Sepanjang  berpuasa, diakui akan berlaku penurunan penghasilan susu ibu ekoran daripada anda yang keletihan, tidak menjaga pemakanan, kurang efisyen mengosongkan payudara dan sebagainya.

Salah satu cara untuk pastikan anak mendapat bekalan susu ibu yang mencukupi ialah dengan konsisten mengepam payudara

Ada segelintir ibu menyusu gentar apabila Ramadan menjengah. Jika di bulan biasa, saat terasa dahaga, bolehlah basahkan tekak dengan air atau ambil makanan yang boleh membekalkan sumber cecair pada bila-bila masa. Namun apabila berpuasa, keadaan jadi berbeza.

Anda sudah tentu maklum bahawa konsep asas penyusuan susu ibu ialah semakin banyak permintaan, semakin banyaklah penawarannya. Janganlah hanya kerana letih berpuasa, anda culas ikuti jadual mengepam. Penghasilan susu ibu boleh menyusut jika hal ini tidak dititikberatkan. Dalam usaha memastikan diri berterusan menghasilkan susu ibu untuk keperluan si manja, anda perlu konsisten mengosongkan payudara di samping menjaga pemakanan harian semasa bersahur dan berbuka puasa.

Langkah seterusnya ialah anda perlu mewujudkan satu jadual khas mengepam payudara bagi mengumpul stok susu ibu perahan. Hal ini penting terutamanya bagi anda yang bekerja. Ingat ya, walaupun berpuasa di waktu kerja, anda tetap perlu pam seperti kebiasaannya. 

Jadual pam khusus semasa bulan Ramadan ini perlu dilakukan dengan tekun supaya dapat memastikan penawaran susu ibu dapat berjalan lancar. Apabila ada permintaan berterusan iaitu anda mengepam payudara di tempat kerja, sudah pasti proses pengeluaran susu ibu tidak terjejas.

Ada yang berpendapat bahawa anda perlu mengikuti jadual ini sebulan sebelum berpuasa lagi. Dengan yang demikian, ia dapat merangsang lebih banyak penghasilan susu ibu. Jadi, lakukan ikut kemampuan diri sendiri.

IKLAN

Jadual ini dihasilkan berdasarkan kepada jadual wanita yang bekerja mengikut waktu pejabat biasa. Sekiranya anda bekerja secara shif atau bekerja pada waktu selain daripada waktu yang dinyatakan, sesuaikan jadual ini mengikut waktu bekerja dan keperluan pekerjaan anda.

Paling penting pastikan jarak mengepam tidak melebih daripada tiga jam setiap sesi pengepaman. Bila kerap payudara dikosongkan, lebih banyak hormon proklatin. Maka, lebih banyak susu bakal dihasilkan.

Antara tip tambahan yang boleh dikongsikan ialah anda perlu susukan bayi secara terus ke payudara mengikut keperluannya selepas dan sebelum ke tempat kerja. Jika pada waktu itu, dia hanya menyusu di sebelah payu dara, bolehlah anda amalkan tandem nursing dengan mengepam di sebelah payudara lainnya.

WaktuSesi mengepamCadangan pemakanan
Sebelum waktu bekerja

(4.30 pagi – 6.00 pagi)

IKLAN
Sebelum sahur atau selepas sahur

(minum 1 gelas air suam/panas kosong sebelum dan selepas mengepam)

Sahur + 3 biji kurma + susu
Waktu bekerja

(8.00 pagi – 5.00 petang)

10 pagi

1 petang

IKLAN

4 petang

Tiada
Selepas waktu bekerja

(6.00 petang – 11 malam)

Sebelum tidur

(minum 1 gelas susu suam sebelum dan selepas mengepam)

Berbuka puasa + 3 biji kurma

Moreh selepas solat tarawih + 3 – 5 biji kurma

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI