Ketika membesarkan anak-anak, didiklah mengikut perkembangan mereka. Beri perhatian kepada emosi serta tingkah laku mereka. Untuk memastikan anak membesar dalam persekitaran yang positif, elakkan terlalu ‘menekan’ mereka untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan anak.
Misalnya untuk perkembangan kanak-kanak di peringkat umur antara tiga tahun hingga empat tahun dan kadangkala sehingga enam tahun, mereka masih lagi minat untuk bermain. Main pada kanak-kanak adalah belajar. Kanak-kanak belajar sambil bermain untuk memahami sesuatu konsep. Sambil bermain mereka belajar mengenali sesuatu dengan menggunakan deria lihat, sentuh, rasa, dengar dan mentafsir mengikut pandangan dunianya sendiri.
Tingkah laku positif kanak-kanak sepatutnya diterapkan seawal usia sebelum ke tadika. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk kanak-kanak berdisiplin. Adalah tidak adil untuk meletakkan segala tanggungjawab dibebankan kepada institusi tadika dan sekolah.
#Bentuk Disiplin Anak Di Rumah
Pernahkah ibu bapa melatih anak-anaknya mematuhi perkara yang dilakukan semasa di rumah? Sebagai contoh jadual di rumah waktu bermain, menonton televisyen, solat, mandi dan tidur. Kesemuanya perlu dimulakan sejak kecil lagi.
Mereka perlu dibiasakan perkara-perkara yang diingini oleh orang dewasa seperti tidak menyepahkan barang mainan selepas main, membaca dan sebagainya. Jangan jadikan sesuatu yang negatif seperti tidak mengemas barang mainan selepas bermain dibiarkan begitu sahaja.
Ads
Maklumkan berkemas sebagai satu peraturan dan sekiranya ingkar hukuman tidak benarkan bermain lagi. Ibu bapa perlu memberi contoh seperti mengemas bersama-sama untuk beberapa kali dan berikan pujian sebagai ganjaran kerana mengemas barang mainannya.
Selepas itu galakkan kanak-kanak melakukannya sendiri mengikut jadual yang ditetapkan seperti masa menonton televisyen, membaca, mandi dan tidur.
#Latih Anak Untuk Sentiasa Fokus
Kanak-kanak yang tidak dilatih mendengar dengan memberi tumpuan dengan menggunakan mata biasanya tidak dapat mengikut arahan dengan betul. Kadangkala mereka sukar untuk memahami perkara yang disampaikan. Arahan yang hendak disampaikan hendaklah jelas, ringkas dan dapat dilihat atau digambarkan.
Ads
Contohnya, “Selepas bermain barang mainan hendaklah dikemas masukkan ke dalam kotak.” Kanak-kanak dapat memahami dengan jelas dan mengetahui apa yang perlu dibuat untuk menyimpan barang mainannya. Berbanding dengan contoh berikut: “Mainan yang bersepah ini perlu dikemas sekarang juga.” Kanak-kanak tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyimpan barang mainannya.
#3 Ajar Cara Mudah
Pada usia enam tahun tidak semua mencapai kematangan dan mereka masih di tahap mempelajari sesuatu perkara berasaskan perkara yang maujud atau konkrit. Mereka tidak dapat membayangkan sesuatu yang abstrak.
Contohnya, apabila ditanya berapa nilai nombor lima. Mereka tidak dapat mengaitkan persamaan nilai lima dengan benda lain. Walhal nilai lima boleh dikaitkan dengan lima jemari, lima keping biskut dan sebagainya. Setiap perkara yang dipelajari perlu ada unsur main. Bahan yang diberikan hendaklah selaras dengan minat dan keupayaan kanak-kanak.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memahami perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat usia terhadap kesesuaian kesediaan belajar. Setiap tahap kesediaan belajar kanak-kanak berbeza bergantung kepada keupayaan individu. Setiap kanak-kanak keupayaan, kemahiran dan minatnya berbeza. Kenal pasti minat dan kebolehan anak anda dan berikan perkara yang diminati untuk memupuk minat belajar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sampai sebulan, anak-anak bakal memulakan sesi persekolahan yang baru. Bila dah mula sekolah paling susah anak nak buat susun buku sekolah mengikut jadual. Untuk yang masih kecil terutamanya darjah 1 dan 2 memang berterabur la buku mereka dalam beg tu.
