“Kalau Doktor Bagi Pilihan, Abang Tolong Jawab ‘Selamatkan Anak Kita’ Walau Saya Hilang Nyawa”

Share

Bersalin adalah saat getir buat ibu, antara hidup dan mati. Pengalaman seorang suami menghadapi saat kelahiran isterinya ini benar-benar mengusik sanubari.

Pengorbanan ibu bermula daripada mulanya hamil hinggalah ke akhir hayat. Saat genting bertarung nyawa melahirkan zuriat, si ibu tetap mendahulukan anak berbanding dirinya.

 

Hargailah isteri. Bila ada perasaan tidak puas hati dan ingin marah kenangkanlah pengorbanannya melahirkan zuriat keturunan dari rahimnya.

Ketuban pecah tapi bukaan hanya 2cm. Sayu melihat dirinya lemah. Tabahnya hatimu wahai isteri 

10 pagi, bukaan baru 4cm. Isteri ditolak ke bilik yang dihuni mereka yang ada masalah untuk bersalin.

2 kali indius bukaan hanya 6cm. Doktor putuskan untuk dibedah kerana bayi lemas. Air mata bertakung bercucuran. Doktor tinggalkan kami untuk luangkan masa, mungkin ini kali terakhir aku  boleh bercakap dengan isteriku.

Yasin dibaca, aku tidak dapat menjawab soalannya cuma merangkulnya dengan tangisan seperti tiada lagi esok untuk kami bersama.

“Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya…”

Ya…saya suaminya

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk kami berkasih sayang.

“Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

Hargailah isteri. Bila ada perasaan tidak puas hati dan ingin marah kenangkanlah pengorbanannya melahirkan zuriat keturunan dari rahimnya.

Sumber: LayarMinda

Published by
Azma ML