Anak kedua memang berbeza daripada anak-anak yang lain. Begitu kata sesetengah pakar. Hal ini turut diakui oleh pelakon, Yana Samsudin yang turut berkongsi kisah anak keduanya, Aura Aisy Sofea.
Menerusi satu entri di instagramnya, Yana berkongsi sekeping gambar anaknya yang sedang nyenyak tidur di sofa, bukan di katil empuk yang disediakan oleh ibu dan ayahnya.
Kata Yana lagi, anak keduanya ini cukup berbeza. Bermacam gelagat comel yang ditunjukkan anak kecil ini biarpun baru berusia dua bulan.
“Adakah ini rupa baby berusia 2 bulan lebih?
“Anak ke 2 ni lain macam sikit, tilam kekabu gebu harga ratusan ringgit, katil baby siap ada hayunan, buaian berirama pun di sediakan tapi semua tu dia tak nak duk lama.
“Tapi kalau macam ni , lena lama pulak, ” tulis Yana melalui instagramnya.
Malah kata Yana lagi, anak keduanya itu juga tidak mahu berbedung seperti kebanyakkan bayi lain.
“Rasanya dekat sebulan je kot berbedung, tu pun siang hari je malam hurmm kelaut kain bedungnya,” kongsi Yana lagi.
Bukan itu sahaja malah kata Yana, anak keduanya ini cukup kuat kerana sudah pandai mengangkat kepalanya beberapa jam selepas dilahirkan sehingga membuatkan dia menjerit kerana panik.
“Baby Aura Sofea ni kuat, siang lahir malam nya dah angkat kepala. Mau menjerit mommy kat dalam hospital tu sebab kaget tengok dia angkat leher dia masa daddy dia dukung. Terlebih kalsium susu rasanya ni.
“Apa pun semoga anak mommy sihat, mommy dah syukur. Nak kejutkan pun tak sampai hati sebab dah lena tidur. Semoga membesar manjadi anak yang solehah. Amin,” tulisnya.
Dalam padu itu, diam tak diam anak keduanya itu kini sudah pun hampir mencecah usia tiga bulan. Malah Yana juga sudah hampir tamat berpantang selama 100 hari. Tahniah!
“Tak lama lagi dah nak 3 bulan .. alaaa cepatnya masa berlalu!! Mommy dah nak habis pantang yeayy! #pantang100hari #sofeaDanMommy #AisySofea . Kena sendal bantal sebab dia dah beralih tempat,” tulis Yana lagi.
Terdahulu, Yana mendirikan rumah tangga bersama, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015. Kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Artikel berkaitan: Cantiknya Nama Baby Girl, Muka Sebiji Mateen, Yana Samsudin Dedah Wajah & Nama Anak, Comelnya
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yanasamsudin & @fadzilzahari