Menyusukan anak memerlukan azam yang kuat. Malah ia patut dimulakan sebelum bayi lahir lagi. Selain daripada niat itu, perlu juga ada sokongan dqripada orang sekeliling supaya anda tidak mudah putus asa.
Paling penting ialah, anda perlu selalu menyusukan anak mengikut permintaannya. Itulah kunci utama penghasilan susu ibu sentiasa berterusan sepanjang masa disebabkan payudara dikosongkan dengan efisyen.
Kalau mahu azam anda menyusukan anak secara eksklusif dalam enam peryama kehidupannya dan dilanjutkan sehingga dua tahun atau lebih, anda kena elakkan perkara-perkara berikut.
Berjauhan dengan bayi selepas kelahirannya
Pastikan bayi sentiasa berada dekat dengan anda. Jadi, mudahlah anda menyusukan bayi.
Malah selepas kelahiran, minta doktor letakkan bayi di atas dada anda. Anda pasti takjub melihat bayi mencari payudara anda untuk menyusu buat pertama kalinya.
Tidak bantu bayi melekap dengan betul
Mulut bayi seharusnya terbuka luas supaya dia boleh melekap di sebahagian besar aerola. Jika bayi tidak melekap dengan betul, dia tidak akan mendapat semua susu yang diperlukan. Anda juga akan berasa sakit puting.
Ads
Semasa bayi mahu menyusu, sentuh bibirnya dengan puting anda untuk merangsang dia membuka mulut seluas mungkin. Kemudian, segera suakan payudara ke mulutnya untuk dia meneruskan penyusuan.
Tertekan
Anda dan bayi kini sama-sama dalam proses belajar. Ada waktunya, akan ada cabaran yang perlu dilalui dan boleh menyebabkan anda tertekan.
Apabila ada perasaan sebegini, segera tenangkan diri. Perlahan-lahan, tarik nafas dalam seperti yang pernah anda belajar di kelas antenatal dahulu.
Tidak belajar pelbagai posisi penyusuan
Anda perlu tahu pelbagai jenis posisi penyusuan. Hal ini penting kerana anda boleh tahu posisi penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan semasa anda dan bayi semasa dia mahu menyusu.
Ads
Tidak mendapat sokongan orang terdekat
Anda perlu berada di sekitar orang yang positif terhadap amalan penyusuan susu ibu. Dengan yang demikian, anda boleh memdapat sokongan padu daripadanya.
Jika anda tidak mempunyai kawan-kawan rapat atau keluarga yang mempunyai pengalaman penyusuan susu ibu, dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan susu ibu.
Menyusukan bayi ikut jadual
Apabila menyusukan bayi yang baru lahir, anda jangan terikat dengan jadual penyusuan (menyusu setiap tiga hingga empat jam)
Susukan bayi mengikut permintaannya. Namun jika tidak menyusu dalam tempah tiga jam seterusnya, anda perlu segera kejutkan dia untuk menyusu. Hal sebegini biasa terjadi kepada bayi yang mengalami jaundis.
Ads
Jika selepas selesai menyusu, bayi masih kelihatan lapar, teruskan penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat membantu anda benar-benar mengosongkan payudara.
Terlalu awal perkenalkan botol susu
Apabila anda terlalu awal memperkenalkan bayi dengan botol susu, ia akan menyebabkan bayi mengalami masalah keliru puting.
Apabila hal ini berlaku, bayi mungkin akan berasa selesa menyusu menggunakan botol berbanding menyusu terus di payudara. Malah, hal ini juga boleh menjejaskan penghasilan susu anda.
Adalah lebih baik jika anda menunggu sehingga bayi anda dapat menyesuaikan dengan penyusuan susu ibu. Tunggu sehingga bekalan susu anda stabil sebelum perkenalkan botol susu kepadanya.
Kurang keyakinan diri
Anda perlu sentiasa yakin dengan diri sendiri. Anda boleh menyusukan bayi seperti mana yang anda impikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua anak-anak kecil ada satu sifat ingin mencuba walaupun tindakannya itu bahaya. Mereka belum faham kesan di sebaliknya jika sesuatu berlaku atau memudaratkan dirinya. Jadi ibu bapa perlulah sentiasa berhati-hati.
Kadang perkara yang kita tak terjangka dek akal pun anak-anak boleh buat. Tahu-tahu pun bila nampak ada sesuatu yang tak kena pada mereka. Begitu juga yang berlaku pada seorang ibu, Puan Roslinah Roslee apabila anaknya korek span sofa dan makan sehingga muntah.
Saya ingin berkongsi kejadian yang berlaku pada saya dan anak. Tolong SHARE supaya ibu bapa sentiasa ALERT dan pantau anak-anak yang sedang aktif. Lambat sikit saya tak tahu apa yang jadi.
Pagi tu Farel bangun macam biasa, dah siap mandikan dia, bagi makan bubur. Habis makan saya bagi dia minum air sementara saya letak mangkuk bubur di dapur. Kemudian saya dengar anak saya yang sulung menjerit “Mama, adik muntah”. Saya bergegas ke ruang tamu, tengok Farel muntah-munta, bersepah dengan muntah.
Tak buang masa saya letakkan dia atas riba meniarap dalam keadaan kepala ke bawah sedikit. Saya tepuk kuat-kuat belakang badan dia. Alhamdulillah keluar semua yang dia makan. Terus tak muntah lagi.
Kemudian saya mandikan, uruskan dia dulu. Bagi susu, nak tengok dia muntah lagi atau tak. Tapi ok, dia tak muntah dan terus tidur. Baru saya uruskan untuk bersihkan tempat yang dia muntah tadi. Nak pastikan apa yang dia dah makan. Rupa-rupanya dia makan span.
Dah siap kemas saya periksa dari mana dia dapat span tu. Dan saya ternampak sedikit robekkan di sofa. Dia makan span yang ada dalam sofa tu. Bila minum air, span tu mengembang di tekak. Nasib baik lah dapat keluar kan.
Ya Allah, bersyukur sangat. Kalau tak saya tak tahu la apa yang jadi. Masa tu ayah Farel tak ada.
Moga kisah saya ni jadi iktibar buat ibu bapa yang lain. Anak-anak sedang aktif kena sentiasa berhati-hati. Alhamdulillah syukur sangat-sangat Farel tak ada apa-apa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada mama yang melahirkan kebimbangan sepanjang menyusukan anak selera makan menjadi-jadi dan boleh di katakan agak luar biasa. Ini menyebabkan berat badan semakin bertambah.
Adakah ini satu yang normal atau disebabkan oleh sebab lain. Adakah ia juga akan memberi kesan pada saya di kemudian hari. Pa&Ma dapatkan jawapan daripada Pensyarah kanan & perunding laktasi Unit perkembangan kesihatan wanita, Pusat Pengajian sains Perubatan Kampus Kesihatan USM iaitu Dr Zaharah Sulaiman.
Ibu yang menyusui bayinya secara eksklusif untuk enam bulan pertama memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu. Secara purata, untuk menghasilkan 100ml susu ibu, ibu perlu menggunakan sebanyak 85 kalori. Jadi, jika ibu menghasilkan dalam lingkungan 500ml hingga 700ml susu sehari, ini bermakna ibu akan membakar tenaga sebanyak 420 hingga 600 kalori sehari.
Berkenaan kebimbangan ibu-ibu yang menyusu tentang berat badan bertambah. Jika bayi sudah berusia tujuh bulan dijangkakan ibu pasti sudah mula memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi daripada usia bayi puan enam bulan. Di samping itu ibu masih juga meneruskan penyusuan susu ibu.
Namun apabila bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, keperluan menyusu mula berkurangan secara beransur-ansur. Oleh yang demikian penghasilan susu juga akan berkurangan kerana permintaan yang kurang daripada bayi. Maka tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga berkurangan. Selepas usia bayi enam bulan hingga setahun, susu ibu membekalkan satu per tiga hingga satu perdua daripada keperluan tenaga bayi sehari.
Apabila keperluan menghasilkan susu semakin berkurangan, tetapi jika pemakanan masih sama seperti dahulu, kalori berlebihan yang diambil ini tidak akan dibakar dan akan disimpan di dalam bahan sebagai lemak. Jika hal ini berterusan, maka lama kelamaan kenaikan berat badan akan menjadi ketara.
Pemakanan Seimbang
Terdapat persepsi dalam kalangan ibu yang menyusui bayinya yang merasakan tidak mengapa makan lebih kerana ibu menyusu perlu makan untuk dua orang. Hakikatnya tidak sebegitu terutama untuk keadaan apabila bayi sudah berusia lebih enam bulan. Pertambahan berat badan boleh disebabkan oleh faktor lain, antaranya gaya pemakanan yang kurang sihat dan pengambilan makanan yang tidak seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut piramid makanan.
Tambahkan makanan berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam menu makanan harian. Pilih cara masakan yang kurang berminyak seperti merebus, membakar atau mengukus. Kurangkan pengambilan makanan berlemak atau digoreng.
Senaman
Selain daripada faktor pemakanan, senaman secara berkala setiap minggu juga perlu dibuat untuk memastikan kalori yang berlebihan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak. Digalakkan bersenam selama tiga puluh minit setiap sesi dan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain itu, teruskan memberikan susu kepada bayi anda mengikut kehendaknya sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun. Jika bekerja dan bayi tiada bersama, pastikan ibu memerah susu setiap tiga jam untuk memastikan susu terus dihasilkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak lama lagi, aktres cantik Umi Nazeera bakal menyambut kelahiran anak sulungnya. Sebagai ibu pertama kali, dia ingin mengetahui lanjut mengenai pemakaian barut kepada bayi.
Baru-baru ini Umi turut berkongsi perkembangan kandungannya yang mengalami plasenta previa tahap dua. Para follower juga turut berkongsi tip dan pengalaman plasenta previa semasa hamil.
Umi Nazeera yang mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 menyuarakan keinginan untuk mengetahui lanjut mengenai barut bayi di Instagram.
Anyway Ummi baru belajar apa tu Barut baby.. Persoalannyaaa… apa kegunaan barut baby ni ya ?
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...