Menjadi seorang wanita, sebulan sekali pasti kedatangan haid. Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk. Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja. Namun ada yang mengalami senggugut teruk sehingga keadaan memaksa mereka mengambil ubat penahan sakit. Lebih menyedihkan jika situasi ini tidak difahami dan dicop sebagai ‘drama queen’.
Rasa sakit senggugut boleh disamakan seperti perut ditumbuk berulang kali dengan kuat dari dalam. Itulah kebenarannya, senggugut sememangnya menyakitkan. Bagi yang selalu mempertikaikan keadaan anda yang mempunyai senggugut teruk, mungkin mereka akan terdiam apabila mengetahui hakikat ini. Sakit senggugut sama seperti serangan jantung!
Kejang perut (senggugut) atau Dysmenorrhea kini secara teknikalnya diakui sakitnya seperti serangan jantung. Seorang profesor reproduktif dari University College London, John Guillebaud mengatakan kesakitan pada abdomen ketika seorang wanita datang haid sama teruk seperti seseorang yang mendapat serangan jantung.
Mungkin efeknya tidaklah sedahsyat serangan jantung, tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit pendedahan kepada kaum lelaki yang sering memandang remeh soal senggugut ini. Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang profesor yang berpengalaman dalam bidang ini, sudah tentu kesakitan ketika datang haid tidak boleh dipandang ringan mahupun dipertikaikan lagi.
Susu ibu adalah anugerah semulajadi sejak bayi dilahirkan. Tapi, ada sesetengah ibu susunya tidak keluar walaupun dah bersalin.
Hingga sampai satu tahap kerana risau bayi tak cukup susu, ibu akan cari alternatif dengan memberikan susu formula sebagai back up. Bila keadaan ini berlaku dan bayi dah pun selesa menyusu botol akhirnya hasrat penyusuan eksklusif tak kesampaian.
Perkongsian dari FEED by Ummi Najla mengenai 13 tip pengeluaran susu yang berkesan boleh membantu ibu.
1) Prinsip utama yang perlu diambil perhatian oleh ibu
2) Susukan bayi dengan lebih kerap dengan lekapan yang betul supaya bayi dapat mengosongkan payudara secara efektif.
3) Memulakan penyusuan pada payudara yang bermasalah supaya susu dapat di keluarkan sebanyak mungkin.
4) Sekiranya ibu berasa sakit, boleh dimulakan dengan payudara yang tidak sakit sehingga berlakunya refleks ejeksi susu. Selepas susu mengalir laju, alihkan kepada payudara yang bermasalah.
5) Gunakan tekanan pada payudara(breast compression) dengan berhati-hati bagi membantu mengeluarkan lebih susu daripada payudara yang bermasalah.
6) Gunakan pelbagai posisi supaya susu daripada semua bahagian payudara dapat dialirkan keluar.
7) Posisi terbaik adalah hidung ataupun dagu menunjuk ke arah bahagian yang tersumbat.
8) Urut bahagian yang tersumbat ke arah puting dengan menggunakan jari yang disapukan dengan minyak bagi mengelakkan ia melecet.
9) Membuat tuaman panas ataupun sejuk pada payudara sebelum menyusu bagi membantu aliran susu berjalan lancar sambil mengurutnya.
Tuaman dan urutan yang berkesan dapat menolak susu yang tersumbat di dalam saluran menuju ke arah puting.
10) Urut payudara sambil mandi dengan air panas bagi tujuan yang sama.
11) Rendam puting di dalam air seketika bagi menghilangkan saki baki susu yang sudah kering di puting bagi membuka aliran susu yang tersumbat.
12) Perah susu menggunakan tangan bagi mengeluarkan baki susu selepas sesi penyusuan.
13) Perah susu sekiranya ibu tidak dapat meneruskan penyusuan kerana pelbagai sebab.
Sumber: FEED by Ummi Najla (Kredit dari Dr Faridah Idris
Buku Terbitan dari PTS Millenia Sdn Bhd)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Genap sebulan kelahiran Ana Nayla pada 21 Oktober lalu, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi detik-detik indah sepanjang proses bersalin puteri sulung mereka.
Memori yang dirakam khusus buat tatapan ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat itu sebagai tanda terima kasih kerana tak putus doakan yang baik-baik buat cahaya mata mereka sejak dalam kandungan sehinggalah ke hari ini.
Memori kelahiran puteri sulung
Muat naik di akaun Youtube @Wuvv Show, Nabil, 33, dan Ayda, 29, sepakat berkongsi memori berharga kepada keluarga dan rakan rapat yang tidak dapat melawat di hospital susulan pandemik Covid-19.
Menerusi rakaman itu juga menunjukkan perbualan Nabil dengan Dr Seri Suniza, doktor yang dipertanggungjawabkan untuk pemeriksaan kandungan Ayda sejak kehamilan sehinggalah proses kelahirannya.
Dr Seri Suniza telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan seminggu awal kerana Ayda dah mula ada rasa kontraksi dan memang tak sempat untuk tunggu tarikh yang mereka dah pilih.
Alhamdulillah, Ana Nayla dah genap sebulan. Disebabkan pandemik, keluarga dan kawan tak dapat datang ke hospital untuk bersama kami, jadi kita share video di channel Wuvvshow sebagai kenangan buat semua. Sediakan tisu! And tengokla Nabil panik sampai….. Tengoklah!
Panik dan teruja sampai keluar takbir raya
Dalam perkongsian video yang berdurasi 6 minit itu, ada kenangan lucu yang mungkin tak akan dilupakan sampai bila-bila oleh Nabil. Disebabkan pertama kali memegang bayi dan agak panik, ketika ingin mengazankan dan iqamat di telinga bayi, tiba-tiba dia melaungkan takbir raya di telinga anak perempuannya.
Dalam masa yang sama, nasib Nabil cepat tersedar dan dengan sendiri reaksi spontannya “Eh tu takbir raya..” Nabil pun turut tergelak sendiri.
Dalam pada itu, sepanjang sedutan video itu juga memaparkan beberapa momen mereka bertiga ketika berada dalam labour room.
Sebak sangat saat pertama kali dengar tangisan Ana Nayla sambil Ayda mencium pipi anak perempuannya walaupun masih dalam keadaan lemah. Itulah orang kata, aura seorang ibu sehingga anak pun merasai kehangatan kasih sayang tersebut.
Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ayda selamat melahirkan Ana Nayla secara Czer di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 21 September lalu.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebiasaannya bayi akan mula tumbuh gigi pertama sekitar usia 6 hingga 8 bulan dan ada juga bayi yang mula tumbuh gigi lebih awal atau lebih lewat dari umur tersebut.
Bagaimanapun ibu bapa jangan bimbang jika anak terlewat sikit tumbuh gigi kerana itu semua adalah normal. Setelah gigi pertama bayi muncul, proses ini akan terus berulang dalam satu tempoh masa tertentu.
Namun apabila anak dah tumbuh gigi, kesilapan ibu bapa pula adalah tidak mengambil berat tentang penjagaan gigi anak-anak sehingga anak mengadu sakit atau pun berlaku karies gigi.
Berdasarkan perkongsian dari Perunding Pediatrik Kesihatan Mulut & Gigi Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Dr Nazatul Sabariah Ahmad kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak banyak berlaku disebabkan pemberusan gigi yang kurang, pengambilan makanan manis yang tak terkawal (kandungan gula yang tinggi dalam makanan) serta kurangnya kesedaran penjagaan gigi oleh ibu bapa.
“Ibu bapa juga mesti pastikan pemeriksaan gigi anak dilakukan seawal setahun agar lebih terjaga dan tak mudah rosak.
“Kalau ikutkan di Malaysia kita ada National Oral Health Survey yang dijalankan setiap 10 tahun tetapi keputusan pada tahun 2015 menunjukkan sebanyak 71 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami karies gigi manakala tinjauan untuk kanak-kanak 12 tahun sekitar tahun 2017 pula sebanyak 60 peratus mempunyai karies gigi,” katanya.
Susu formula dan susu ibu boleh jadi penyebab karies gigi
Selalunya soalan yang kerap kali ditanya oleh ibu bapa adalah adakah susu formula sebenarnya menyebabkan karies gigi anak?
Menurut Dr Nazatul lagi, sebenarnya susu ibu atau susu formula kedua-duanya boleh jadi punca karies gigi dalam kalangan anak kecil.
“Kalau diikutkan susu sebenarnya berkhasiat tapi disebabkan tabiat hisap susu waktu malam itu yang menyebabkan masalah karies mudah berlaku kerana pengeluaran air liur akan menurun waktu malam dan tiada mekanisma pembersihan dalam mulut.
“Jadi susu yang terkumpul dalam mulut tu tak dapat dibersihkan oleh air liur dan ini yang menyebabkan gigi cepat rosak,” katanya.
Kurangkan pengambilan makanan manis
Sebagai ibu bapa, anda seharusnya menggalakkan anak-anak di awal usia makan pelbagai jenis makanan dan bukan hanya fokus pada makanan tertentu sahaja.
Walaubagaimanapun, pengambilan buah-buahan juga harus dikawal dan tidak diambil dalam kuantiti yang banyak setiap hari. Selain itu, pengambilan snek antara waktu makan kalau boleh elak lagi bagus. Contohnya tak boleh makan manis antara makan tenghari dan petang.
Selain mengurangkan pengambilan makanan manis, apabila anak lahir ibu bapa mesti bersihkan mulut dan gusi bayi setiap kali selepas minum susu biarpun waktu itu belum tumbuh gigi. Digalakkan bersih dengan kain basah bahagian lidah dan seluruh mulut.
Lagi satu setelah bayi ada gigi pertama atau selepas 6 bulan biasakan berus perlahan-lahan gigi bayi untuk memperkenalkan berus gigi sejak awal.
Tip Penjagaan Gigi Anak
– Mesti konsisten bersih gigi anak sekurang-kurangnya 2 kali sehari
– Jangan tunggu ada gigi, baru nak perkenalkan berus gigi
– Kawal pemakanan yang mengandungi gula tinggi dalam diet anak (Anak-anak hanya boleh makan makanan manis pada hari tertentu)
– Jangan biarkan anak tidur dengan botol susu
– Elak penggunaan puting susu bila bayi tumbuh gigi
– Gunakan ubat gigi berflourida bila anak pandai berkumur
– Buat sapuan fluoride
– Lakukan pemeriksaan gigi 2 kali setahun
Justeru itu, ibu bapa mestilah peka dan jangan ambil ringan bab penjagaan gigi anak atas alasan baru gigi susu dan selepas itu akan tumbuh gigi kekal. Didikan awal inilah akan dapat mencegah kerosakan gigi dan anak pun tidak akan rasa rendah diri bila bersama rakan sebaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
HFMD Meningkat 156.2% Di Pulau Pinang Lepas Aidilfitri, Ibu Ayah Kena Lebih Waspada!Pulau Pinang mencatatkan lonjakan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang...