Episiotomi ialah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan lalu kelahiran bayi. Biasanya doktor akan memberikan bius lokal sebelum episiotomi. Namun dalam keadaan kecemasan, episiotomi boleh dilakukan tanpa bius.
Sebelum meninggalkan wad bersalin, kebanyakan ibu yang bersalin secara normal tetapi menggunakan kaedah episiotomi bagi memudahkan kelahiran, pasti diberi penerangan tentang penjagaan luka tersebut.
Tip penjagaan luka episiotomi yang diberikan oleh doktor atau jururawat berkenaan seharusnya diikuti agar ia mudah sembuh tanpa sebarang risiko jangkitan. Dalam menjaga luka episiotomi, anda disarankan untuk mengamalkan beberapa langkah penting untuk menggalakkan penyembuhan segera.
Kerap tukar tuala wanita
Tukar tuala wanita setiap dua hingga empat jam atau apabila ia sudah basah sepenuhnya oleh darah nifas.
Cuci dengan sempurna
Cuci hingga bersih kawasan perineum setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.
Luka bersih dan kering
Sentiasa memastikan kawasan tersebut kering dan bersih.
Ads
Gunakan larutan antiseptik
Menyapu larutan antiseptik yang dibekalkan pada tempat jahitan dua hingga tiga kali sehari.
Ambil makanan berkhasiat
Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dapat menggalakkan proses penyembuhan luka. Antaranya ialah mengambil sebiji buah oren sekali sehari.
Lakukan sitz bath
Ia memerlukan anda meredam bahagian intim di dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam. Ia membantu proses penyembuhan luka dengan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada tempat jahitan. Ia juga membantu membersihkan kawasan perineum dan menggalakkan proses penyembuhan.
Ads
Kebanyakan ibu lepas bersalin mengakui luka episiotomi pulih tanpa masalah berbangkit. Kesan bengkak dan lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan selalunya akan pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran. Perlu diingatkan agar anda mendapatkan rawatan segera sekiranya luka berbau, menyakitkan dan tidak sembuh. Berkemungkinan berlaku jangkitan pada bahagian berkenaan.
Dalam pada itu, diakui anda mungkin mengalami kesakitan di bahagian berkenaan di samping berasa tidak selesa. Ada kalanya, ia boleh membataskan pergerakan. Berikut adalah apa yang boleh anda lakukan untuk melegakan kesakitan itu
1. Memakai pakaian longgar seperti kain batik atau skirt.
Ads
2. Meletakkan atau menuam pek ais pada tempat jahitan untuk meredakan bengkak dan kesakitan terutamanya semasa 24 jam pertama.
3. Ubat analgesia seperti Ponstan atau Ibuprofen boleh mengurangkan kesakitan.
4. Mengambil makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran dan minum air secukupnya bagi mengelakkanmasalah sembelit yang akan memburukkan lagi keadaan.
5. Jika mengalami sembelit, anda digalakkan untuk mengambil pelembut najis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang ramai yang pulang ke kampung semasa musim cuti persekolahan yang lepas sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara yang terkandas di kampung termasuklah pelakon Mon Ryanti yang ketika itu sedang hamil anak ketiganya.
Dia yang pada mulanya hanya merancang untuk pulang ke kampung pada musim cuti sekolah terkandas dek kerana PKP yang terus disambung sehingga kini. Oleh kerana itu, Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee yang juga menggelarkan dirinya Onde mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di kampung halamannya iaitu di Johor Bahru.
Menurutnya dia ada memohon kebenaran untuk merentas negeri dan balik bersalin di Kuala Lumpur, namun doktor menasihatkan dirinya supaya kekal berada di Johor Bahru dan bersalin di sana.
Akur dengan nasihat doktor, pada 7 Mei 2020 jam 11.29 malam, Mon Ryanti telah pun selamat melahirkan anak ketiganya. Bayi lelakinya itu dilahirkan dengan berat 3.3kg.
Alhamdulillah, Alhamdulillah , Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin Allah SWT, Alhamdulillah, #BabyHH3 dilahirkan dengan sihat, sempurna dan comel. Saya pun dalam keadaan baik. Tq my lovely husband, family, in- law, doc, nurse2, kawan2 and semua yang banyak bagi sokongan dan mendoakan keselamatan dan kesihatan #babyHH3 and me •
Baby Weight = 3.30 KG Week Born = 39 Weeks Gender = Boy Time = 11.29pm DOB = 07 | 05 | 2020 bersamaan 14 Ramadan 1441AH
Actually, since MCO, Onde terkandas di JB/ JDT… TO BE CONTINUE… bg Onde rest dlu, nnt onde sambung ya
Dalam satu posting yang lain, Mon Ryanti turut bercerita tentang dirinya yang terkandas di Johor Bahru bersama anak-anak dan akhirnya bersalin di sana.
Salam 19 Ramadhan. 12 May 2020 ( Sepatutnya Due rini, tapi #BabyHH3 terberanak awal 5days SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA •
Memandangkan ramai DM and bertanya kat Onde Macamne Onde boleh bersalin kat JB? Masuk LR husband boleh masuk ke? Macamne Onde since dalam LR?
Pasal Onde bersalin since MCO ni… ok, Onde ceritakan mana yg sempat ya… Masa cuti skolah 1week ritu… ceh! Konon2 anak2 nk blk uma Tok Ma, so ktorg pon decided la blk JB siang tu. Malamnya PM announced MCO diwujudkan 2weeks. So, Onde pon cm okla2weeks. After 2weeks lanjutkan lg 2weeks plus 2weeks plus 2weeks and seterusnya. Onde pon checkup la kat JB sbb dh missed checkup byk kali ni sbb extended. MCO makin berlanjutan, kt pon ingt nk blk KL, nk branak sane, g balai and mintak letter from doc x blh. Doc kata xnk membahayakan ibu pregnant and baby nnt, so better kat sni.
Onde pon xnk pening2, pakaian n kelengkapan baby apo adanya shj ya…REDHA… After that, time bersalin ya…
Dalam hantaran yang lain pula, Mon Ryanti juga sempat berkongsi pengalaman dirinya yang bersalin ketika PKP ini. Namun masih ada sambungan yang boleh para peminat ikuti di laman Instagram milik pelakon filem Nongkrong dan Jangan Pandang Belakang Congkak ini.
GIVING BIRTH ALONE
Memandangkan rmi DM and tanya Onde lg camne giving birth during MCO ni. Ok, kt crita pe yg kt ingat ya.
7/5/2020, 14 Ramadhan 1441 AH
Jam 6 lebih, sakit2 pinggang dah. Kt rasa ni contraction! Sebab kt tiga2 anak klo skit2 download apps contraction hehe. Mintak baby hold jap jek bg Onde buka puasa ritu dlu sbb dh nk dkt buka puasa kan. Tak nak ganti puasa byk hari sgt. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dpt lepaskan buka puasa dlu. Onde puasa dari Day 1 Ramadhan ya.
Kt ni tiga2 anak tanda2 darah or bsalin xde… cuma sakit2 pinggang. Kt buka puasa, makan2, siap2 trus g hospital. Sampai jek hospital dlm kol 8lbh. Nurse kt emergency mintak buat Covid Test ya before nk masuk check CTG. Itu cm pelik ya… kt ni dh sakit2 nkterberanak. Dia kata klo (+ve), xle tahan ward. Masalahnya dia ckp result 72hours! Then, what’s for nk Covid Test… hmmm Kenapa x test awal2 lg hmmm. Katanya maybe nurse kt situ terlepas pandang Onde. WHAT!!! Kt ni dahla sakit2. Trus cm hilang jap contraction! Pic atas ni la yg buat utk Covid test
Layankan test la…lama ya tgu doc emergency tu nk test! berair2 mata and nk termuntah sebab mmg panjang ye dia masuk dlm hidung and mulut ni
Mon Ryanti mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Hasrul pada September 2014. Sebelum ini keduanya sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Tahniah diucapkan kepada Mon Ryanti dan keluarga atas kehadiran bayi lelaki yang baru. Walaupun jauh dari suami dan bersalin dalam musim PKP ni, akhirnya semuanya dipermudahkan. Semoga ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Selamat berpantang Mon Ryanti!
Peningkatan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) sangat membimbangkan. Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di tadika, taska atau prasekolah.
Menerusi laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penyakit HFMD berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran dengan kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun hampir 100 peratus, terutama di premis tempat tumpuan, kanak-kanak seperti taska, tadika atau sekolah.
Justeru ibu bapa dan penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai simptom jangkitan dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat awam, taska atau tadika dan membawa anak untuk mendapatkan rawatan, selain membersihkan permainan anak serta lantai rumah terutama di tandas.
Sementara itu, di FB Cik Lisa, dia berkongsi pengalaman anak dijangkiti HFMD dan caranya merawat penyakit itu hingga boleh sembuh dengan cepat. Antaranya dengan menjaga kebersihan dan memastikan kesihatan anak berada pada tahap optimum.
Kalau mak mak semua nak tahu, saya pakai ni untuk anak saya yang baru sembuh dari penyakit HFMD. Saya guna sabun cetaphil tu untuk mandi. Lepas mandi lap kering-kering, pakaikan pampers sahaja dan biarkan tidak berpakaian.
Lepas itu sapu cream atau lotion tu ke seluruh badan. Tak sampai beberapa hari pun bintik-bintik air tu akan kecut dan hilang. Untuk ulser dalam mulut, saya pergi klinik as-salam dia bagi spray.
Doktor suruh spray je selalu, dan alhamdulillah anak saya sembuh dengan cepat . Mungkin mak-mak boleh cuba.
Susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara. Di antaranya botol plastik bebas Bisphenol A (BPA), botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu bebas BPA.
Terdapat pelbagai ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat daripada bahan bebas BPA.
BPA adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polikarbonat. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. Ia boleh larut ke dalam susu apabila didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
Di Malaysia, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah daripada bahan bebas BPA. Kebiasaannya jangka hayat botol bebas BPA adalah sekitar enam bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera. Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
Kesan calar
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar, sekali gus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
Warna botol
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang dilakukan untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia daripada plastik.
Bau botol
Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.
Sementara itu, botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu daripada ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi menjimatkan kos sara hidup, bandaraya Tokyo, Tokyo merancang untuk menyediakan khidmat penjagaan anak secara percuma untuk semua kanak-kanak prasekolah bermula September 2025.