Sebenarnya di klinik semalam, saya jumpa seorang ibu. Anaknya lahir pramatang 32 minggu. Sekarang dah besar, alhamdulillah dah mula berjalan dan bercakap.
Dia baru tersedar yang dia terlalu banyak luang masa pada anak bongsu ni sampai banyak abaikan anak yang pertama. Muka nampak sedikit kecewa.
Saya tanya kenapa dia cakap macam tu. Minggu lepas anak ni tanya pengasuh kenapa mak ayah belum ambil dia lagi padahal dah lewat petang. Bertubi-tubi soalan ditanya sampai kelu lidah si pengasuh.
Ads
Rupa-rupanya dia risau mak ayah tinggalkan dia dan bawa si adik keluar berjalan. Dia risau mak ayah lagi seronok bersama si adik sampai terlupa pada dirinya.
Sambil menggeleng kepala, dia tak sangka budak kecil pun dah pandai fikir sampai ke situ.
Iri hati, rasa tak diberi perhatian, melabel anak, pilih kasih, ini semua sifat toksik yang boleh meracun kesihatan emosi anak.
Ads
Saya cadangkan pada si ibu:
✔️ Buat aktiviti bersama-sama dengan keluarga. Contohnya main bersama, makan bersama, baca buku bersama.
✔️ Special day out dengan setiap anak.
– Kita luang masa one-on-one dengan anak tu.
– Waktu tu kita bagi sepenuh perhatian pada dia.
– Buat sesi ni selama 15 minit pun anak dah happy sangat.
Setiap hari, tanyakan bagaimana hari mereka. Anak kecil pun dah pandai meluah perasaan mereka. Dengan mendengar luahan hati anak pun dah boleh buat mereka rasa disayangi.
Bila anak minta sesuatu, tak semua permintaan boleh ditunaikan, walaupun nampak kecil atau tak berbahaya. Sebab setiap kali kita izinkan sesuatu yang di luar batas mereka, ia boleh jadi kebiasaan yang sukar dikawal di masa depan.
Contohnya, anak minta keluar malam atau pergi jauh dengan kawan-kawan. Kalau sekali kita benarkan, permintaan yang sama mungkin akan berulang, malah makin meningkat. Dari satu tempat ke tempat lain, dari sekali jadi tabiat.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memenuhi kehendak mereka, tapi mendidik mereka tentang tanggungjawab dan batasan. Tegas bukan bermaksud tak sayang, tapi langkah berjaga-jaga untuk elak perkara yang lebih besar berlaku. Begitu juga dengan perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Abdul Muiez mengenai perlunya ada ketegasan dalam mendidik anak. Bukan berfikiran sempit, untuk mendidik anak-anak untuk menjadi orang yang memahami dengan peraturan hidup dan displin.
Semalam, si sulung ni bagitahu. Sabtu haritu, kawan-kawan dia ajak pergi Kuala Selangor, tengok wayang. Saya tanya, “Iezat jawab apa?” “Memang taklah mama dengan baba nak bagi.” “Haaaa, bagus.”
Dia baru berusia 16 tahun. Baru dapat lesen beberapa bulan lepas. Lepastu nak pergi ke Kuala Selangor yang perjalanannya memakan masa satu jam sehala. Memang kami takkan bagi lah.
Bukannya apa. Setiap yang pertama kali, akan ada yang kali kedua. Bayangkan kalau saya bagi. “Ba. Nak pergi Shah Alam. Haritu baba bagi pergi Kuala Selangor.” “Ba. Nak pergi Manjung. Nak ride dekat Lumut. Haritu kan baba bagi pergi Kuala Selangor.” Uiiii memang tak dapat derrrr. Dia baru form 4. Nak ride bagai. Kata mak saya, “tampar muka kau karang, tahulah nasib kau.”
Nasib baik dia tak pernah bising. Kenapa baba tak macam ayah orang lain. Kalau dia tanya, saya akan ulang balik apa mak saya cakap. Dulu, adik saya pernah tanya. “Nenek orang tu bagi je. Boleh je buat apa-apa.” Mak saya jawab, “kau bungkus kain baju kau, pergi berambus sekarang.” Terus senyap adik saya.
Mak saya mulut memang laser. Walaupun kami tahu mak takkan buat, tapi takda siapa pun antara kami yang berani melawan.
Konsepnya sama macam kalau kita benarkan anak-anak keluar malam.Kali pertama bagi keluar malam, balik pukul 10. Esok nak keluar lagi.
Kita pun bagi lagi. Sampai satu masa, dia akan keluar sendiri tanpa minta izin. Sebab, dari kebiasaan dah jadi tabiat.
