Sebarang makanan atau minuman yang anda ambil semasa penyusuan adalah amat penting, terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal, iaitu sewaktu tubuh anda mula menghasilkan susu ibu.
Bagi menghasilkan susu badan, tubuh anda memerlukan banyak tenaga. Kajian menunjukkan tenaga harian yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi adalah kira-kira 2,000 kJ (478 kalori) lebih daripada yang diperlukan oleh seorang wanita normal.
Angka ini diukur dalam enam bulan pertama penyusuan penuh atau eksklusif, di mana bayi hanya diberikan susu ibu sahaja. Selepas tempoh ini, anak anda akan memerlukan kurang susu badan, dan, lantaran itu, anda juga akan memerlukan kurang tenaga.
Vitamin dan mineral penting untuk ibu yang menyusukan bayi;
Protein
Bayi yang sedang membesar memerlukan banyak protein, jadi anda perlu untuk membekalkan banyak protein dalam diet anda. Ini bagi memenuhi keperluan si manja anda. Protein adalah penting untuk perkembangan, dan pembaikan sel. Jumlah purata protein yang ibu penyusuan perlukan setiap hari ialah 54g, tetapi sesetengah ibu mungkin perlukan 67g sehari, atau mungkin juga lebih.
Sumber protein termasuklah:
Ads
Daging
Telur
Tenusu
Sayur kacang, kekacang dan produk soya
Folat
Folat ialah jenis vitamin B yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan sihat bayi anda. Secara purata, ibu yang menyusukan bayi memerlukan 450μg folat sehari, tetapi anda mungkin perlu 500μg setiap hari, atau lebih. Sumber folat termasuklah:
Sayuran berdaun hijau
Bijirin penuh
Kacang pis dan kekacang
Avokado
Ekstrak yis
Iodin
Iodin ialah mineral penting untuk penghasilan hormon tiroid untuk memastikan perkembangan otak dan sistem saraf. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan 190μg iodin setiap hari, tetapi sesetengahnya perlu mengambil 270μg setiap hari.
Sumber baik iodin termasuklah:
Makanan laut
Susu
Sayuran
Zink
Zink adalah penting untuk perkembangan sistem imun bayi. Ibu yang menyusukan bayi perlu 10mg zink setiap hari, tetapi sesetengah ibu memerlukan 12mg zink sehari, atau mungkin lebih. Sumber zink termasuklah:
Ads
Bijirin gandum penuh
Susu
Makanan laut
Sayur kacang, kekacang, dan produk soya
Vitamin A
Vitamin A adalah penting untuk perkembangan normal anak dan membantu untuk melawan jangkitan. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan purata 800μg vitamin A setiap hari, tetapi sesetengah ibu mungkin memerlukan sehingga 1,100μg setiap hari, atau lebih.
Sumber baik vitamin A termasuklah:
Susu
Keju
Telur
Spesies ikan berlemak
Sayuran berwarna oren-kekuningan
Buah-buahan seperti labu, mangga, aprikot
Sayuran seperti lobak merah, bayam, dan brokoli
Vitamin B6
Vitamin B6 membantu proses metabolisma dan pembentukan sel darah merah. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan purata 1.7mg sehari vitamin B6, tetapi anda juga mungkin perlu 2mg setiap hari atau lebih.
Ads
Sumber baik vitamin B6 termasuklah:
Daging organ dan otot
Ayam itik
Ikan
Bijirin penuh
Kubis Brussels
Kacang pis hijau
Sayur kacang
Kekal hidrat
Penyusuan boleh membuatkan ibu berasa amat dahaga. Jadi, anda perlu minum sekurang-kurangnya 700ml air setiap hari untuk menggantikan cecair yang hilang dari penyusuan. Kekal mendapatkan cecair yang sihat seperti air kosong, susu, jus, dan mengelakkan alkohol. Minuman berkafein (teh, kopi, dan kola) boleh diambil, tetapi perlu dihadkan pengambilannya.
Tip untuk bantu anda makan dengan betul
Penyusuan semasa beberapa hari terawal boleh jadi amat memenatkan untuk ibu. Jika anda berasa sulit, minta bantuan bagi kekal mendapatkan diet yang sihat.
Dengan hasrat untuk mendapat diet yang sihat, seimbang dan berserta air, anda perlu makan lima atau enam hidangan kecil setiap hari, berbanding tiga hidangan besar sehari. Bagi memberikan kualiti susu terbaik untuk anak anda, ingatlah untuk mengambil sedikit daripada makanan yang dinyatakan di atas dalam diet anda, dan elakkan makanan yang pedas dan panas, begitu juga dengan yang berkafein dan minuman beralkohol.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai mak-mak yang mula menghias rumah. Yelah, sepanjang PKP itulah rutin harian yang boleh dilakukan. Mengemas, memasak, berkebun dan menghias rumah. Yang tak minat menghias rumah pun dah mula minat dan mula menggumpul pelbagai jenis tanaman indoor.
Menurut Pusat Racun Negara, Pokok Lidah Jin yang menjadi kegilaan ramai sebenarnya mempunyai bahan aktif Saponin. Bahan Aktif Saponin sebenarnya berisiko menyebabkan keracunan.
Bagi mak-mak yang suka menghias laman dengan pokok ini dan mempunyai anak kecil, anda dinasihatkan agar meletakkan pokok ini dibahagian rak tinggi supaya tidak dapat dicapai oleh anak-anak. Ikuti perkongsian penuh daripada Pusat Racun Negara.
Pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya, 𝘚𝘢𝘯𝘴𝘦𝘷𝘪𝘦𝘳𝘪𝘢 𝘵𝘳𝘪𝘧𝘢𝘴𝘤𝘪𝘢𝘵𝘢, khabarnya sedang tular di media sosial sekarang..
Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif SAPONIN. Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.
Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda BERWASPADA khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini. Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.
Konsep asas bila tak sihat, PERLU NAIKKAN SISTEM IMUN BADAN. Bila sistem imun badan baik, cepatlah proses penyembuhan. Sebenarnya juga, semua makanan sihat ini patut diambil KETIKA SIHAT, bukan ketika sakit. Ini yang lebih penting.
Jadikan ia amalan, bukan dicari ketika sakit sahaja. Superfood yang Allah sebutkan dalam Al Quran sangat banyak manfaat. Makanan-makanan semulajadi ciptaan Allah yang tiada tambahan makanan tiruan ciptaan manusia, sangat bermanfaat untuk kesihatan kita, termasuk anak-anak.
– Madu
– Buah tin
– Buah anggur/ kismis
– Buah delima
– Buah zaitun (juga minyaknya)
– Buah-buahan dan air perahan daripada buah-buahan ciptaan Allah (dalam bentuk yang asal, bukan jus yang dicampur gula bersudu-sudu di pasaran tu ya)
– Air kosong
– Air kelapa, TANPA GULA.
– Habbatus sauda
– Sayuran
– Ubi-ubian (Boleh pilih keledek berbanding ubi kentang – isu GMO, dan keledek adalah anti radang, sedangkan ubi kentang, sumber keradangan)
– Kekacang dan bijian (almond/badam, bijan. chia seeds, sunflower seeds, flaxseeds, pistachio dan banyak lagi)
– Makanan daripada sumber kelapa (susu, minyak, isinya)
– Nasi
– Sumber protein – ayam, ikan dan sebagainya
– Sumber protein daripada tumbuhan – cendawan, kailan, brokoli, bayam dan sebagainya.
– Minuman/makanan probiotik – Kombucha tea, kefir (jika bersesuaian dengan kondisi tubuh anda)
– Broth soup. Buat sup renehan tulang ayam, bersama bawang, halia, sedikit jus lemon dan sayur. Hirup 2-3 kali sehari sepanjang waktu sakit. Bagus untuk sistem imun badan dan membuang kahak/hingus.
– Makanan/minuman bebas gula (gula sumber merudumnya sistem imun badan.)
– Makanan/minuman SEMULAJADI DAN BEBAS MSG, pengawet, aditif, pewarna/perasa tiruan.
MAKANAN PERLU DARIPADA SUMBER ASAL. BUKAN TERPROSES DAN DIMASUKKAN PELBAGAI BAHAN MEMUDARATKAN.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam keadaan sekarang ini, boleh dikatakan ramai yang mengalami masalah batuk, demam dan selesema. Tambah pula dengan wabak Covid-19 yang masih belum reda ditambah pula dengan virus Influenza, ia agak merisaukan semua orang.
Ibu bapa yang anak batuk berpanjangan dan ada kesan sampingan lain, dinasihatkan terus bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut. Manakala bagi kita yang dewasa dan batuk masih tak elok, mungkin boleh tengok pada faktor ini.
Menerusi perkongsian di Twitter Farmacora, ini 7 jenis batuk dan maksudnya yang anda kena tahu dan berhati-hati.
Anda tahu tak batuk ada banyak jenis dan setiap jenis batuk itu ada maksudnya serta petanda kesihatan seseorang. Tak semestinya bila batuk sahaja, anda dah dijangkiti Covid-19.
Batuk adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang kesan daripada faktor-faktor luaran. Batuk juga tanda amaran bahawa sesuatu yang tidak kena sedang berlaku kepada kesihatan kita.
1. Batuk dengan simptom selesema
Batuk ini merupakan simptom selesema disebabkan perubahan cuaca & disertai dengan hidung tersumbat, sakit badan atau sakit tekak.
2. Batuk berdarah
Batuk ini mungkin datang dari paru-paru atau saluran pernafasan. Batuk berdarah, boleh menjadi tanda penyakit lain yang berbahaya seperti kanser paru-paru.
3. Batuk basah
Sebab biasa batuk basah adalah bronkitis yang berlaku apabila saluran pernafasan membengkak dan menghasilkan mukus. Simptom ini biasanya berkaitan dengan virus dan boleh berlaku selepas seseorang kena selesema.
4. Batuk basah dengan demam
Ini kadangkala tanda radang paru-paru (pneumonia) yang termasuklah demam, menggigil, dan sesak nafas. Kahak mungkin berwarna hijau, kuning atau berdarah.
5. Batuk kering
Kalau selalu batuk pada waktu malam tanpa mukus dalam masa yang lama, ini adalah tanda asma. Simptom-simptom asma bagi kebanyakan orang adalah sesak dada, nafas berdehit dan sesak nafas
6. Batuk masam
Batuk selama lebih daripada 2 bulan dengan rasa masam adalah tanda GERD (penyakit gastroesophageal reflux). Ini biasanya berlaku apabila asid perut masuk ke dalam tekak.
7. Batuk perokok
Ini adalah tanda popular dalam COPD. Pesakit COPD mempunyai masalah dengan pernafasan disebabkan sekatan saluran pernafasan. Satu lagi simptom yang berkaitan dengan COPD adalah rasa sesak, nafas berdehit dan sesak nafas.
*Awasi tanda-tanda batuk ini dan dapatkan rawatan dengan cepat ya!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.