Kalau Nak Anak IQ Tinggi, Makan Banyak Tenggiri Masa Hamil

Share

Perkembangan otak bayi bermula sejak dari dalam kandungan ibunya. Oleh sebab itulah, ibu hamil sangat digalakkan untuk menjaga rutin pemakanannya dengan baik

Semasa dalam kandungan, bayi memerlukan nutrisi penting seperti AA, DHA, EPA, omega 3 dan lain-lain untuk membentuk jaringan sistem saraf, meningkatkan fungsi kognitif, perkembangan neuropsikologi dan kemampuan visualnya setelah dilahirkan kelak.

Kajian ada menyatakan bahawa ibu hamil yang makan ikan tiga hingga empat kali seminggu akan melahirkan anak yang memiliki IQ yang lebih tinggi berbanding ibu yang kurang makan ikan.

Malah, ada juga yang menyatakan bahawa dengan makan banyak ikan semasa hamil, ia mampu mengelakkan si kecil itu daripada gejala autisme.

Untuk makluman anda, omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh tetapi sangat diperlukan untuk menghasilkan DHA dan EPA yang sangat bagus untuk perkembangan otak.

Antara ikan yang mengandungi kandungan omega 3 yang tinggi ialah:

Salmon
Di dalam 75 gram salmon mengandungi 1.9 gram omega-3

Sardin
Kaya dengan omega-3 dan vitamin D.

Tenggiri
Sumber AA dan DHA dalam ikan ini sangat baik untuk kandungan anda.

Tuna
Omega-3 yang ada pada ikan tuna turut memberikan perlindungan pada saluran pencernaan dan mencegah kanser ovari

Oleh yang demikian, jadikan ikan-ikan ini sebagai salah satu anda tiga atau empat kali seminggu.

Walaupun begitu, ambil makanan laut secara sederhana dan tidak berlebihan kerana ia mungkin mengandung logam berat merkuri yang boleh membahayakan kandungan pula.

 

 

Published by
Intan Jastina