Lepastu, kita pun bising. “Anak saya keluar malam. Pukul 11 baru balik. Puas dah nasihat.” Balik kepada punca, kita yang izinkan dia buat sesuatu perkara yang dia tak patut buat untuk kali pertama. Nak selesaikan masalah yang akan datang ni, janganlah bagi anak buat benda yang tak sepatutnya dia buat. Begitulah.
Ibu bapa yang ada anak bakal masuk Tahun 1 tak lama lagi, dah boleh mula ajar beberapa perkara penting terutama aspek pengurusan diri ketika berada di sekolah. Ini untuk pastikan anak dah bersedia berdepan cabaran ketika di alam persekolahan sebenar.
Sebelum ini jika di tadika, guru akan bantu, namun bila dah masuk Tahun 1 anak kena pandai berdikari dan tak boleh harapkan 100 peratus pada guru. Apa yang membimbangkan ibu bapa adalah apabila anak nak menggunakan tandas kerana hampir kebanyakan sekolah, tandas cangkung.
Bagi memudahkan ibu bapa faham, perkongsian Cikgu Asmadi Samad ini sangat bermanfaat.
Cabaran besar anak nak sesuaikan diri
Selain bilik darjah, tandas juga merupakan tempat yang mencabar untuk anak-anak menyesuaikan diri.
Serius ni…Jangan pandang rendah pada cabaran di tandas. Jangan terkejut kalau ada anak-anak yang sanggup tahan kencing dan buang air besar di sekolah sebab ada macam-macam halangan untuk mereka menggunakan tandas di sekolah.
Kadang-kadang kat rumah semua tandas duduk, tapi kat sekolah semua nak kena cangkung. Bila begitu maka timbullah pelbagai ‘isu teknikal’ seperti nak bukak seluar macam mana, nak kangkang tak lepas lah sebab seluar tersangkut dan macam-macam lagi.
Pengalaman saya ada dikalangan anak-anak tahun 1 yang tak boleh mencangkung. Bila mencangkung mesti terduduk ke belakang.
Macam dalam gambar di atas ni memang kat rumah bila ke tandas caranya memang begitu. Tanggal habis seluar kat luar bilik air dan masuk ke tandas, jadi di sekolah pun macam tu lah dia buat. Ini kira bagus sebab dalam tandas dah dia buka. Awal-awal hari tu luar tandas tu dia berjoget tak pakai seluar.
Isu kebersihan tandas pun satu hal juga. Al maklumlah kalau dah beratus orang kanak-kanak yang kadang-kadang tak berapa pandai menetapkan sasaran semasa membuang air kecil dan air besar berkongsi menggunakan tandas memang makcik cleaner pun ketar lutut nak mencuci dan mengemop setiap masa.
Ibu bapa boleh latih awal
Walaubagaimanapun.. Bak kata Papa Zola, Jangan susah hati wahai ibu bapa kebenaran. Anak-anak kita ni memang punya keupayaan semulajadi untuk menyesuaikan diri dengan baik. Dan itu juga satu proses yang membantu mereka membesar. Dengan sedikit bimbingan dari guru, masa akan membantu mereka menyesuaikan diri.
Sedikit latihan di rumah mengenai penggunaan tandas juga boleh membantu mereka. Latih mereka dengan 3 langkah asas iaitu istinjak, bersihkan lantai dan flush untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan tandas juga bersih.
Bantu mereka untuk memperbetulkan kedudukan seluar/kain semasa menggunakan tandas cangkung atau duduk.
Untuk murid lelaki ajar mereka berhati-hati dengan zip seluar. Untuk yang belum bersunat, lebih baik pakaikan seluar dalam sebagai langkah keselamatan. Pernah berlaku beberapa kali cikgu-cikgu lelaki terpaksa buat rescue team untuk bantu murid lelaki yang kemaluannya tersepit pada zip seluar. Musibah ni tuan-tuan.
Wahai ibu bapa kiriman tuhan, teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket ingatan kita baik-baik. Bimbang nanti anak-anak tiru, kita juga yang sakit kepala.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa guru pertama anak. Nak pastikan anak kita soleh, baik tingkah lakunya biasakan dengan didikan sempurna.
Apa amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk jadikan anak kita soleh dan solehah. Berikut antara 5 tipnya:
1) Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak)
2) Lembutkan hati anak *hembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian – Surah AlFatihah – Surah Al-Hasyr (ayat 21-24) – Surah Taha (ayat 1-5) – Ayat Qursi – zikir ya Latif
3) Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus : – Ya ‘Aziz – Ya Jabbar – Ya Mutakabbir
4) Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)
5) Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.