Semua ibu bapa mahu anak masing-masing membesar dengan bijak. Tolong elakkan daripada buat perkara-perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya. Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplorasi tersekat dan terhalang oleh arahan dan larangan tertentu.
“Adam, jangan kutip mainan. Kotor!”
“Adam, jangan panjat, nanti jatuh!”
“Biar Mama dukung saja. Kotor nak merangkak kat situ.”
Berikut antara dialog yang sering diucapkan oleh sesetengah ibu terhadap bayi kecilnya yang semakin lasak dan aktif. Melihat caranya melayan bayi, kita boleh membuat kesimpulan si ibu terlalu melindungi anaknya.
Memang benar, sebagai ibu kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan mahu melindungi mereka daripada ancaman bahaya tetapi kadang-kala tanpa disedari, kita juga menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan positif anak.
Secara semula jadi, bayi akan mula meneroka dunia sekelilingnya dalam proses tumbesaran yang aktif. Mereka belajar daripada persekitaran. Ia membantu perkembangan positif anak menjadi lebih mahir dan cekap mencapai perkembangan kemahiran motor mereka seperti meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan.
Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses perkembangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.
Ads
4 perkara ini eloklah dielakkan jika mahu anak membesar dengan sikap yang positif.
1. Terlalu melindungi
Sikap tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan ayah. Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam diri anak anda sejak dia kecil lagi.
2. Cepat beri bantuan
Ads
Jika anak anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau berjalan, biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan. Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang membantu.
3. Mudah ‘cair’ dengan anak
Kadang kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
Ads
4. Cakap tak serupa bikin
Walaupun anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda. Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. TIdak mustahil si kecil juga akan pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.
Bukan mudah nak menjadi ibu bapa yang terbaik dan sempurna tapi berusahalah untuk bergelar ibu bapa yang sentiasa prihatin dan peka terhadap rangsangan positif perkembangan si anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak ikut mama pergi kerja, itulah gelagat si comel Yusoff Al Qardawi. Telatahnya ini membuat mamanya rasa dilema untuk meninggalkannya ke pejabat.
Video Yusoff telah dimuatnaik Datin Sri Shahida ke Instagram. Pembantu beliau memujuk Yusoff dan cuba untuk mengambil Yusoff beberapa kali tetapi Yusoff menoleh ke arah mamanya. Ini menunjukkan ikatan yang sangat kuat antara Datin Sri Shahida & Yusoff yang kini berusia 4 bulan.
Video tersebut dimuatnaik dengan kapsyen berikut;
shahidadherbs dilema mak2 nak pergi kerja…dilema nanti rindu dengan si seketul sorang ni…….Korang mcm ni juga x ? . Yusoff pun dah pandai x nak ikut bibik…nak ikut mama pergi kerja lah tu???
Para netizen turut berkongsi pengalaman tentang situasi yang dialami mereka seakan-akan sama. Ada juga yang mengatakan ini adalah bukti betapa kuatnya bonding antara anak dan ibu yang menyusukan dengan susu ibu.
Anak aktif dan hyperaktif pun selalu disalah anggap. Memang ada perbezaan ketara kedua-duanya. Apakah perbezaannya? Ikuti rencangan TV Pa&Ma 30 Oktober 2018, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan pandang rendah kepada aktiviti rangsangan kepada si kecil. Sesuaikan setiap aktiviti dengan tahap perkembangan anak. Ibu ini berkongsi 8 aktiviti yang dilakukan bersama bayinya ketika anaknya sudah boleh duduk.
Rangsangan atau aktiviti sensori yang diterimanya akan membantu bayi untuk membina sambungan antara sel-sel otaknya di samping melatih skil dan koordinasi anggota badan seperti mata-tangan, cara mencubit, menyepit dan sebagainya.
BAYI KURANG MERAGAM & BONDING ANTARA MAMA PAPA & BAYI
Tidak sekadar untuk penerokaan minda, ia juga dapat membantu bayi kurang meragam kerana bayi diberikan peluang untuk melakukan pelbagai perkara. Bonding atau ikatan dengan mama/ papa dengan anak juga menjadi bertambah erat.
Menurut Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani, aktiviti ini dilakukan kepada bayinya, Zaid Hamizan. Berikut ialah aktiviti yang telah dijalankan bersama si kecil. Tidak mustahil, mama papa pun boleh cuba lakukannya juga bersama si manja.
TAHUN PERTAMA ANAK PERLU DIRAIKAN
Pada pendapat saya, kita perlu raikan tahun pertama anak sebagai khalifah yang berpotensi. Saya mahu lebih ramai lagi yang menghargai ruang dan peluang yang ada khususnya di awal perkembangan.
#1 SENTUH DAN RASA: BUAH-BUAHAN DAN WARNA
#2 SENTUH DAN RASA: RASA SEJUK
#3 PENGASINGAN OBJEK MENGIKUT WARNA
#4 MENGGENGGAM & MERASA TEKSTUR
#5 STORY TELLING: PEEK A BOO
#6 RANGSANGAN SENSORI: SENTUH DAN RASA TEKSTUR BERBEZA
Setiap titisan vaksin menyimpan satu perisai perlindungan yang mampu menyelamatkan nyawa si kecil. Imunisasi bukan sekadar suntikan biasa—ia adalah proses memberi “latihan” kepada sistem ketahanan badan bayi untuk menghasilkan antibodi secara aktif, sekaligus membantu tubuh bersedia menentang jangkitan berbahaya pada masa hadapan . Di Malaysia, Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) menyediakan suntikan percuma bagi mencegah 12 penyakit utama melalui jadual yang diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut World Health Organization (WHO), bayi adalah golongan paling terdedah kepada komplikasi serius apabila dijangkiti penyakit berjangkit—oleh itu, imunisasi awal membantu mengurangkan risiko penyakit seperti batuk kokol, polio, difteria dan lain-lain yang dahulunya meragut ribuan nyawa kanak-kanak setiap tahun.
Apa itu Imuniti dan Bagaimana Vaksin Berfungsi
Imuniti Aktif: Antibodi dihasilkan oleh tubuh sendiri selepas menerima vaksin—ia ibarat “simulasi” jangkitan yang selamat, membantu otak imun mengenal pasti dan melawan patogen sebenar apabila terdedah.
Imuniti Pasif: Perlindungan segera melalui antibodi yang diwarisi daripada ibu (semasa kehamilan) atau suntikan imunoglobulin—biasanya bersifat sementara tetapi kritikal dalam situasi wabak.
Jadual Imunisasi Kebangsaan untuk Bayi (KKM)
Vaksin
Umur Suntikan
BCG (Tuberkulosis)
Lahir
Hepatitis B (Dos 1)
Dalam 24 jam selepas lahir
DTP-Hib-IPV (Dos 1)
2 bulan
DTP-Hib-IPV (Dos 2)
3 bulan
DTP-Hib-IPV (Dos 3)
5 bulan
Pneumokokal Konjugat (PCV)
3 dos bermula 2 bulan
Rotavirus
2–3 dos bermula 2 bulan
MMR (Measles, Mumps, Rubella)
12 bulan
Kepentingan Imunisasi Awal
Melindungi dari Penyakit Memudaratkan Suntikan tepat pada masanya mengurangkan risiko jangkitan teruk—misalnya, tanpa vaksinasi lengkap, kanak-kanak 2 kali lebih berisiko dijangkiti batuk kokol dan mengalami komplikasi paru-paru.
Mencegah Wabak dan Menjana Herd Immunity Apabila lebih 95% komuniti divaksin, penularan penyakit dapat diterhenti—mengurangkan risiko kepada mereka yang belum layak divaksin (bayi baru lahir, mereka yang mempunyai imunisasi terhad).
Kos–Manfaat Jangka Panjang Mencegah penyakit jauh lebih murah berbanding merawat komplikasi kronik—setiap ringgit yang dibelanjakan untuk imunisasi bayi menjimatkan berbilion kos rawatan negara.
Memperkukuh Komuniti dan Keluarga Ibu bapa yang mematuhi jadual membantu membina persekitaran selamat untuk semua kanak-kanak, mengelakkan gangguan persekolahan akibat wabak, dan menjamin masa depan yang sihat untuk generasi akan datang.
Vaksinasi bayi adalah satu pelaburan kasih sayang—setiap suntikan bukan sahaja melindungi si kecil anda hari ini, tetapi juga menyemai benih kesihatan jangka panjang untuk masa depan. Dengan mengikuti jadual imunisasi Kebangsaan KKM dan mendapatkan nasihat pakar pediatrik, ianya dapat memastikan si manja membesar dengan perlindungan menyeluruh daripada penyakit berjangkit. Ambillah langkah bijak demi generasi yang lebih sihat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.