Seorang ibu berkongsi cara apa yang dilakukan untuk anaknya yang kini dah masuk darjah 4. Senang nak buat hanya perlukan sedikit modal untuk belikan beberapa alatan dan insyaAllah lepas ni anak-anak dah boleh buat sendiri. Buku-buku nak bawa ke sekolah pun lebih tersusun!
Sesuai untuk anak yang baru nak masuk sekolah
Contoh boleh diguna pakai untuk parents yang anak baru nak darjah 1.
Kami buat kat si abang Qimie dari darjah 1 dan sehingga sekarang darjah 4 alhamdulillah last dia berdikari dan mudah untuk dia atoq jadual sendiri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak ni kalau kita sebagai ibu ayah tak suruh tidur, memang celik je mata tu! Betul tak? keesokannya, mula la susah nak bangun pagi pergi ke sekolah!
Ibu ayah perlu tahu, pentingnya anak-anak untuk mendapatkan tidur yang cukup untuk anak kerana anak yang tidak cukup tidur boleh menggangu fokus semasa pembelajaran dalam kelas.
Tidur sebenarnya dapat membantu pertumbuhan tubuh kanak-kanak. Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun berehat untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam.
Sewaktu kanak-kanak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Kanak-kanak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.
IBU BAPA AKAN BERASA STRESS APABILA TERPAKSA MENUNGGU DAN MELAYANI ANAK YANG SUKAR TIDUR. KEADAAN INI MENGGANGGU WAKTU TIDUR IBU BAPA YANG BEKERJA KEESOKAN HARINYA.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur. Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
#1 Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 8:00 malam. Jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
#2 Tidak ikut permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
#3 Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
#4 Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
#5 Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
#6 Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak menangis, mengamuk ibu ayah jangan sekali mengamuk pukul anak. Kena banyak bertenang, tarik nafas dan cuba kawal perasaan tu. Anak-anak kecil ini dia tak akan faham dan hanya tahu untuk meluahkan perasaannya saja.
Selalu juga orang kata, cakap memang mudah tapi yang laluinya saja akan faham bila anak dalam situasi tersebut.
Ada cara ibu bapa boleh lakukan seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Nazirah Abd Rahim. Caranya adalah melalui teknik amalan terapi al-Quran dengan surah Al-Fatihah kerana ia dianggap surah penawar segala penyakit dan ujian.
Dalam tempoh PKP, inilah masa untuk kita mantapkan “nilai solehah” dalam diri amalan mendidik dengan akhlak al-Quran dan akhlak Rasulullah.
Kemuliaan didikan terapi al-Quran. Tak ada emosi marah bagi kita terutama ibu bapa yang mengadap anak sedang mengamuk dan menangis.
Ada masa anak menangis boleh dipeluk…ada masa boleh dipujuk
Ada masa tak boleh nak peluk dan pujuk…dia akan menangis saja..
Caranya Ustazah kongsikan;
1. Baca sahaja Al-Fatihah kuat didengari oleh diri dan anak adalah lebih baik kesannya.
2. Baca Al-Fatihah dengan tenang. Baca dengan tenang sambil melihat wajah anak dengan kasih sayang. Jika dalam emosi marah, geram teruskan baca dengan tenang. Fungsi awal adalah lebih pada tenangkan diri ibu. Subhanallah
Sampai ibu rasa diri ibu dah tenang…dan boleh senyum dengan anak anak. Barulah ibu “sedia” memujuk anak dan mendidik anak dengan meminta #pertolonganallah. Inilah rahmat besar amalkan didikan kaedah #terapialquran. Kita meminta #pertolonganallah. Subhanallah
3. Niatkan Allah tenangkan anak kita (khawlah)…agar Allah jadikan dia anak taat … Baca terus dengan tenang. Sambil tiup anak. Kesan tenang ini akan makin kelihatan pada nada tangisan anak. Gerak tubuh anak dan emosi ibu.
4. Bila anak dah tenang, segera panggil anak “peluk dan cium” peluk dan cium dengan terapi al-Quran. Kita dapat pahala amal soleh. Jika tak dapat kebaikan dunia peluk dan cium sahaja. Bezakan jadi ibu akhirat dan ibu dunia.
5. Tiup di ubun-ubun anak. Dan anak terus tenang. Ibu pun tenang. Subhanallah. Rumah kita makin bercahaya rahmat al-Quran.
Selamat beramal. Moga Allah berikan kita semua kekuatan menjadi ibu bapa yang sabar dan pahala berpanjangan.