Ibu-ibu pasti pernah mendengar mengenai penyakit tangan kaki dan mulut HFMD, bukan? Ayuh ketahui bagaimana ia tersebar dan cara merawatnya.
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
Sebelum kita mengetahui kaedah rawatan penyakit tangan kaki dan mulut, mari fahami lebih lanjut mengenai penyakit ini. Hand-foot-and-mouth-disease atau HFMD, adalah jangkitan virus ringan yang mudah merebak kepada anak kecil, dikenali sebagai virus coxsackie.
Simptom penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
HFMD boleh mengakibatkan wujudnya beberapa gejala, seperti:
Demam
Sakit tekak
Berasa tidak sihat
Gelembung (blister) kemerahan yang menyakit pada lidah, gusi dan bahagian dalam pipi
Ruam merah tidak gatal tetapi adakalanya melepuh pada tapak tangan dan kaki, serta punggung
Kerengsaan pada bayi dan kanak-kanak
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD turut boleh menyebabkan anak hilang selera makan
Demam merupakan tanda pertama HFMD, kemudian sakit tekak dan kurang selera makan. Selepas 1-2 hari demam, luka menyakitkan akan muncul pada depan mulut atau tekak.
Kemudian ruam akan berkembang pada tangan, kaki serta punggung dalam masa 1 atau 2 hari.
Bagaimana penyakit tangan kaki dan mulut HFMD menular?
Ads
Punca HFMD adalah jangkitan virus coxsackie A16. Ia tergolong dalam kumpulan virus yang disebut nonpolio enterovirus. Pengambilan secara oral adalah sumber utama jangkitan virus dan penyakit HFMD. Individu dengan penyakit ini boleh menularkan jangkitan melalui:
Rembesan daripada hidung atau cecair tekak
Air liur
Cecair daripada lepuh
Najis
Titisan air yang disembur ke udara selepas batuk atau bersin
Perkara biasa dalam persekitaran penjagaan kanak-kanak
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD cenderung terjadi pada kanak-kanak di pusat asuhan kerana kekerapan penukaran lampin dan latihan tandas, serta disebabkan anak kecil sering memasukkan jari ke dalam mulut.
Virus ini boleh berada dalam tubuh selama berminggu-minggu setelah tanda dan simptom hilang. Ini bermakna si kecil masih boleh menjangkiti individu lain. Sesetengah individu, khususnya dewasa boleh menyebarkan virus tanpa menunjukkan gejala penyakit ini.
Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut & langkah pencegahan
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak akan membantu.
Perkara berikut dapat membantu membuatkan si kecil lebih selesa:
Ads
Untuk anak 6 bulan ke atas, berikan acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan sakit tekak. Jangan berikan ibuprofen kepada anak di bawah usia 6 bulan. Baca label untuk mengetahui dos tepat mengikut usia anak
Untuk anak kurang daripada 6 tahun, jangan berikan ubat selesema daripada farmasi (OTC) tanpa bertanyakan kepada doktor
Jangan berikan aspirin kerana ia boleh mengembangkan sindrom Reye yang boleh menyebabkan kematian
Jika anak berusia lebih 1 tahun, pastikan pengambilan cecair yang mencukupi. Berikan mereka air, susu, jus epal atau aiskrim popsicle. Elakkan jus buah tinggi asid seperti jus oren atau lemon karena ia boleh merengsakan luka dalam mulut
Bagi anak bawah usia setahun, teruskan penyusuan susu ibu atau susu formula
Tawarkan makanan mudah ditelan seperti kentang lenyek, oat atau telur
Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut jika anak sakit tekak:
Ads
Bagi anak setahun ke atas, berikan sup, jus epal atau letakkan ½ sudu teh cecair antasid tanpa aspirin di depan mulut selepas makan
Untuk anak 4 tahun ke atas, berikan lozeng atau semburan tekak tanpa benzocaine yang berbahaya kepada kanak-kanak. Boleh juga bilaskan mulut selepas makan dengan 1 sudu teh cecair antasid tanpa aspirin
Anak 6 tahun ke atas pula sudah boleh berkumur tanpa menelan, jadi gunakan campuran ¼ sudu teh garam bersama segelas air suam. Kumurkan campuran 2-3 kali sehari, mengikut keperluan. Pastikan mereka meludahkannya selepas berkumur
Langkah mencegah penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
Setelah mengetahui cara rawatan penyakit tangan kaki dan mulut dan pastinya anda ingin mengetahui jika ada vaksin yang boleh mencegah HFMD, bukan?
Malangnya, tiada vaksin untuk mencegah HFMD. Virus mudah merebak pada minggu pertama seseorang individu itu jatuh sakit dan kekal di dalam tubuh walaupun selepas sembuh.
Cara mencegah penularan HFMD dengan:
Mengajar anak untuk tidak menyentuh ruam, elak daripada memasukkan jari dan mainan ke dalam mulut serta tidak menggosok mata
Sentiasa ingat untuk membasuh tangan dengan sabun dan air selepas menyentuh ruam, pergi ke bilik air sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, serta setelah menukar lampin. Jangan lupa untuk mendidik anak melakukan amalan yang sama
Ajarkan anak untuk bersin atau batuk ke tisu atau lengan bajunya
Cuci dan disinfeksi bilik air, mainan dan barang lain yang disentuh anak dengan sabun dan air atau menggunakan pembasmi kuman
Jangan berkongsi cawan minum, peralatan makanan atau barangan peribadi seperti tuala dan berus gigi
Elakkan daripada memeluk dan mencium anak yang dijangkiti
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah? Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita tahu bahaya kesan asap rokok pada perokok. Tanpa sedar thirdhand smoke atau asap rokok yang melekat di persekitaran dalam rumah juga beri kesan buruk pada orang yang tak menghisap tapi turut menghidu terutamanya kanak-kanak.
Mungkin ada di kalangan ayah yang merokok beranggapan dengan tidak menghisap rokok di hadapan anak maka si kecil bebas daripada sebarang kesan buruk asap rokok. Namun kita terlupa kesan saki-baki asap rokok tersebut telah melekat di seluruh persekitaran rumah.
Anak-anak yang sedang membesar dan berekplorasi kawasan sekeliling rumah sudah pasti tidak akan terlepas daripada menyentuh, menghidu atau menjilat peralatan dalam rumah yang sudah terlekat asap rokok hisapan si ayah.
Tanpa sedar anda sendiri yang telah mendedahkan anak kepada bahaya asap rokok!
Tahu ke apa itu thirdhand smoke? Secondhand smoke kita pernah dengar kan. Kalau nak tahu lebih lanjut baca perkongsian daripada Dr. Khairul Hafidz, Founder & Chairman of #MedTweetMY tentang bahayanya thirdhand smoke ini.
Tahukah kalian, selain perokok dan secondhand smoke, ada juga istilah thirdhand smoke?
Thirdhand smoke terjadi apabila saki baki nikotin dan bahan kimia dari rokok melekat pada permukaan bahan-bahan indoor, yang akhirnya bereaksi dengan bahan tersebut membentuk bahan toksik kepada manusia.
Bahan campuran toksik ini juga mengandungi bahan-bahan penyebab kanser yang akhirnya dihidu oleh manusia. Ia membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak.
Contoh asap melekat di dinding, pakaian atau perabot, lama-lama reaksi kimia menghasilkan bahan toksik campuran yang berbahaya.
Oleh kerana itu, matlamat kami adalah untuk membentuk PERSEKITARAN BEBAS ROKOK, bukan hanya orang berhenti merokok.
Kami mahu persekitaran bebas asap rokok dan orang awam bebas dari menjadi mangsa secondhand dan juga thirdhand smoke.
Sumber: Khairul Hafidz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambut bercabang dan kering sering juga dihadapi oleh ibu-ibu selepas bersalin selain masalah keguguran rambut. Jika sudah pelbagai produk sudah dicuba namun tidak jua berkesan, apa kata cuba pakai masker kacang soya yang dicampur dengan yogurt.
Percaya atau tidak, kalau anda rajin pakai masker kacang soya dan yogurt ini, hasilnya rambut anda akan jadi lebih sihat dan senang diurus. Tiada lagi masalah rambut bercabang!
Petua Rawat Rambut Bercabang & Kering
Petua ini dikongsikan Norafiza Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Oya secara ringkas untuk selesaikan masalah rambut kering dan bercabang. Lembut, senang diurus dan suami pun suka.
Langkah 1
Mula-mula anda cuci rambut dahulu bersama lemon sebiji. Ini untuk membuang minyak serta kotoran di kulit kepala.
