Setiap ibu bapa mesti impikan anak-anak yang bijak. Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak, pandai dan mudah di didik? Dr. Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan masa selama 20 minit.
MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT
Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.
Ads
Tiada lagi hubungan anak-ibu bapa yang akrab.
Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
Ads
-Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
Ads
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambil kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
Nak kena layan, nak kena peluk, nak kena belai. Memang ibu ayah rasa rimas tapi semua ini hanya sementara sahaja kerana selepas anak-anak dah masuk sekolah rendah, perlahan-lahan dia dah mula ada satu perasaan ‘malu’.
Jadi selagi anak nak dipeluk dan dimanja, layanlah. Tak rugi anak rapat dengan kita kerana inilah momen yang anak akan ingat sampai bila-bila.
Seperti dikongsikan oleh Influencer Parenting, Mohd Fhais, sampai masa nanti anak dah tak kisah di peluk lagi oleh kita sebaliknya dia lebih suka buat hal sendiri.
Sampai masa nanti anak dah tak mahu lagi bertanya apa-apa pada kita sebaliknya kita pula yang banyak bertanya pada dia.
Sampai masa nanti anak dah tak heran lagi nak ngikut kita pergi mana-mana sebaliknya kita pula nanti yang terpaksa ikut dia hendak pergi ke mana.
Sampai masa nanti anak dah jadi sangat susah nak bercakap dengan kita sebaliknya kita pula yang terhegeh hegeh nak bercakap dengan dia.
Sampai masa nanti anak dah tak lagi menagih perhatian kita sebaliknya kita pula yang dahaga perhatian.
Sampai masa nanti anak kita dah tak lagi heran sama ada kita ada atau tidak sebaliknya kita yang selalu rasa terkilan bila anak tak lagi teruja tengok muka kita.
Sampai masa nanti kita akan rasa sangat terkilan apabila masa berlalu begitu cepat di saat kita baru nak menikmati nikmat hidup bersama anak anak.
Hargailah setiap masa, sesungguhnya masa itu sangat berharga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan anak ujian yang paling hebat bagi insan bergelar ibu. Apatah lagi jika dua sekaligus maut dalam kejadian yang menyayat hati.
“Saya masih ingat hari kematian anak-anak seperti semalam. Saya teringatkan mereka setiap hari, sepanjang masa. Hailie bakal menyambut hari jadi kelima dan Trent berusia 17 bulan. Manakala anak sulung saya, Owen bertahan selama 3-4 jam sebelum pergi buat selama-lamanya.
HENTAMAN KUAT
Alex Carlton, bersama 3 anak bersama iparnya, Christine terlibat dalam kemalangan. Dalam perjalanan ke Edmonton, kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah trak. Walau pun mengelak hentaman kuat memberikan impak teruk.
“Suasana sunyi seketika. Saya melihat Christine menghembuskan nafas terakhir dan tangannya terkulai. Saya terkejut dan badan tidak boleh bergerak.
DENGAR ANAK NAZAK HEMBUS NAFAS TERKAHIR
“Suasana kacau bilau. Saya tidak dapat membantu anak-anak yang sedang cedera teruk Dan kemudian saya mendengar si bongsu Trent nazak mengambil nafas terakhirnya. Sumpah ia sangat memilukan saya. Ia adalah perkara yang paling dahsyat yang pernah saya dengar. Suasana menjadi hening sehingga sampai si sulung, Owen, mula menjerit.
ANAK-ANAK SEMUA DALAM KERUSI KESELAMATAN YANG BETUL
Kata Alex, ketiga-tiga anaknya duduk dalam kerusi keselamatan yang betul. “Semua anak-anak saya duduk di kerusi keselamatan yang sesuai dengan berat badan. Semuanya sah.
“Hailie adalah 40 pound (18kg) dan duduk di kerusi booster sokongan yang rendah. Dia meninggal dunia dari apa yang kita panggil ‘the submarine effect’/kesan kapal selam iaitu badannya tergelincir di bawah pangkuannya. Dia mati akibat kesannya.
“Trent seberat 22 paun (10kg) dan dalam kapsul yang menghadap ke hadapan. Dia mengalami kecederaan tulang belakang yang membunuh dia terus di tempat kejadian.
“Owen hanya berada di atas 40 paun (18kg) dan juga dengan pendorong yang rendah. Dia terselamat dan hanya cedera kepala, patah lengan dan beberapa kecederaan dalaman,” kata Alex.
Saya tidak tahu anak-anak saya telah mati sehingga sampai ke hospital. Saya sangat marah. Perasaaan ini membunuh saya. Saya marah begitu lama. Saya terus berfikir “Kenapa saya? Mengapa ini berlaku kepada saya? ”
BANGKIT DEMI NYAWA KANAK-KANAK LAIN
Alex menderita trauma atau post-traumatic stress disorder, insomnia dan tekanan emosi. Kini wanita ini giat meningkatkan kesedaran tentang kerusi keselamatan pada kanak-kanak & menjadi juruteknik kerusi kereta yang sah. Dia juga menggerakkan laman Facebook yang membantu meningkatkan kesedaran tentang amalan terbaik kerusi keselamatan kanak-kanak.
“Saya mahukan peraturan baru di Kanada di mana kerusi keselamatan bayi harus menghadap ke belakang kerusi kereta sehingga kanak-kanak berusia dua tahun dan 22 paun (10kg). Kini di Kanada, anda boleh meletakkan anak menghadap ke hadapan apabila berusia setahun jika mereka berusia 22 kg (10kg). Tetapi tulang kanak-kanak tidak kuat sehingga selepas umur dua tahun.
“Meletakkan bayi setahun menghadap depan dalam kerusi keselamatan menakutkan saya. Kanak-kanak perlu duduk di kerusi keselamatan sehingga mereka berusia lima atau enam tahun (18kg), ” kata Alex.
Anak datang dekat minta layanan dari kita, apa yang kita buat? Adakah suruh anak main jauh-jauh atau kita layan je acuh tak acuh.
Mungkin ibu bapa tak nampak cara layanan ini buat anak terkesan tapi sebenarnya mereka pendam dalam hati.
Menerusi perkongsian Najmi Nawawi yang gemar berkongsi ilmu keibubapaan, apa salahnya jika ibu bapa sentiasa senyum jika berdepan dengan anak.
Bagi ibu atau bapa yang sedang membaca penulisan ini. Sepertimana kita boleh luangkan masa untuk bermain FB, sepatutnya kita juga boleh luangkan masa seadilnya untuk anak-anak kita.
Senyumlah.
Pada anak-anak saat mereka masih berada di depan kita. Murahkan senyuman untuk diberi kepada mereka. Cuba panggil nama anak dan apabila anak sudah pandang kita. Cepat-cepat kita beri senyuman. Tidak perlu kata apa-apa.
Senyumlah.
Gunakan senyuman untuk mengubah dunia. Jangan biarkan yang berlaku ialah sebaliknya. Iaitu dunia pula yang mengubah senyuman. Maka berikan dunia yang terbaik untuk anak-anak semudah dengan memberi senyuman.
Senyumlah.
Manifestasi kepada segala kebaikan ialah melalui senyuman. Universal language kepada kebahagiaan. Buka mulut untuk senyum, umpama membuka hati untuk mencurah rasa cinta dan sayang pada anak-anak.
Senyumlah.
Supaya dapat membuka pintu hati anak-anak. Kerana senyuman itu bagaikan kunci yang mampu membuka pintu kebahagiaan buat sesiapa sahaja. Apatah lagi anak-anak sendiri yang selayaknya menerima rasa bahagia dari ibu bapa.