Isteri adalah nadi dalam sesebuah keluarga. Kalau isteri tak ada satu hari, rumah jadi sepi. Anak-anak pun akan sama rasa suramnya. Jadi suami kenalah pandai jaga hati isteri. Jangan biar isteri merajuk. Suami silalah pujuk!
Perkongsian dan tip daripada doktor kita ni, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, baik untuk kita baca. Banyak benarnya dalam kata-kata beliau. Jadi suami, sila jaga hati isteri ya.
WAHAI PARA SUAMI BUDIMAN, BACALAH!
1. Teruk mana pun dugaan di tempat kerja, suami tak usahlah pulang bawa muka masam dan kelat. Isteri dan anak-anak di rumah tak sabar nak tunggu kepulangan kau jadi elok pulang bawa buah tangan/ole-ole. Makan sama-sama, InshaAllah hati akan terubat.
2. Isteri adalah hati dalam sesebuah keluarga. Jika isteri tak gembira, maka seisi rumah akan turut tak gembira. Anak-anak akan kuat meragam, makan minum tak terjaga,rumah tak terurus, walaupun rumah itu ada pembantu rumah. Jadi, jaga hati isteri baik-baik.
3. Kalau isteri marah, cepat-cepatlah pujuk. Tak usah biarkan isteri pendam hati sedih dan terluka berpanjangan. Di luar sana ramai lelaki baik yang inginkan wanita yang baik-baik, seperti isteri kau. Kalau kau tak pujuk, mereka pula yang akan pujuk nanti. Bahaya!
4. Isteri akan cepat syak wasangka jika kau selalu menyembunyikan status perkahwinan. Oleh itu, kalau pergi mana-mana majlis, elok bawa sekali isteri. Kenalkan dia pada kawan-kawan kau. Tapi kalau dia tak mahu ikut, tak usahlah dipaksa. Ada isteri tak selesa ditayang-tayang.
5. Kalau jumpa orang tulis pasal nasihat untuk isteri. Kau jangan pergi tag isteri pada pos tu. Jangan share dekat wall dia. Share kat wall kau sudahlah. Jangan risau, isteri kau baca juga nanti. Mana ada isteri yang tak stalk FB suami dia, kan?
Tapi kalau isteri tag kita dekat pos ni, kita senyum je.
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Suami Memahami