Langkah 2
Kemudian tonyoh kulit kepada menggunakan halia kisar. Ini untuk rambut gugur atau hendak melebatkan. Kulit kepala juga akan sihat dan segar.
Untuk langkah kedua dan ketiga, anda boleh selangkan sehari. Anda boleh lakukan sebulan 2 kali. Hendak cantik perlu rajin serajin rajinnya.
Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt
Anda boleh lakukan rawatan masker rambut ini untuk lembutkan rambut dan senang diurus. Sediakan bahan-bahannya dahulu.
BAHAN:
Kacang soya
1 1/2 sudu minyak zaitun asli
4 sudu besar Yogurt (Kalau rambut anda pendek, cukup pakai 2 sudu)
2 sudu besar castor oil (minyak kastor)
*Guna kacang soya dalam segenggam dan rendam seperti ini.
*Kemudian kisar kering sehingga halus.
CARA-CARA:
1. Campurkan minyak zaitun, yogurt dan minyak kastor. Kacau sebati.
2. Sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 minit.
3. Selepas itu anda boleh membilas rambut dengan lemon.
Berikut produk tambahan penjagaan rambut yang Cik Oya amalkan:
Air Rebusan Daun Herba, Ibu-Ibu Selepas Bersalin Elok Amalkan, Badan Rasa Ringan Je
Selepas bersalin, ibu-ibu sangatlah digalakkan untuk mandi air rebusan daun herba. Banyak kebaikan air rebusan kepada tubuh badan terutama kepada ibu-ibu selepas melahirkan. Mengikut pantang larang tradisional, ibu-ibu selepas bersalin tidak digalakkan mandi air paip biasa yang sejuk kerana bimbang boleh memudaratkan diri.
IBU AMAT DIGALAKKAN UNTUK MANDI AIR REBUSAN DEDAUN YANG HANGAT KERANA IA MEMBANTU MENYEGARKAN KEMBALI TUBUH BADAN YANG LETIH DAN LESU SELEPAS MELAHIRKAN BAYI. SELAIN ITU MANDIAN INI JUGA MEMBANTU IBU MENJAGA KEBERSIHAN BADAN DAN MENGHILANGKAN BAU BADAN YANG KERAP BERPELUH.
Mandian rebusan daun herba herba menggunakan pelbagai bahan dan daun-daun herba terpilih. Khasiatnya sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu-ibu dalam berpantang.
Antara kebaikan mengamalkan mandian rebusan dedaun ketika berpantang adalah:
1. MENYEGARKAN KEMBALI TUBUH
Bau-bauan segar pelbagai daun herba yang digunakan seperti serai, daun limau purut, daun pandan, daun kunyit berfungsi seperti aromaterapi yang mampu memberi kesegaran dan ketenangan kepada ibu yang letih, lesu dan kurang bertenaga selepas melahirkan bayi. Selain itu ia juga menjadi penenang kepada ibu yang mungkin rasa tertekan kerana kurang tidur menjaga bayi yang menangis di tengah malam.
2. MEMBUANG ANGIN
Seperti kita sedia maklum, ibu dalam pantang memang banyak angin dalam badan. Amalan mandi air rebusan daun dan herba yang banyak khasiat ini mampu membuang angin-angin dalam badan yang boleh mengganggu kesihatan ibu.
3. MELANCARKAN PENGALIRAN DARAH DAN MERANGSANG PENGHASILAN SUSU IBU
Biasanya ibu akan mandi air rebusan ini selepas selesai mengurut seluruh badan. Ia akan lebih membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan sekaligus memberikan kesegaran dan dapat menggembirakan ibu. Bila hati gembira maka hormon oksitosin pun akan meningkat dan sekaligus susu ibu akan mengalir dengan lebih lancar.
Ramuan Untuk Membuat Air Rebusan Mandi Dedaun
1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
10 helai daun limau purut
6 batang daun serai bersama serai
Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
Segenggam halba (dipunjutkan)
Cara Menyediakan Air Mandi:
1. Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
2. Sediakan bahan-bahannya.
3. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
4. Masukkan halba yang dipunjutkan.
5. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
TIP MANDI AIR REBUSAN DEDAUN:
*Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.
*Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.
*Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. Proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
*Daun-daun rebusan tersebut boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.
*Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air daripada masuk ke dalam badan.
Sumber: Artikel ini diolah dari Pa & Ma Kredit foto (top image): Pexels
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...