Semasa berpantang, anda memang kena betul-betul berpantang makan. Bukan pantang nampak makanan ya! Ini ialah tempoh masa pemulihan selepas bertarung nyawa melahirkan bayi.
Selain melakukan pelbagai rawatan tradisional mengembalikan kesegaran badan, anda juga mesti menjaga pengambilan makanan sepanjang berpantang.
Amalan pemakanan berpantang memainkan peranan penting mengembalikan semula badan sihat dan bertenaga semula. Ini antara perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam aspek pemakanan ketika berpantang.
1. Jenis makanan
Pada minggu pertama, anda digalakkan makan makanan kering bagi pengecutan rahim. Waktu makan mesti tepat untuk mengelakkan perut masuk angin. Makan nasi dalam keadaan masih panas dalam kadar yang sederhana. Tidak mengapa jika anda makan kerap tetapi elak makan jumlah yang banyak.
Pada minggu kedua dan seterusnya anda sudah boleh mula makan makanan yang berkuah seperti sup sayur dan sup ikan serta buah-buahan supaya badan mendapat makanan berkhasiat.
2. Elak makanan berlemak
Apa yang dimakan memberi kesan kepada tubuh badan. Semasa berpantang, anda perlu lupakan makanan yang berlemak dan berminyak. Jika prihatin terhadap pengurangan berat badan, kawal makanan yang dimakan. Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang masak menggunakan kaedah kukus dan rebus.
3. Pengambilan air
Pantang orang tua memang melarang ibu lepas bersalin minum air dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Ia dikatakan boleh menjadikan perut buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim dan faraj longgar.
Ads
Namun, air mesti diminum dengan kerap dalam jumlah yang cukup kerana ia penting untuk pengeluaran susu ibu dan proses penyembuhan.
4. Jangan lupa makan halia
Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia ialah herba wajib yang mesti ada. Sifatnya dipercayai ‘panas’ dan ‘kering’. Anda digalakkan mengambil halia dengan banyak semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
Namun, anda perlu mengelakkan makan halia buat sementara waktu sekiranya bayi masih lagi dijangkiti jaundis kerana bimbang bacaan darahnya tidak turun akibat kandungan halia yang tinggi dalam susu ibu.
5. Makanan penambah susu ibu
Anda boleh amalkan makanan untuk menambah susu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar seperti cekur manis, lobak, peria dan pegaga. Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
Ads
6. Pemberi tenaga
Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga.
7. Baik untuk anti oksida
Semasa dalam pantang anda juga perlu membuang toksin dalam badan supaya kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia. Ulam-ulaman ini bersifat anti oksida dengan mengandungi serat, zat galian dan pelbagai vitamin antaranya A,C dan E.
8. Banyakkan makan ikan segar
Selain pengambilan ulam-ulaman, herba dan minuman, pemilihan ikan segar juga penting. Ia perlu kerana ada ikan yang tidak sesuai untuk anda makan semasa berpantang.
Ads
Ikan segar dan tidak gatal yang sesuai untuk ibu berpantang ialah ikan haruan, sardin dan selar. Ikan haruan amat digalakkan buat anda bersalin pembedahan (caesarean).
Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya kebarangkalian akan mengalami reaksi alahan dan boleh menyebabkan bentan di pintu rahim.
9. Kalau nak cepat sembuh
Untuk memastikan luka kembali sembuh, buah oren mempunyai khasiat penyembuhan luka-luka. Buah oren mempunyai banyak vitamin C untuk mengembalikan kesihatan badan anda.
Elak makanan yang menjalar, angin dan sejuk antara kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu, cincau, jambu, nanas, pisang, cempedak antara minuman jenis sejuk dan tajam. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.
10. Kecutkan rahim
Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Namun, anda perlu mengelakkan makan kunyit buat sementara waktu sekiranya bayi masih lagi dijangkiti jaundis kerana bimbang bacaan darahnya tidak turun akibat kandungan kunyit yang tinggi dalam susu ibu.
Proses penyembuhan selepas melahirkan anak memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Jika anda jenis yang tidak sabar dan tidak mampu menahan selera makan makanan orang berpantang, maka sukarlah untuk mendapat kecergasan dan kelangsingan tubuh badan kembali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menangis biasanya kerana ada sesuatu yang tak selesa di badan mereka. Bukan sebab lapar dan mahu susu semata-mata. Ibu bapa perlu tahu 7 titik refleksologi bayi yang boleh meredakan jenis-jenis sakit tertentu.
Kalau anda nak tahu, urat saraf di badan dan organ kita semua bersambung dengan tapak kaki manusia. Jadi dengan urutan tertentu di tapak kaki bayi boleh bantu beri kelegaan pada bayi anda.
Sebaiknya disyorkan mengosok bayi dengan sapuan minyak dan gosok selepas mandi. Kerana selepas mandi biasanya aliran darah sedang tenang dan sesuai untuk urutan. Setiap satu titik mewakili jenis kesakitan tertentu.
1) Kepala dan gigi
Mengurut kedua-dua belah jari kaki amat bermanfaat untuk bayi yang sedang membesar. Urutan di jari kaki boleh merangsang perkembangan minda mereka.
Selain itu sekiranya anda nampak bayi anda sering mengigit ibu jari kaki bermakna gigi mereka mahu tumbuh. Kerana bayi merasa sakit di ibu jari itu sebab mereka gigit.
2) Sinus
Titik di setiap jari kaki mewakili kesakitan sinus atau kesakitan serta alahan yang melibatkan saluran pernafasan seperti hidung, telinga dan tekak.
Kalau bayi anda rasa seperti hidung tersumbat atau kerap bersin boleh urut di bahagian ini. Boleh beri kelegaan sementara.
3) Dada
Bahagian ini mewakili dada bayi anda. Jika bayi anda berlaku sesak pernafasan atau tercungap-cungap boleh cuba urut di bahagian ini.
Mengurut secara bulatan di lokasi ini dapat melegakan batuk bayi anda tapi ia hanya sementara sahaja. Jika sakit bayi anda masih berlarutan sila dapatkan nasihat doktor.
4) Solar Plex ( Plexus Solar )
Plexus solar adalah saraf yang tersembunyi di antara perut dan paru-paru, dan ia bersambung dengan titik di tengah kaki seperti di gambar.
Menurut pakar kesihatan sebarang ketidakselesaan yang berkaitan dengan kegelisahan, kekejangan, sesak dan masalah pernafasan berkait rapat dengan kawasan ini dan urutan ringan di kawasan ini dapat membantu bayi anda.
Refleksologi hanya beri keselesaan sementara sahaja, nasihat doktor adalah dinasihatkan jika masalah masih berlarutan.
5) Perut Atas
Mengurut di kawasan ini dapat melegakan bayi anda dari sakit seperti sembelit, pedih ulu hati, dan senak.
Tapi semasa urut jangan terlalu keras kerana sekiranya bayi anda sedang mengalami kesakitan kawasan ini akan jadi sangat sensitif.6) Perut Bawah
Bayi anda mengalami kembung perut atau perut banyak gas anda boleh urut di bahagian ini. Sekejap je bayi anda akan buang angin.
7) Pelvis
Akhirnya, tumit kaki disambungkan ke pelvis, pinggul dan perut. Bayi yang sedang membesar biasanya akan mengalami kesakitan dan ketegangan di bahagian pinggul. Ini biasa. Gosok di bahagian ini dapat melegakan kesakitan tersebut.
Ujian datang tanpa dipinta. Penyanyi, Liza Hanim reda bila mana disahkan positif Covid-19 bersama emak dan kelima-lima anaknya yang turut sama disahkan virus berbahaya itu.
Menerusi Instagramnya, Liza Hanim berkongsi kisahnya yang dilanda ujian itu bersama anak-anak.
Kata pelantun lagu Getaran Cinta Dijiwa ini lagi lagi, meskipun ia perkara yang begitu ditakuti, namun dia sekeluarga akan terus mencari kekuatan untuk segera pulih dari wabak yang melanda dunia ini dengan sebaiknya.
“Bismillahirrahmanirrahim. Yang ditakuti terjadi, I am part of the statistics now.
“Akak mohon doakan akak, mak akak, dan kelima lima anak akak kembali pulih dari Covid 19.
“Alhamdulillah, kami dipilih menerima ujian Allah. Semoga kami kuat Terima kasih korang,” tulisnya berkongsi di Instagram.
Namun paling menguji minda bagi ibu-ibu sudah semestinya ketika membuat ujian calitan pada anak-anak kecil. Luluh hati bila mana anak kecil terpaksa melaluinya.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, perasaan risau pasti timbul. Tidak kira bagi yang pertama kali hamil mahupun sudah beranak-pinak. Hal ini kerana setiap proses kelahiran itu adalah unik dan tersendiri. Ia tidak sama antara satu sama lain.
Semakin hampir dengan tarikh bersalin, pasti anda perasan bahawa bukaan rahim mengembang dan semakin lembut. Proses ini sangat penting kerana ia membuatkan tubuh lebih bersedia untuk menghadapi proses kelahiran.
Terdapat beberapa cara semula jadi yang boleh anda praktikkan untuk mempercepatkan bukaan rahim agar mudah bersalin. Pastikan anda bukan dalam golongan ibu hamil yang berisiko tinggi yang mempunyai komplikasi tekanan darah tinggi, diabetes, kandungan songsang dan lain-lain.
Namun begitu, sebagai peringatan, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang teknik yang dinyatakan ini.
Berjalan kaki
Terdapat kajian yang membuktikan bahawa aktiviti berjalan kaki sebelum bersalin membantu 32% daripada 663 wanita dengan mempercepatkan bukaan rahim masing-masing. Selanjutnya, wanita-wanita berkenaan melalui proses bersalin yang lebih cepat.
Daripada segi teori, berjalan kaki membantu bayi untuk memasuki saluran peranakan dengan bantuan graviti. Jika anda mahu menggunakan teknik ini, lakukannya dalam keadaan tenang. Jangan terlalu aktif kerana anda sangat memerlukan tenaga semasa meneran nanti.
Bersenam di atas bola
Bola yang sering digunakan semasa bersenam boleh anda guna pakai dalam membantu proses kelahiran. Anda boleh duduk di atasnya sambil melakukan senaman regangan yang bersesuaian. Langkah ini akan membantu meluaskan otot pelvis.
Malah, jika dilakukan dengan betul, pergerakan di atas bola berkenaan akan membuatkan anda berasa lebih tenang dan ia bagus untuk proses bersalin. Selain daripada itu, aktiviti sebegini juga membantu bayi ‘turun’ ke saluran peranakan kesan tarikan graviti.
Ada kajian mendapati, ibu yang menggunakan bola semasa hamil dan dalam proses bersalin melalui peringkat bersalin pertama yang lebih pendek, kurang kes penggunaan epidural dan pembedahan caesarean.
Rangsang payudara
Semasa merangsang payudara, anda akan merembeskan hormon yang dikenali sebagai oksitosin. Hormon inilah yang akan membantu proses kontraksi rahim.
‘Bersama’ suami
Sperma daripada suami mengandungi prostaglandin yang berupaya melembutkan rahim dan membuatkannya bersedia untuk bersalin. Namun begitu, kaedah ini hanya sesuai dilakukan oleh ibu hamil yang dijangka bersalin normal. Sekiranya anda dikategorikan ibu hamil berisiko tinggi, sila elakkan.
Walau apa pun pilihan anda untuk membuka rahim dengan lebih cepat supaya mudah bersalin, pastikan anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor terlebih dahulu. Cara yang terbaik ialah membiarkan tubuh anda bersedia sebaik mungkin untuk menghadapi proses kelahiran itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.