“Kalau Nak Ajar Anak Banyak Bahasa, First 6 Years Masa Yang Terbaik!” Farah Lee Kongsi Pengalaman Ajar Anaknya 3 Bahasa

Share

Blogger dan Instafamous, Farah Lee telah berkongsi pengalamanya dalam mendidik anak menguasai tiga bahasa, Maream Esabel yang kini sudah berusia 4 tahun.

Farah Lee yang pernah menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejureteraan mekanikal, tidak melepaskan peluang untuk mengajar anaknya bahasa Korea. Kemana tidak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?

BACA: Farah Lee Kata Semua Ibu Mahu Yang Terbaik Untuk Anak. Tapi Jangan Sampai Stres…

O: 이거는 머야.? (what’s this?)
M: 치즈 (cheese in Korean)
O: 영어로.? (in English.?)
M: Cheese.
O: 말레이어로.? (in Malay.?)
M: Ceek.

[4years0month] Maream Esable

Anyway pada yang selalu tanya;

1. Farah start ajar (not like proper ajar but more to converse in Korean) since Maream baby – even dia belum pandai cakap, Farah memang selalu banyak cakap dan cerita dengan dia pepoyo dalam bahasa Korea.

2. Bila dia dah 9 bulan camtu, Farah start ajar few words yang senang dan basic in all 3 languages sekaligus (bila rajin la) – Malay, English, Korean. Contoh macam dalam video ni (object), or macam Farah akan bagitau dia “tak boleh, cannot, 안돼요”..

3. Alhamdulillah nampak Maream takde pun confuse bahasa ke, speech delay ke – dia start cakap pun before umur setahun.


4. Masa umur 2 tahun dia faham banyak bahasa Korea (even masa pergi Korea, dia faham orang Korea tu tanya umur dia berapa dan dia boleh jawab), 3 tahun dia tak berminat sangat bila Farah cakap Korea dia suruh jangan cakap, now 4 tahun nampak dia berminat balik, sometimes dia akan tanya “Omma, ni dalam bahasa Korea apa.?”

5. Nampak juga dia minat bahasa2 lain. Contoh bila dia dengar mandarin, tamil, dia akan stare kat orang tu dan teka dia tengah cakap bahasa apa 

Itu jelah kot.? Ni bukan tips ya, ni personal experience, boleh apply kalau nak try tapi tak tahu menjadi ke tak kat anak korang. 

Tapi kalau nak ajar anak banyak bahasa, first 6 years ni memang masa terbaik, brain dorang akan lebih mudah absorb. Even dorang lupa pun, nanti bila besar akan senang recall bila dorang belajar balik.

Multilingual pun salah satu cara untuk tinggikan self-esteem. Try la, just jangan paksa if anak tak berminat. But encourage.? Please do.

Sumber: Instagram Farah Lee

 

Published by
NuFa