Bayi berusia sebulan ke atas mula tertarik dengan tangannya sendiri. Bermain dengan tangannya sendiri adalah stimulasi yang baik. Justeru, pemakaian sarung tangan terlalu lama perlu dielakkan!
Semasa lahir, bayi lazimnya menggenggam. Apabila berusia satu hingga tiga bulan,mereka sudah mula membuka genggamannya. Tidak sekadari itu, mereka juga belajar untuk membuka dan dan menutup genggaman mereka. Jika mainan menghasilkan bunyi seperti locengdiletakkan pada tangan dan dia akan menggerak-gerakkannya kerana suka akan bunyinya. Ini adalah perkembangan yang baik dan perlu digalakkan pada usia ini.
Bayi pada usia ini juga mula menerokai persekitaran mereka dengan tangan, menjangkau, mengayuh kakinya dan menggenggam mainan. Mereka juga akan mula melihat tangan dan kaki mereka dan menjadikannya ‘sumber hiburan’. Bayi suka menatap tangan mereka, bermain dengan jari mereka, dan membawa tangan atau mainan ke mulut.
Oleh sebab itu, pemakaian sarung tangan perlu dihadkan atau dielakkan semasa bayi terjaga untuk menggalakkan penerokaan ini dan meningkatkan penguasaan skil motor halus.
Anda juga boleh ambil tangannya dan gerakkan seperti menepuk sambil menyanyi. Dia tentu suka dan seronok!
5 PERINGKAT PERKEMBANGAN BAYI 1 HINGGA 3 BULAN
#1 BADAN LEBIH KUAT
Fizikal mereka juga lebih kuat berbanding sebelum ini dan berupaya menyelaraskan pergerakan. Galakan proses pembelajaran dengan bercakap dengannya, memberi respons kepada ekspresi vokalnya dan menyediakan mainan yang sesuai dengan umur yang berwarna-warni amat membantu si kecil.
#2 MEMBERI RESPONS
Pada usia ini, deria visual atau penglihatan mereka juga semakin baik dan bayi sudah boleh mengenalpasti satu pemandangan dan bunyi yang berbeza. Mereka malah sudah semakin pandai membaca ekspresi muka anda dan mendengar suara anda dengan memberikan respons kepada agahan anda. Paling comel ialah sudah pandai membalas senyuman. Nanti bila menginjak ke usia 3 hingga 4 bulan mereka boleh ketawa dengan kuat ketika berasa gembira!
#3 MULA KENAL SUARA DAN WAJAH
Pada usia 1 hingga 3 bulan bayia sudah mula mengenal suara, wajah dan sentuhan. Kehadiran mama dan papa yang akan menjadikan dia tenang dan selesa dan ini menyebabkan mereka mula memberikan respons kepada apa yang anda lakukan dan sudah boleh senyum!
#4 LEBIH PEKA
Mereka akan lebih banyak berjaga berbanding tidur. Ini menjadikan mereka sentiasa peka dan rasa ‘ingin tahu’ semakin bercambah tentang anda dan objek yang mereka lihat.
#5 KARAKTER YANG TERSENDIRI
Dalam tempoh 1 hingga 3 bulan, karakter si kecil mula menyerlah. Tidak seperti bayi yang baru lahir bergantung kepada orang lain untuk memulakan interaksi, menjelang akhir bulan ketiga bayi anda mula menunjukkan ekspresi wajah, suara, dan gerak isyarat badan.
PEMAKAIAN SARUNG TANGAN PERLU DIHADKAN ?
Ibu bapa disarankan untuk mengelakkan daripada memakaikan bayi dengan sarung tangan terlalu lama sekiranya mahu bantu perkembangannya. Amalan memakaikan bayi sarung tangan hingga bayi menjangkau usia 5-6 bulan perlu diperbetulkan.
Sarung tangan atau mitten dipakaikan kepada bayi berfungsi untuk mengelakkan bayi terlalu sejuk dan mengelakkan mereka mencakar muka dan mata. Pada bulan pertama memang elok dipakaikan kepada bayi tetapi pastikan ia tidak perlu terlalu lama.
Mama dan papa masih boleh memakaikan bayi sarung tangan sekiranya bayi sedang tidur dalam pendingin hawa, cuaca sejuk dan sebagainya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI