“Kalau Lewat Ambil, Mesti Abang Tanya Macam-Macam. Risau Mama Bawa Adik Jalan-Jalan”

Share

“Anak 3 tahun pun dah pandai jealous ke doktor?”

Menarik betul soalan ibu ni.

Sebenarnya di klinik semalam, saya jumpa seorang ibu. Anaknya lahir pramatang 32 minggu. Sekarang dah besar, alhamdulillah dah mula berjalan dan bercakap.

Dia baru tersedar yang dia terlalu banyak luang masa pada anak bongsu ni sampai banyak abaikan anak yang pertama. Muka nampak sedikit kecewa.

Saya tanya kenapa dia cakap macam tu. Minggu lepas anak ni tanya pengasuh kenapa mak ayah belum ambil dia lagi padahal dah lewat petang. Bertubi-tubi soalan ditanya sampai kelu lidah si pengasuh.

Rupa-rupanya dia risau mak ayah tinggalkan dia dan bawa si adik keluar berjalan. Dia risau mak ayah lagi seronok bersama si adik sampai terlupa pada dirinya.

Sambil menggeleng kepala, dia tak sangka budak kecil pun dah pandai fikir sampai ke situ.

Iri hati, rasa tak diberi perhatian, melabel anak, pilih kasih, ini semua sifat toksik yang boleh meracun kesihatan emosi anak.

Saya cadangkan pada si ibu:

✔️ Buat aktiviti bersama-sama dengan keluarga. Contohnya main bersama, makan bersama, baca buku bersama.

✔️ Special day out dengan setiap anak.
– Kita luang masa one-on-one dengan anak tu.
– Waktu tu kita bagi sepenuh perhatian pada dia.
– Buat sesi ni selama 15 minit pun anak dah happy sangat.

Setiap hari, tanyakan bagaimana hari mereka. Anak kecil pun dah pandai meluah perasaan mereka. Dengan mendengar luahan hati anak pun dah boleh buat mereka rasa disayangi.

Kredit: Dr Redza Zainol


Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa