Mesti ramai ibu bapa yang mengalami situasi dimana anak akan mengamuk (tantrum) di dalam kedai bila kehendak mereka tidak dipenuhi. Ada sesetengah dari anak kecil menghempaskan diri ke lantai, membaling barang dan menangis sekuat hati sehingga menganggu orang lain.

Kalau Nak Beli Mainan Jangan Beli Depan Mata Anak! Ibu Kongsi Cara Elak Anak Dari Tantrum

Ramai ibu bapa yang tergamam atau tak tahu kaedah yang betul untuk menangani masalah anak tantrum ini. Puan Ninnie telah berkongsi cara mengawal anak daripada membuat perangai di khalayak ramai.

Firash ni memang dari kecik lagi kami didik dia kalu nampak mainan kat mana-mana toyshop, kedai DIY, kat kaki lima dia akan tengok je sambil kata umi, ni orang punya kan.

Kalau Nak Beli Mainan Jangan Beli Depan Mata Anak! Ibu Kongsi Cara Elak Anak Dari Tantrum

IKLAN

Pernah kami lalu depan kaki lima, ada sorang makcik ni main-main dengan kereta control depan dia,lepastu kata adik nak ni tak? Si Firash ni tengok muka umi dan kata umi, yang tu orang punya kan. Hahhahaa

Sebab masa dia kecik dulu(masa tu dah faham apa yang kita bagitahu) bila dia nampak banyak toys kt kedai, dia kata nak, daddy akan terus cakap tu orang punya, tak boleh ambik.

Kalau kami nampak dia nak sangat benda tu (dia tak mengamok guling-guling tapi mata dia macam berair, muka nampak frust) so kami faham la yg dia nak sangat-sangat benda tu especially geng-geng giant truck macam excavator, bulldozer, dump truck, daddy akan belikan TAPI bukan beli depan mata dia, bukan dia yang pegang dan bawak mainan tu ke kaunter.

IKLAN

Kalau dia kata nak buku, barulah kami izinkan dia bawak sndiri buku tu ke kaunter. Kami lagi suka belikan buku sebenarnya.

Umi akan alihkan pandangan dia ke tempat lain dan daddy yang akan ambik mainan tu and bayarkan. Bila mainan tu dah ada dalam plastik, dia takkan perasan yang tu toys yang dia nak. Bila dah smpai rumah, mainan tu akan kami letak depan tv atau atas meja (tempat yg dia senang nak nmpak). Mula lah buat muka sengih manis.

Kalau Nak Beli Mainan Jangan Beli Depan Mata Anak! Ibu Kongsi Cara Elak Anak Dari Tantrum

IKLAN

Mak mertua ninnie yang ajar petua ni. Kalu nak beli mainan kat anak, jangan beli depan mata dia. Kalu tak nanti dia akan terbiasa bila nampak je toys, nak time tu jugak. Kalu tak dapat ngamuk dalam kedai tu jugak. Budak-budak kan. Bukan dia tahu barang tu mahal ke murah. Nak-nak harga toys sekarang mahal kot, tak kan tiap kali lalu kedai mainan kita nak kena belikan.

Smpai la sekarang Firash takda nak ngamuk-ngamuk, merajuk bila nampak toys banyak-banyak kat kedai. Semalam bawak dia dan Raisya masuk DIY. Si adik pegang patung barbie. Boleh pulak si firash ni jerit kat adik, “adikkkkk, tak boleh ambik, yg tu orang punya!! Smpai menangis-nangis adik dia marah macam tu.

Lain orang lain caranya. Ini cara umi untuk elakkan anak tantrum in public. Alhamdulillah cara ni masih berkesan untuk anak kami setakat ni.

Dekat Raisya pun kami buat jugak cara ni. Tapi dia tak faham sangat lagi.  Guling sana guling sini tu memang hobi dia. Bukan sebab nak barang, tapi dia tak suka org dukung atau pegang dia masa berjalan.

Sumber: Ninnie Kiddielove

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI