Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
1. Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
2. Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori
3. Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
a) Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
Ads
b) Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum)
c) Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA
1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin:
a) Lambat bertutur
b) Mengalami kesukaran sebutan atau rima
c) Sukar menulis nama sendiri
d) Payah mengenal bentuk atau warna
e) Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin:
a) Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
b) Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
3. Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik):
a) 15 dengan 51
b) “was” menjadi “saw”
c) ‘b’ dengan ‘d’
4. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
Ads
5. Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘hari ini’ , ‘esok’
6. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
7. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
a) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.
b) Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
c) Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
Ads
d) Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
e) Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
f) Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
g) Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
h) Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
i) Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
j) Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dll.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasaan cemburu dan marah adalah normal apabila kelahiran adik baru. Dalam situasi ini, abang atau kakak pasti rasa kasih sayangnya selama ini dah mula tergugat. Sampaikan ada abang atau kakak, pantang tinggal sekejap si adik terus nak pukul, marah-marah dan macam-macam lagilah.
Keadaan ini mungkin ambil masa sedikit untuk abang atau kakak menyesuaikannya dirinya. Namun sebagai ibu, mesti akan perasan si abang atau kakak cuba bersikap lain dari kebiasaannya. Mudah sensitif dan kadang-kadang merajuk.
Jadi sebagai ibu bapa, sewajarnya kita perlu ambil peranan ini dan layanlah sama rata agar emosi mereka berada dalam keadaan baik dan akan menyayangi adik dalam hidupnya.
Seperti perkongsian yang dikongsikan di laman Tiktok @raanaafia yang menunjukkan keletah seorang kakak yang baru sahaja menerima kehadiran adik barunya.
“Sejak ada adik, dia rasa insecure sangat. Sikit-sikit sentap. Mama cakap elok-elok jangan bising pun dah nangis…”
Menerusi video berkenaan, si kakak berubah menjadi lebih sensitif apabila ditegur walaupun dengan cara yang baik dan tidak menunjukkan reaksi marah.
Siapa yang tidak sebak, anak seusia ini dah pandai mempersoalkan kepada kedua ibu bapanya adakah mereka dah tak suka padanya.
“Sampai kite sendiri jadi emo, boleh pulak dia cakap “mama tak suka kakak?”. Sedih sangat bila dia cakap macam tu.”
Bagaimanapun, si kakak tetap melayan dan menjaga adiknya dengan baik sekali. Sentiasa cium dan sayang adiknya. Nampaklah kakak dah boleh menerima adik baru dalam hidupnya.
Kata si ibu, dia tidak akan pilih kasih antara mereka kerana mereka adalah permata hati dalam keluarga.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak mudah untuk bersabar di kala anak belum belajar untuk bersabar.Anak yang mengamuk dan meragam seumpama anak yang jatuh ke dalam lubang yang dalam.
Jika ibubapa turut mengamuk terhadap anak yang meragam itu, ibubapa sepertinya turut sama terjun ke dalam lubang tersebut.
Akhirnya kedua-duanya terperangkap dan tidak dapat naik ke atas.
Ibubapa seharusnya menjadi individu yang berada di atas dan akan menarik anak keluar dari lubang yang penuh emosi itu. Seperti ayah ini.
Sabar itu sangat sangat payah walaupun kita sendiri tahu yang sabar itu sangat sangat perlu.
Daripada video ini jelas ayahnya sangat sabar dan memberi ruang untuk anak melepaskan kesedihan yang dirasai.
Dan akhirnya.. anak itu sendiri datang memeluk ayahnya.
Antara luahan netizen
Anda rasa okay jika perasaan anda “Dinafikan”?
Tak perlu dipendam perasaan itu, lepaskan dengan cara yang betul
Sumber:
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy Parent Connect
“Saya masa kecil dulu nak menghafal sangat susah. Tapi you kena pancing saya, kalau pancing saya buat. That’s we call materialistic, tapi one of the way”, itu yang dinyatakan olehnya di dalam rancangan TV Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD.
Ashraf alami disleksia ketika kecil, kini curah bakti untuk anak disleksia. Katanya dulu masa sekolah, memang tidak suka kan buku bacaan yang padat dengan tulisan, dia lebih tertarik dengan buku cerita kerana bertulisan besar dan bergambar.
Ashraf Navaghani, 37 tahun memang tidak pernah mendapat diagnosis sebagai disleksia semasa kecil. Tapi apabila makin membesar, dia baru perasan yang selama ini kepayahan yang dialaminya semasa kecil berkaitan dengan pembacaan adalah sebenarnya simptom disleksia. Hanya selepas berusia 22 tahun dia mendapat diagnosis seorang doktor di Persatuan Disleksia Malaysia.
TIDAK BOLEH BACA BUKU YANG TERLALU SARAT DENGAN TEKS
Membesar sebagai anak tentera yang penuh disiplin membuatkan kesukarannya untuk membaca dipendamkan sahaja. Mengakui yang disleksia memerlukan cara didikan yang khas, kepayahan yang dialaminya itu dialami semasa di peringkat sekolah rendah.
Dia boleh mengenal huruf dan membaca tetapi dia tidak boleh membaca buku-buku yang terlalu sarat dengan teks. Jika diteruskan dia tidak mampu untuk fokus dan memberikan perhatian kepada apa yang dibacanya. Hinggakan pada satu masa, dia memerlukan pembaris untuk membaca baris demi baris ayat di dalam buku tersebut untuk faham.
“Saya lebih mudah mengingati sesuatu yang didengari berbanding daripada apa yang dibaca. Susah juga untuk belajar. Saya juga tidak menyukai subjek Matematik. Di samping itu, saya suka belajar sambil mendengar muzik, ia membantu saya untuk fokus,” kata anak kelahiran Perak ini.
SISTEM REWARD AMAT MEMBANTU
Rasanya pelik juga bila saya tidak mampu untuk menghabiskan membaca sebuah buku sedangkan saya berjaya untuk membaca Al-Quran sebanyak 3 kali. Ini kerana guru mengaji saya sangat kreatif dan tidak putus asa. Saya boleh menghafal Yaasin pada usia 7 tahun kerana teknik reward yang dilakukan olehnya. Ia boleh dikatakan sebagai challenge buat saya, surah Yaasin dibahagikan kepada lima dan setiap satu bahagian yang saya hafal, saya akan diupah 50sen. Ia adalah menyeronokkan bagi saya pada masa itu,” kata Ashraf mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya.
Ashraf juga berharap agak anak-anak disleksia di peringkat sekolah rendah diberikan perhatian terutamanya cara pengajaran yang lebih menarik mereka untuk fokus. kalau anda nak tahu lebih lanjut kisah Ashraf ini, boleh ikuti siaran ulangan Pa&Ma episod Si Genius Disleksia 9.00 malam ini Selasa 25 September 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.