Menjadi seorang wanita, sebulan sekali pasti kedatangan haid. Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk. Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja. Namun ada yang mengalami senggugut teruk sehingga keadaan memaksa mereka mengambil ubat penahan sakit. Lebih menyedihkan jika situasi ini tidak difahami dan dicop sebagai ‘drama queen’.
Artikel Menarik: [Haid Tak Datang Tapi Tak Hamil Boleh Buat Tulang Rapuh. 7 Puncanya Perlu Diambil Serius]
Rasa sakit senggugut boleh disamakan seperti perut ditumbuk berulang kali dengan kuat dari dalam. Itulah kebenarannya, senggugut sememangnya menyakitkan. Bagi yang selalu mempertikaikan keadaan anda yang mempunyai senggugut teruk, mungkin mereka akan terdiam apabila mengetahui hakikat ini. Sakit senggugut sama seperti serangan jantung!
Artikel Menarik: [Dr Hamid Arshat Jelaskan 8 Keadaan Gangguan Haid Pada Wanita. Jangan Ambil Mudah]
Kejang perut (senggugut) atau Dysmenorrhea kini secara teknikalnya diakui sakitnya seperti serangan jantung. Seorang profesor reproduktif dari University College London, John Guillebaud mengatakan kesakitan pada abdomen ketika seorang wanita datang haid sama teruk seperti seseorang yang mendapat serangan jantung.
Artikel Menarik: [Haid Tak Teratur Sebab Masalah PCOS, Bakal Ibu Kena Ubah Cara Hidup, Doktor Kongsikan Caranya!]
Mungkin efeknya tidaklah sedahsyat serangan jantung, tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit pendedahan kepada kaum lelaki yang sering memandang remeh soal senggugut ini. Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang profesor yang berpengalaman dalam bidang ini, sudah tentu kesakitan ketika datang haid tidak boleh dipandang ringan mahupun dipertikaikan lagi.
Sumber: Marie Claire