Bila ada anak-anak kecil, gaduh-gaduh manja, berebut barang atau permainan itu biasa. Itulah orang kata asam garam sementara nak tunggu anak membesar. Jika tak dengar suara anak, rumah pun akan terasa sunyi kan?
Cumanya kita sebagai ibu bapa kena pandai uruskan jika berlaku pergaduhan agar anak-anak tak rasa berat sebelah. Sekurangnya kita boleh berlaku adil dan tegur mana yang salah.
Terbaru, Shuib ada berkongsi satu video di Instagram dengan menunjukkan telatah serta ragam ketiga-tiga anaknya ketika di rumah. Sampai ada yang menangis dan dipanggil oleh datuknya.
Anak-anak bergaduh
Menerusi video pendek yang dimuatnaik Shuib di Instagram Allahyarham Siti Sarah Raisuddin memaparkan, ketiga-tiga anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin baru sahaja lepas bertengkar antara satu sama lain. Kelihatan mereka bertiga sedang menangis sambil menuruni anak tangga menghadap datuk mereka, Raisuddin Hamzah untuk sesi nasihat.
Ramai yang tunggu perkembangan anak-anak, dekat sini kami akan kongsikan suka, duka, gelak, tawa mereka.. Macam-macam ragam sementara nak besar.
Ini semua hanya teguran seorang atok untuk cucu-cucunya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sentiasa mendoakan mereka, semoga doa-doa yang baik itu berbalik kepada kamu semua ya.
‘Kalau ibu ada, dia pukul tak?’
Sambil memegang rotan, Raisuddin sempat memarahi dan memberi nasihat kepada cucu-cucunya itu supaya tidak lagi bertengkar antara satu sama lain. Hal itu kerana, pertengkaran adalah satu perkara yang langsung tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa sebaliknya hanya mengeruhkan lagi hubungan baik antara adik beradik.
Kalau ibu ada, dia pukul tak? Korang ni dipanggil anak yatim, tak ada ibu. Kalau daddy mati, dipanggil anak yatim piatu tak ada mak bapa. Korang nak sayang siapa?
Tidak terhenti di situ, Raisuddin turut memberitahu cucu-cucunya kononnya ingin memisahkan mereka bertiga untuk dihantar ke Kepong, Klang dan Ulu Klang. Sebaik sahaja mendengar perkara itu, Matin iaitu anak ketiga Shuib dan Allahyarham Siti Sarah menangis sambil merayu kepada datuknya supaya tidak menghantar mereka ke sana.
Ketiga-tiga mereka sama-sama meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan dan mengakui kesalahan.
Kredit: IG Siti Sarah Raissuddin
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)