Kalau Gigi Susu Anak Tumbuh Jarang, Petanda Bagus! Ini Penjelasan Doktor

Share

Ramai ibu bapa yang mula risau apabila melihat pertumbuhan gigi susu anak yang jarang dan tidak rapat.

Namun dari sudut kesihatan pula, ianya petanda yang baik. Tapi kenapa? Ikuti penjelasan daripada Pakar Pergigian ini.

Puan A: Dr., kenapa gigi susu anak saya jarang-jarang? Masa baru keluar dulu elok je susun rapat-rapat.Ni dah jarang-jarang tak cantik la Dr..

Dr B: Baguslah kalau gigi anak puan jarang-jarang pada peringkat umur begini.

Puan A: Eyh, kenapa pula?

Jawapan:

Gigi susu yang semakin jarang adalah satu fenomena yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar, terutamanya antara umur 4 hingga 6 tahun.

Ini disebabkan oleh rahang kanak-kanak tersebut yang semakin membesar dan berkembang selaras dengan proses tumbesaran kanak-kanak tersebut.

Ini akan menyediakan ruang yang secukupnya untuk gigi kekal keluar kerana saiz gigi kekal adalah lebih besar berbanding dengan saiz gigi susu.

Sekiranya ruang untuk gigi kekal keluar tidak mencukupi, risiko gigi kekal menjadi berlapis agak tinggi.

Gigi yang jarang juga mudah diberus (tidak perlu di’floss’) dan sisa makanan tidak mudah melekat dicelah-celah gigi, berbanding dengan gigi yang susunannya lebih rapat.

Kredit: Dr. Shuhud Zakaria (Pakar Pergigian Pedeatrik)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Published by
NuFa