kepada masalah kencing kotor.
Simptom kencing kotor selepas bersalin
Sakit semasa terkencing
Kerap rasa hendak terkencing tetapi keluar kencing sedikit atau tidak keluar air kencing
Air kencing keruh atau berdarah
Apa yang saya perlu lakukan jika mengalami kencing kotor?
Masalah kencing kotor tidak boleh dibiarkan kerana akan menyebabkan masalah lain pada badan anda. Jika masalah ini tidak dirawat dengan sempurna akan menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dalam jangka panjang. Selain itu, ibu baru juga akan mengalami demam jika masalah kencing kotor berterusan.
Bagi mengatasi dan mengurangkan risiko masalah ini, ibu disaran untuk melakukan seperti di bawah:
Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air masak setiap hari bagi mengelakkan dehidrasi dan jangkitan saluran kencing.
Kurangkan minuman kopi, sitrus, tomato, minuman ringan dan minuman bergula serta alkohol bagi mengelakkan iritasi dan membuatkan anda sukar untuk mengawal pundi kencing.
Latih pundi kencing anda untuk kencing setiap 30 minit. Hal ini adalah bagi mengelakkan anda untuk tidak kencing langsung. Kemudian, bolehlah dijarakkan lagi waktu kencing dalam satu jam sekali atau dua jam sekali dan seterusnya.
Kencing sebelum dan selepas melakukan hubungan intim.
Elak melakukan hubungan seks semasa anda dalam rawatan UTI.
Penjagaan kebersihan bahagian intim adalah penting. Selepas membuang air kecil, pastikan anda mengelap kemaluan anda dari depan ke belakang bagi mencegah bakteria di bahagian belakang merebak ke faraj anda.
Ambil vitamin C (250 hingga 500 mg), beta-karotene (25,000 hingga 50,000 IU setiap hari) dan zink (30-50 mg setiap hari) bagi membantu melawan jangkitan.
Elakkan meneran semasa membuang air kecil ataupun besar kerana usus anda tidak boleh memberi tekanan tambahan kepada pundi kencing.
Jangan menggunakan tampon, sebaliknya gunakan pad bagi membantu menyerap kebocoran air kencing anda.
Lakukan senaman kegel bagi memastikan otot sekitar pelvis dan pundi kencing kembali normal. Senaman kegel juga boleh dilakukan semasa anda hendak batuk, tergelak atau bersin.
Elak menggunakan sabun, krim antiseptik, penyembur dan bedak untuk bahagian intim.
Tukar seluar dalam dan sarung kaki setiap hari.
Elakkan memakai seluar yang ketat.
Pakai seluar dalam atau sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas.
Kencing kotor selepas bersalin mungkin akan berlarutan antara tiga hingga enam bulan atau mungkin lebih lama jika tidak dirawat. Jika masih berlanjutan, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan.
Makanan yang harus dihindari bila anak yang ada eczema demam. Ibu mana yang tidak susah hati bila melihat anak asyik merengek siang malam sebab ada eczema. Tergaru-garu badan yang terasa gatal, hingga ada yang terluka dibuatnya. Sudahlah begitu, tiba-tiba demam pula akibat cuaca yang tidak menentu sekarang ini.
Sebagai ibu, melihat keadaan anak sedemikian tentu sayu hati dibuatnya. Selain ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dalam membantu merawat penyakit yang dihidapi, seharusnya ibu-ibu juga perlu ambil berat tentang apa yang dimakan oleh anak-anak ketika itu.
Makanan Yang Harus Dihindari Bila Anak Yang Ada Eczema, Demam
Memandangkan setiap apa yang dimakan, akan menyumbang kepada kesihatan diri seseorang. Oleh sebab itu, kita perlulah lebih berhati-hati dalam memilih yang terbaik untuk keluarga kita!
Mengikut American Journal of Clinical Nutrition kesemua ini sebabkan keradangan dan lemahkan sistem imun.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tambah seorang lagi hero! Tahniah diucapkan buat pasangan doktor selebriti, Dr Say dan Dr Azura Abas yang telah selamat menimang seorang lagi cahaya mata lelaki mereka semalam.
Menerusi Instagramnya, Dr Say berkongsi perkhabaran bahagia itu kepada seluruh pengikutnya.
Bayi seberat 3.34kg yang dilahirkan pada jam 8.16 pagi semalam dilahirkan dalam keadaan sihat. Wajah comel kemerah-merahan itu sudah semestinya menjadi pelengkap bahagia Dr Say sekeluarga.
Menerusi entri yang sama juga, Dr Say turut memuat naik wajah comel bayi ketiganya yang diberikan nama, Zeqriel.
“Welcome Our 3rd Son, Zeqriel. Assalamualaikum semua, nama saya Zeqriel. Uncle aunty tak perlu google ape maksud Zeqriel sebab daddy cakap dia nak bagi nama saya rhyme dengan abang-abang jadi takde maksud hihi.
“Saya lahir pukul 8.16 pagi tadi. Berat saya 3.34kg. Sy dengar, ramai yang teka-teka jantina saya sebelum saya keluar.
“Ramai jugak yang teka saya gegirl berdasarkan ketajaman perut mommy, tapi so far bila saya tunduk tadi, saya nampak bebird jadi kiranya saya boboy, he/him. Uncle dengan aunty jangan terduduk pulak. Yang penting saya sihat, Alhamdulillah.
“Anyway tadi mommy daddy cakap saya ada 2 abang kat rumah. Sorang nama Aezriel dipanggil Ace, sorang nama Sefriel dipanggil Sef. Jadi mommy daddy cakap, boleh panggil saya Zeq.
“Katanya abang-abang saya tak sabar nak main dengan saya tapi saya kecik lagi jadi saya kena minum susu banyak-banyak, tidur banyak-banyak bagi badan saya besar sikit, baru saya boleh main dengan abang-abang saya nanti.
“Anyway nice meeting uncle & aunty semua,” tulisnya di kapsyen.
Semoga kehadiran si comel Zeqriel semakin mencambah rasa bahagia Dr Say sekeluarga. Tahniah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...