Orang selalu berkata, “Makanlah lobak merah, ia baik untuk mata.” Tetapi adakah lobak merah hanya mendatangkan manfaat kepada mata? Haa…kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sayuran berwarna oren ini, marilah baca perkongsian artikel Hello Doktor ini.

Kalau Nak Gigi Anak Cantik, Hidangkan Lobak Merah. Lobak Merah Boleh Cegah Kerosakan Gigi

Nutrisi lobak merah

Daucus carota merupakan nama saintifik bagi sayuran daripada keluarga ubi ini. Sayuran rangup dengan pilihan warna seperti oren dan putih (warna biasa yang terdapat dalam pasaran Malaysia) ini sering digunakan sebagai bahan dalam coleslaws, salad dan wrap. Carrot karot) juga boleh digunakan dalam pembuatan pastri seperti kek dan mufin. Malahan ia juga boleh dijadikan sebagai jus yang berkhasiat.

Menurut U.S. Department of Agriculture (USDA), secawan lobak yang dipotong, seberat 128 gram (g), memberikan:

Kalori – 52
Karbohidrat – 12.26 g
Gula – 3 g
Protein – 1.19 g
Lemak – 0.31 g
Serat – 3.6 g
Vitamin A – 1,069 mcg (mikrogram)
Vitamin C- 7.6
Kalsium – 42 mg (miligram)
Zat besi – 0.38 mg
Magnesium – 15 mg
Fosforus – 45 mg
Kalium – 410 mg
Sodium – 88 mg
Zink – 0.31 mg
Folat – 24 mcg
Vitamin K – 16.9 mcg

Secawan lobak merah sudah dapat membekalkan lebih 100 peratus purata keperluan harian vitamin A individu lelaki dan wanita yang disyorkan elaun harian (RDA). Sayuran ini juga mengandungi pelbagai jenis vitamin B.

IKLAN

Kebaikan lobak merah

Jadi anda sudah mengetahui kelebihan nutrisi yang terkandung di dalam sayuran ini, apa kata kita lihat pula manfaatnya untuk kesihatan badan secara keseluruhan, okay? Berikut adalah beberapa kebaikan lobak merah yang mungkin akan menarik minat anda untuk mengambilnya dalam diet pemakanan harian anda.

Penjagaan mata

Seperti yang semua sedia maklum, carrot sememangnya bagus untuk mata. Kandungan vitamin A dan B membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan anda mengalami rabun malam. Beta-karotena pula dapat melindungi mata daripada masalah degenerasi makular dan perkembangan katarak.

IKLAN

Kecantikan kulit

Nak kulit cantik? Makanlah carrot. Ini kerana sayuran ini dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan. Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat.

Cegah kanser

IKLAN

Kandungan diet karotenoid membuktikan lobak mempunyai kesan antikanser. Ini kerana kandungan antioksidan dapat membantu mengurangkan radikal bebas dalam badan. Terdapat kajian yang mencadangkan kemungkinan wujud kaitan antara diet tinggi karotenoid dengan risiko kanser prostat yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, masih banyak bukti yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini.

Kuruskan badan

Tengah mencari jalan untuk mengurangkan berat badan? Pilihlah lobak merah. Ia dapat membantu mengurangkan berat kerana kandungan enzim yang dapat melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam badan. Manakala kandungan serat di dalamnya akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh lebih lama.

Cegah kerosakan gigi

Mengamalkan pengambilan lobak dapat membantu dalam aspek penjagaan gigi. Ini kerana Daucus carota mempunyai peranan sebagai penghakis semula jadi yang boleh menyingkirkan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Malahan kandungan mineral di dalamnya dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI