“Saya baru sahaja melahirkan anak sulung. Saya ingin tahu apakah amalan pemakanan yang boleh membantu saya mendapatkan anak yang cerdik otaknya”. Pasti ramai ibu bapa yang inginkan anak cerdik dan pandai seperti ibu ini.
Pemakanan sangat penting dalam mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental anak-anak. Melalui pemakanan yang baik dan sihat mampu membina sel otak anak dengan baik. Ikuti perkongian daripada Noorlailina Moha Mohtar, Pegawai Dietetik Hospital Sultanah Bahiyah tentang bagaimana makanan boleh menjadikan anak bijak.
Soalan ini adalah soalan yang sering kali saya terima ketika berbincang dengan ibu-ibu hamil. Saya lihat mereka sanggup berpantang pelbagai perkara yang dirasakan boleh menjejaskan tumbesaran anak ketika mengandung, tetapi mula lupa tentang aspek yang perlu dititikberatkan selepas anak dilahirkan dan dalam proses membesar.
Pemakanan bayi memberi kesan kepada perkembangan otaknya bermula di antara pertengahan kehamilan dan usia dua tahun. Pertumbuhan otak yang tidak mencukupi menjelaskan mengapa kanak-kanak yang kekurangan nutrisi semasa janin dan bayi mengalami defisit tingkah laku dan kemahiran kognitif seperti lambat bercakap, IQ rendah dan pencapaian akademik yang rendah.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu puan dan suami lakukan bagi memastikan anak membesar sebagai seorang anak yang pintar.
Ads
1. Selepas kelahiran, pertumbuhan otak ini sangat bergantung kepada kualiti pemakanannya. Susu ibu menawarkan campuran nutrien paling baik untuk menggalakkan pertumbuhan otak. Oleh yang demikian, kualiti susu ibu sangat bergantung kepada kualiti pemakanan puan. Elakkan makanan diproses seperti jeruk, keropok, kerepek dan lain-lain lagi. Variasikan jenis makanan dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini bermakna lebih banyak vitamin yang diperolehi daripada jenis makanan tersebut.
2. Pilih makanan yang mengandungi protein berkualiti tinggi. Banyakkan makan ikan terutamanya ikan yang tinggi dengan Omega-3 seperti salmon, tenggiri dan kembung. Selain itu, dapatkannya juga daripada suplemen seperti minyak ikan atau makanan yang telah ditambah dengan omega-3 seperti telur, susu dan lain-lain.
3. Setelah bayi mencapai usia enam bulan, kenalkan dia kepada makanan yang sihat dan lengkap. Dia boleh diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijadikan puri. Masukkan sumber protein secara perlahan-lahan ke dalam menu hariannya. Puri boleh dicampurkan dengan perahan susu ibu untuk menjadikannya lebih berkhasiat dan enak. Jangan hadkan pemakanan anda hanya dengan bubur nasi atau bijirin komersial semata-mata.
Ads
4. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan defisit kognitif pada anak. Oleh itu, penting untuk beri dia zat besi mencukupi. Zat besi bukan sahaja banyak terdapat dalam kerangan dan organ dalaman tetapi turut wujud di dalam lauk pauk seharian seperti ayam, daging dan ikan.
5. Beri anak makan banyak sayur dan akhiri dengan buah-buahan sitrus yang tinggi dengan Vitamin C. Zat besi adalah kritikal untuk mengekalkan kebolehan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan.
6.Jika anak tidak disusukan dengan susu ibu, pilihlah susu formula bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Susu-susu ini diformulakan untuk meniru formula yang terdapat di dalam susu ibu. Namun, harus diingatkan bahawa susu ibu mempunyai lebih keupayaan untuk meningkatkan kepintaran anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sayur-sayuran sememangnya mempunyai kandungan nitrate tapi sayuran yang mempunyai daun hijau mengandungi kandungan nitrate yang lebih tinggi berbanding sayuran yang biasa. Antaranya bayam, kangkung, sawi dan sebagainya.
Mak mak, hati-hatilah bila nak kenalkan sayuran hijau kepada bayi.
Nitrate ini akan ditukar kepada nitrite oleh enzim nitrate reductase oleh proses memasak dan menjadikan sayuran ini puree.
Apa yang terjadi apabila bayi memakan sayur yang tinggi kandungan nitrite ini?
Bayi ni tidak mempunyai sistem pencernaan yang matang dan sistem enzim methaemoglobin reductase. Apabila bayi makan makanan yang tinggi kandungan nitrite, sel darah merah bayi akan bergabung dgn nitritr dan akan displace oksigen dari dalam darah.
Bila oksigen didisplace, maka bayi tidak akan mendapat oksigen dan sindrom ini dinamakan blue baby syndrome kerana baby akan menjadi biru akibat kekurangan oksigen.
Sebab itu mak mak kena pastikan bila memasak sayur kena hati-hati:
1. Basuh sayur dengan bersih
2. Untuk sayur yang berkulit, kupaslah kulit dgn bersih akan kurangkan kandungan nitrate dgn banyak. (Contoh potato)
3. Guna teknik blanch untuk memasak sayuran hijau. Masukkan sayur dalam air mendidih selama 3 minit dan buang air terus.
4. Jika purikan sayuran hijau, makan terus.
5. Jika nak simpan puri dalam chiller, makan dalam tempoh 12 jam.
6. Jika puri nak simpan dalam freezer, boleh simpan dalam 24 jam.
7. Sayuran yang tidak dimasak hendaklah disimpan dalam peti untuk merencat aktiviti enzim.
Tolong #SHARE pos ini kepada lebih ramai ibu ayah supaya mereka tahu info ini
Pisang boleh merawat anak sembelit tetapi yang perlu anda tahu, pisang juga boleh membuatkan anak sembelit. Macam mana?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, pilih yang tidak masak ranum sepenuhnya berpotensi untuk membuatkan anak sembelit. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Pisang boleh buat sembelit, pisang jugak boleh bantu rawat sembelit. Pilih pisang yang betul-betul ranum untuk elakkan risiko anak sembelit.
Pisang yang belum sepenuhnya ranum, tinggi dengan kandungan kanji susah hadam. Atau nama lain resistant starch.
Resistant starch ni yang buat anak susah nak membuang bila makan pisang.
Pilih pisang warna kuning yang dah ranum, elakkan yang masih kuning kehijauan. Anak mungkin akan sembelit sebab kanji dalam pisang kuning kehijauan susah untuk dihadam. Usus anak tak dapat jalankan fungsi dengan baik. Maka akan susah nak membuang.
Pisang ranum tinggi kandungan antioksida dan fiber mudah larut. Ini akan bantu anak lagi mudah nak membuang.
Sebab tu ada baby makan pisang, sembelit teruk sangat, tapi ada baby yang makan, laju je membuang.
Kena tengok balik pisang apa yang ibu bagi. Sebaiknya cari yang betul-betul ranum, untuk elakkan masalah macam ni.
Pun begitu, kena kenal jugak perut anak, sesuai atau tidak dengan pisang. Kalau makan pisang ranum pun masih jadi sembelit, elakkan dulu dari anak. Penting untuk anak membuang setiap hari supaya toksin tak kekal dalam badan anak.
Cari buah lain yang sesuai. Yang mana bila anak makan, mudah juga untuk dia keluarkan.
Pisang ranum atau belum ranum, yang pastinya dua-dua pun ada kebaikan masing-masing. Ranum elakkan sembelit. Belum ranum bantu kurangkan cirit-birit.
Indahkan real food sebenarnya. Selain anak dapat kenyang, proses penyembuhan pun boleh berlaku kalau kena caranya.
Kita sama-sama banyakkan real food dan kurangkan makanan proses dari anak-anak ya.
Oat antara contoh karbohidrat kompleks yang sesuai diambil ketika bersahur kerana boleh bertahan lama. Ia kaya dengan karbohidrat & serat dan sarat dengan protein berbanding bijirin lain. Selain itu, oat juga tinggi kandungan vitamin & mineral.
Sahur sangat penting kerana ia memastikan setiap individu bertenaga sepanjang hari. Sajian sahur yang kaya nutrien penting. Karbohidrat memberikan kira-kira 50 peratus daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Justeru oat adalah pilihan yang tepat bagi ibu yang inginkan hidangan sahur yang penuh khasiat.
Sajian yang menjimatkan masa dan memudahkan adalah pilihan tepat.Paling penting sarat dengan zat diperlukan tubuh sebelah siangnya. Kekangan masa menjadi faktor utama ibu untuk menyediakan makanan sahur yang berkualiti. Apa yang diperlukan ialah makanan yang cepat penyediaannya.
Seboleh-bolehnya sediakan satu sajian yang lengkap walau pun ringkas. Bukan sahaja mengenyangkan tapi memberikan nutrisi kepada tubuh. Oat misalnya mengandungi protein, folate, zat besi, magnesium, zink, fosforus dan vitamin B1 dan B5.
Bersahur untuk anak
Anak yang berlatih untuk berpuasa atau yang bersekolah memerlukan sajian yang mengenyangkan dan berkhasiat supaya tumpuan mereka di sekolah tidak terganggu. Untuk membuka selera anak masa sahur. Selalu mengantuk jadi semangat & tidak jemu dimakan. Oat juga memberikan tenaga & nutrien untuk perkembangannya.
Ibu menyusu
Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, penting untuk memastikan sajian sahur yang diambil berkhasiat bagi agar penghasilan susu berkualiti. Oat adalah pilihan tepat kerana ia juga salah satu makanan penggalak susu.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.