Kalau Nak Kurus Kena Rajin. Resipi Kurus Cara Che Ta Ni, Boleh Dicuba!

Share

Mama yang nak kurus boleh cuba resipi kurus cara Rozita Che Wan atau Che Ta ini. Ia mengunakan bahan semula jadi iaitu buah-buahan. Nak tahu cara penyediaannya?

Siapa tidak kenal selebriti mama ini yang kini meniti usia 40-an tapi masih kekal anggun dan langsing. Che Ta yang sudah mempunyai dua anak remaja dan seorang anak kecil mendedahkan resipi kurus beliau.

 

Ibu kepada Ammar Effendy, 21,  Aniq Ezzra, 19  dan Aaisyah Dhia Rana, 4 ini cukup menjaga penampilannya dan dikenali sebagai selebriti yang sentiasa tampil anggun.

KONGSI RESIPI JUS

Che Ta dalam video yang dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini telah berkongsi cara penyediaan jus buah-buahan yang dikatakan sebagai rahsia kurus beliau. Jus ini menggunakan bahan semula jadi yang terdiri daripada buah-buahan.

Antara bahan yang digunakan oleh Che Ta ialah;

  • Epal hijau
  • Beri hitam
  • Kurma
  • Delima
  • Asam keping
  • Sedikit air

Cara-cara

  1. Asam keping direbus bersama sedikit air.
  2. Semua buah-buahan dimasukkan ke dalam pengisar bersama air dan kisarkan.
  3. Kemudian masukkan air rebusan asam keping.
  4. Sambung kisarkan semua bahan sehingga halus dan sedia untuk di minum.

Menurut Che Ta dalam video tersebut, kurma memberikan tenaga manakala asam keping membuang lemak. Manakala buah-buahan lain berfungsi menyah toksin. Toksin menjadikan perut buncit sukar untuk dikempiskan. Katanya lagi, jus tersebut mempunyai rasa seperti yogurt.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Published by
Azma ML