Wow!!! Jualan Gudang Pureen Kembali Lagi. Jualan gudang ini memang ramai yang menanti. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini ia bakal diadakan di gudangnya di Summit Company (M) Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 19/1, Petaling Jaya, Selangor.
Jangan ketinggalan untuk membeli-belah kelengkapan bayi dan kanak-kanak di sana pada 7 Oktober dan 8 Oktober minggu ini dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang ya.
Nikmati tawaran istimewa, untuk barangan-barangan seperti pakaian bayi dan kanak-kanak; kelengkapan mandian bayi dan kanak-kanak; aksesori bayi dan sebagainya. Antara jenama yang ditawarkan ialah Pureen Basic, Pureen Pride ‘N’Joy dan banyak lagi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Toys “R” Us Malaysia Lancar Siri Mega Bloks. Bantu Ibu Bapa Bonding Bersama Anak
Memahami waktu bermain sangat penting untuk anak, Toys “R” Us telah membuat tinjauan dengan 4,807 ibu bapa di Malaysia untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi ibu bapa masa kini ketika bermain dengan anak-anak mereka.
Ketika ditanya apa yang paling penting ketika anak-anak mereka bermain kebanyakannya ingin meningkatkan daya imaginasi kreatif anak-anak mereka (66.9%) dan waktu bermain untuk membantu anak mereka mengembangkan kemahiran kognitif dan sosial mereka (59.8%).
Berdasarkan tinjauan tersebut, MEGA BLOKS, jenama blok pembinaan untuk kanak-kanak yang memenangi anugerah dan dijual secara eksklusif di Toys “R” Us Malaysia, menawarkan faedah unik untuk membantu ibu bapa berasa yakin dengan produk ini dalam usaha membantu mencipta waktu bermain anak yang menyeronokkan di samping melatih kreativiti, perkembangan kognitif, kemahiran sosial dan banyak lagi.
Ketua Pegawai Komersial Toys “R” Us Asia, Jo Hall berkata dengan waktu kerja ibu bapa yang sentiasa sibuk dan waktu terhad bersama anak, ibu bapa memerlukan lebih banyak sokongan untuk memaksimumkan waktu bermain anak yang terhad.
Toys” R “Us sedia membantu. Selalunya kebanyakan ibu bapa salah faham dengan aktiviti bermain anak-anak, sedangkan inilah fasa untuk pembelajaran baru anak. Oleh itu, memiliki mainan yang betul dan tepat sanat perlu dan rangkaian MEGA BLOKS dapat menyokong ibu bapa melayan anak-anak.
MEGA BLOKS First Builders adalah jenama Blok Pembinaan Pra-sekolah unggulan di Toys “R” Us Malaysia. Dengan bahan yang sangat selamat, tidak beracun dan tahan lama, blok lembut dan chunky ini sangat sesuai untuk anak kecil. Jenama ini telah merangkul anugerah dan mejadi pilihan ibu bapa yang ada anak pra sekolah di seluruh dunia dan kini eksklusif untuk Toys “R” Us Malaysia. Semua set permainan MEGA BLOKS First Builders ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun.
Big Building Bag
Ibu bapa yang ingin melatih kebolehan dan kreativiti kognitif anak boleh cuba Big Building Bag (RM79.99), yang merangkumi 80 blok berwarna yang dapat dibentuk ikut daya imaginasi anak. Selain itu, ia dapat mengembangkan kebolehan anak meneroka dan melakukan eksperimen dengan lebih baik.
ABC Musical Train Building Set
ABC Musical Train Building Set (RM119.99) memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak kepada pengenalan ABC, menyokong perkembangan skolastik mereka dengan cara yang menarik dan interaktif. Sambil belajar anak akan dapat membina kereta api dengan menyusun huruf abjad di samping dapat mendengar lagu abjad.
The Let’s Get Learning Building Set
The Let’s Get Learning Building Set (RM179.99) menyokong kanak-kanak untuk belajar lebih banyak mengenai pengiraan dan matematik, melalui nombor dan piktogram yang dicetak di blok. Dengan 150 keping, terdapat banyak cara untuk bermain dan membantu anak-anak membuat kombinasi bangunan yang berbeza kerana mereka dapat memahami warna, memasang objek dan banyak lagi.
Peek A Blocks
Ibu bapa yang ingin mengembangkan kemahiran motor dan bercerita anak-anak boleh dapatkan set Peek A Blocks (bermula dari RM59.99), yang memberikan permainan langsung untuk membina pemikiran kreatif dan kemahiran motor kasar. Set ini menarik kerana anak-anak akan dapat belajar dengan dalam suasana yang menyeronokkan.
Eco-Friends
Set mainan Eco-Friends mendorong anak-anak untuk belajar tentang haiwan dan mempraktikkan kemahiran memadankan kognitif mereka. Anak-anak akan dapat mengenali tentang hidupan liar dengan lebih dekat. Bermain bersama, anak-anak dan ibu bapa dapat cipta bonding yang lebih baik dengan sama-sama mencipta blok mainan ini.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh berkunjung ke rangkaian Toys “R” Us atau pembelian dalam talian untuk mengetahui mainan Mega Bloks dan bantu anak-anak memanfaatkan masa bermain sepenuhnya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minum Kopi ‘Kaw’ Sambil Layan Mi Bandung Muar, Tenangnya Lepak Di Kedai Kopi Kebun!
Memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah mudah. Kita juga manusia biasa, ada masanya akan rasa letih dan tertekan. Tak mahu burn out, sesekali perlu juga ambil masa untuk diri sendiri dan buat apa yang kita suka. Barulah boleh recharge semula tenaga!
Lepak Dengan Kawan, Minum Kopi Dah Cukup
Kadang-kadang untuk me time, ibu tak perlu keluarkan modal yang besar pun. Cukup sekadar dapat keluar sebentar dari rumah dan keluar bersama teman-teman rapat.
Dapat berkongsi cerita sambil duduk minum kopi sebenarnya sudah cukup untuk buat ibu rasa tenang dan lupa sebentar bebanan kerja yang ada. Dapat pula kopi yang ‘kaw’ dan makanan yang sedap, lengkaplah pakej untuk kembali bersemangat kan?
Uniknya Kedai Kopi Kebun
Bercerita tentang tentang tempak lepak yang ada kopi sedap, cubalah ke Kedai Kopi Kebun. Menurut pemilik kafe ini, Puan Sali Suhaimi, Kedai Kopi Kebun telah mula beroperasi sejak bulan Mac 2022 yang lepas. Kafe ini terletak di Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam.
Biarpun usia kafe ini baru sahaja sembilan bulan, tetapi sudah ada pelanggan tetap yang datang untuk menikmati kopi dan kek sambil mendengar alunan lagu lama nyanyian Tan Sri P.Ramlee dan biduanita Saloma. Memang mendamaikan.
Ditanyakan tentang idea untuk membuka Kedai Kopi Kebun, Puan Sali menjelaskan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memulakan perniagaan sendiri.
“Saya tak tahu nak meniaga apa, jadi saya senaraikan semua perancangan saya termasuklah peniagaan F&B. Jadi saya buat kajian tentang perniagaan ini, termasuklah kekuatan dan kekurangannya.”
Tambahnya lagi, akhirnya niat untuk membuka kafe diteruskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kedua kerana duit simpanan sudah semakin berkurangan.
“Saya kena retrench semasa awal PKP 1, jadi duit dalam simpanan makin habis saya gunakan untuk survive waktu itu. Waktu tu saya nekad dan mula merancang untuk buka Kedai Kopi Bunga ni.”
Ilham Nama Unik & Konsep Kafe
Cerita Puan Sali, idea untuk menamakan kafenya datang dari konsep dan dekorasinya. Kalau dilihat, dalam kafe ini banyak pokok-pokok seperti duduk di dalam kebun. Banyak nama yang difikirkan, akhirnya Puan Sali memilih Kedai Kopi Kebun kerana lebih dekat dengan hati.
“Bekerja hampir 28 tahun dalam bidang IT memang stres. Saya rasa semua kerja akan buat kita tertekan. Penting kita jaga kesihatan mental, barulah badan pun sihat. Jadi waktu itu, saya banyak keluar minum dengan kawan-kawan di kafe.”
Ketika itu, Puan Sali mendapati kafe atau gerai kopi yang dihiasi dengan pokok-pokok akan mewujudkan rasa tenang apatah lagi dia juga seorang yang memang sukakan tumbuhan. Semua faktor ini memberi inspirasi kepadanya untuk membuka kafe berkonsepkan pokok-pokok.
“Kalau dulu saya ke kafe untuk rest minda, kali ni kiranya macam saya nak bagi balik pada generasi muda yang penat bekerja supaya ada tempat mereka nak break dan hilangkan stres sambil minum kopi.”
Top Seller Kebun Kedap Kopi
Menurut Puan Sali lagi, di kafenya memang tiada banyak pilihan makanan kerana dia lebih mensasarkan untuk pelanggan datang dan rehatkan minda. Namun berkongsi apakah top seller di Kedai Kopi Kebun, sudah tentulah Kopi Muar dan Mi Bandung Muar.
Untuk pemanis mulut pula, antara yang menjadi pilihan para pelanggan adalah Kek Batik dan Kek Lapis Asam Manis selain beberapa pilihan biskut premium.
Yang menariknya di Kedai Kopi Kebun ini juga ada dijual pokok kokedama. Ada banyak jenis pokok kokedama yang ada di sini dan boleh dibeli oleh para pelanggan untuk dibawa pulang.
Buka Cawangan Baru
Ditanyakan tentang perancangan untuk membuka cawangan Kedai Kopi Kebun yang lain, Puan Sali ada memasang niat tersebut. Tambahnya lagi, jika mempunyai kewangan yang cukup bolehlah dia buka cawangan lain untuk anak-anaknya belajar berniaga jika mereka mahu.
“Saya nak tunggu anak-anak semuanya tamat pengajian dan kalau mereka berminat bolehlah ambil alih perniagaan saya. Perancangan untuk tambah cawangan lain semuanya dah dibuat, kalau ada rezeki dari segi kewangan tinggal untuk execute sahaja.”
Sekiranya anda mahu melepak di Kedai Kopi Kebun, bolehlah layari laman Instagram kedaikopi.kebun
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tengok Wayang Lebih Selesa Bersama Anak-Anak, GSC Lancarkan Pawagam Terbesar Di Malaysia Di IOI City Mall!
Pempamer pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) melancarkan pawagam terbesar di Malaysia di GSC IOI City Mall, setelah siapnya GSC IOI City Mall 2 (Timur). Dengan gabungan 26 skrin yang tersedia, pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman sinematik yang memukau di bawah satu bumbung.
GSC IOI City Mall adalah impian setiap peminat filem kerana pawagam ini merupakan hab hiburan 360 yang dilengkapi dengan teknologi skrin terkini dan menawarkan semua format filem seperti pilihan panggung wayang IMAX dengan teknologi Laser pertama di Malaysia, 4DX, D-BOX, dan Dolby Atmos, berserta ScreenX dan dewan BIG yang dijadualkan siap nanti. Penggemar filem juga dapat melengkapkan pengalaman sinematik mereka dengan membeli barangan koleksi filem kegemaran di Keepsake.
GSC IOI City Mall 2 juga merupakan lokasi utama panggung wayang mesra keluarga terbesar GSC yang dipanggil PlayPark. Anak-anak kecil boleh berlari, bermain dan melompat tanpa gangguan dan terdapat juga kawasan permainan bersebelahan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak bermain.
Di samping itu, GSC turut memperkenalkan Happy Food Co. iaitu kafe pertamanya di Lembah Klang yang terletak di GSC IOI City Mall 2 yang menawarkan minuman susu kocak yang istimewa dan pelbagai hidangan yang lazat.
“Dengan 55 lokasi pawagam di seluruh negara, 2023 telah menyaksikan permulaan tahun yang positif untuk GSC, dengan pertumbuhan berterusan dalam tempoh yang akan datang. Kami ingin menyediakan akses dan tawaran yang lebih hebat kepada peminat filem, oleh itu GSC telah merancang untuk memperluaskan rangkaian pawagamnya di 8 lokasi baharu di seluruh negara pada 2026.
Kami akan teruskan momentum dengan pelancaran pawagam terbesar kami di Malaysia dan tayangan beberapa filem blockbuster yang dijangka akan keluar pada musim panas akan datang dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan GSC sebagai peneraju pasaran,” kata Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Screen Cinemas.
Dengan keluasan lebih daripada 79,000 kaki persegi, GSC IOI City Mall 2 (Timur) menawarkan pelbagai pengalaman yang menyeronokkan kepada semua peringkat umur.
Ucapkan “HELLO” kepada Panggung Wayang PlayPark GSC terbesar
Merealisasi impian setiap kanak-kanak, panggung wayang PlayPark terbesar di GSC lengkap dengan kawasan bermain yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dari semua peringkat umur, serta maskot bertemakan popcorn kesayangan kami – Jesse & Friends!
Ruang tersebut dilengkapi sudut bacaan yang menarik, menara mendaki yang dikenali sebagai ‘Soda Can’, pit bola, dan dinding permainan interaktif oleh Champs, sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Bagi kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun, keseronokan ‘Menara Popcorn’ menanti mereka di mana ia mempunyai gelongsor terpanjang di dalam sebuah pawagam.
Panggung wayang PlayPark yang terbesar ini juga menyediakan kemudahan penting seperti bilik persalinan bayi, bilik air mesra kanak-kanak dan bilik penyusuan bayi – amat sesuai dan selesa untuk pengunjung yang berkeluarga.
Tambahan pula, PlayPark juga dilengkapi dengan taman permainan dalam dewan untuk kanak-kanak bermain dan berinteraksi dengan gembira. Panggung wayang PlayPark boleh memuatkan 118 orang, dengan tiket berharga dari RM32 ke RM 122.
Bersantai dan berehat dengan selesa di panggung wayang Kelas Premiere GSC
Untuk pengalaman menonton filem yang mewah dilengkapi kerusi yang selesa, GSC IOI City Mall 2 (Timur) menawarkan dua panggung wayang kelas Premiere yang telah diperbaharui.
Di sini, anda dapat menikmati hidangan makanan dan hiburan yang menarik, yang pastinya akan meningkatkan keseronokan sebelum menonton filem. Penonton yang memilih panggung wayang kelas Premiere ini akan diberi keistimewaan untuk menikmati hidangan secara peribadi di luar dewan panggung atau pilihan menikmati makanan dengan selesa di tempat duduk mereka dalam panggung.
Selain itu, mereka juga akan mendapat akses percuma untuk bermain papan dart dan meja pool. Harga tiket bagi panggung wayang kelas Premiere ini adalah dari RM80 bagi setiap tempat duduk.
Saksikan pengembaraan filem kegemaran anda dengan pengalaman sinematik yang diperkaya
Di GSC IOI City Mall 2 (Timur), anda akan merasakan pengalaman filem yang luar biasa kerana ia adalah satu-satunya destinasi yang menawarkan semua format filem di bawah satu bumbung, termasuk IMAX dengan teknologi Laser, 4DX, D-BOX, Dolby Atmos berserta ScreenX dan dewan BIG yang akan datang.
Sama ada anda peminat filem aksi, animasi yang berwarna-warni atau konsert siaran langsung, pastinya terdapat sesuatu yang dapat memenuhi keinginan dan kepuasan setiap pengunjung.
Puaskan keinginan anda di Happy Food Co.
Sempena pelancaran cawangan pertamanya di Lembah Klang, Happy Food Co. menawarkan rangkaian susu kocak istimewa, makanan ringan yang lazat dan hidangan utama yang menyelerakan untuk memuaskan keinginan anda, sepanjang hari, setiap hari.
Beli-belah hingga puas di Keepsake
Pengalaman filem anda tidak akan lengkap sehingga anda dapatkan koleksi filem kegemaran anda, barangan Jesse & Friends atau koleksi jenama #GSCAdmin kami tersendiri di Keepsake.
Dari barangan filem kegemaran seperti mainan mewah, patung figura, dan pelbagai koleksi eksklusif filem yang diburu, tiada cara lain yang dapat memperingati dan menghormati watak filem kesayangan anda. Pembelian di Keepsake ini juga menjadi lambang kecintaan anda terhadap dunia perfileman.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI