Fasa keresahan pemisahan (separation anxiety) adalah perkembangan normal dan mesti di lalui semua bayi. Ia berlaku seawal usia 6 bulan hingga sekitar 20 bulan dan menyaksikan bayi menjadi lebih 3C: Crying (menangis), Cranky (merengek) & Clingy (nak melekat/berdukung).

Berikut adalah tip yang boleh mengurangkan stres ibu bapa melalui tempoh sukar yang tidak boleh dielakkan ini;

  1. GALAKKAN PERASAAN BERKUASA PADA BAYI

Bayi boleh, perlu & suka meluangkan masa sendirian. Contohnya bila anda melihat bayi telah terjaga dari tidurnya namun leka termenung, memandang sekeliling,bermain-main dengan jarinya sambil ‘membebel’ sendirian. Usah ganggu moment ini!. Perhatikan dari jauh dan biar bayi menikmati saat ini selama yang dia perlukan. Ruang meneroka dan mengamati suasana sekeliling secara sendirian akan memberi rasa ‘dunia ini ok’, ‘saya ok walau sendirian’ kepada bayi.

Kalau Nampak Bayi Bangun Tidur, Bermain Dengan Jari & Membebel Sendiri Usah Ganggu!

  1. RILEKS IBU!

Bayi sangat awas dan cepat menangkap ekspresi wajah serta gaya tubuh manusia. Contohnya dalam situasi bayi yang sedang belajar untuk meniarap. Anda boleh memilih untuk menjadi salah satu dari ibu berikut: ibu yang membantu bayi membalikkan diri pada setiap cubaannya. Atau menjadi ibu yang meniarap sama aras dengan bayi sambil menyorak kata-kata semangat seperti, ‘sikit lagi..sikit lagi sayang! You can do it! ‘, menunggu reaksi bayi dan hanya bila bayi sudah menangis atau nampak seperti sudah mahu mengalah, ibu bertanya penuh optimis, ‘ adik dah penat?. Nak ibu dukung sekarang?’. Kedua -dua ibu memang berjaya menyampaikan mesej kasih sayang pada bayi mereka. Bezanya, bayi dengan ibu ‘ si tukang penyelamat setiap masa’ akan membuat bayi rasa bahawa ibunya saja yang mempunyai kuasa magik bagi setiap perkara. Manakala ibu ‘si tukang sorak yang optimis’ akan membuat bayi merasa selamat dan yakin diri bahawa dia hanya perlu terus mencuba.

Ads
  1. KEKAL POSITIF

Bayi adalah cerminan ibunya. Ibu yang penuh risau akan berbisik kata-kata ,’ tak ada apa la. Orang tu takkan kacau atau makan adik’ setiap kali berhadapan dengan orang baru/asing. Niat ibu mungkin murni,tapi ketahuilah kata-kata tersebut hanya mengukuhkan lagi apa yang ditakuti atau difikirkan bayi. Ia serupa dengan cuba untuk membuat anak-anak berani melalui kata-kata, ‘ mana ada hantu kat sana’. Memang tak pernah berjaya kan?. Ibu hanya perlu rilekskan gengaman tangan anak dan berbual bersahaja setiap kali berjumpa orang asing seperti ia bukan hal yang besar pun.

  1. JANGAN SIBUK NAK IKUT ANAK

Di taman permainan, rumah orang atau mana-mana tempat baru, lepaskan anak untuk pergi dan buat apa yang dia mahu. Ibu hanya perlu duduk setempat dan kekal lah disitu memerhati keselamatan anak dari jauh. Perbuatan sibuk mengekori anak ke setiap ceruk akan membuat anak yakin bahawa dia belum layak untuk berpisah dari ibu. Ibu yang kekal duduk juga akan menyampaikan mesej bahawa adalah ok untuk anak pergi, dan dia hanya perlu kembali jika mahukan ibu.

Kalau Nampak Bayi Bangun Tidur, Bermain Dengan Jari & Membebel Sendiri Usah Ganggu!

Ads
  1. LAYANNN…

Sepanjang proses untuk menjadi individu bebas, adalah biasa untuk bayi keliru. Dia tidak tahu cara yang tepat dan dia juga tak pasti jika dia telah sedia. Maka amat biasa bayi nampak gembira pada 1 minit, dan mula nak berdukung pada minit yang lain. Bagi ruang untuk bayi menguji dirinya sendiri; dukunglah bila dia perlukan dan lepaskan bila dia mahu bebas.

  1. JANGAN REMEH ATAU KETEPIKAN PERASAAN ANAK

Perasaan anak itu sah dan wujud. Kita hanya perlu mengakuinya dan bukan meremehkan apa lagi menghukum dengan kata-kata seperti,
‘Tak habis-habis merengek. Kan mama dah main dengan adik tadi?’, ‘shhhh!’, atau ‘ tak ada apa la. Nak nangis kenapanya?’.
Sokong dan hormati perasaan itu sebagai tanda anda faham seperti, ‘ Mama tahu adik sedih. Adik tak nak mama pergi. Mama datang 5 minit lagi ok’. Ramai tidak sedar tetapi menambah pertanyaan ‘ok?’ di belakang memberi bayi rasa ‘hebat’ dan tidak diketepikan kerana anda seperti meminta izinnya. Mengesahkan perasaan anak dengan jelas akan selalu berjaya memperlahan /menghentikan esakan anak kerana anak tahu anda telah faham dan tak perlu dia terus menerus mempromosi perasaan sedihnya.

  1. BERPISAH DENGAN YAKIN

Selalu berani untuk beritahu anak setiap kali anda perlu pergi. Jangan amalkan mencuri-curi keluar/lari dari anak. Ia hanya mencalarkan rasa percaya anak. Peluk dan cium anak dengan erat tapi pantas, ucapkan kata perpisahan yang singkat seperti, ‘ Mama pergi work dulu. Petang nanti mama ambil adik. Be good ‘ dan terus pergi. Usah teragak-agak, menoleh-noleh lagi atau kembali pada anak yang mula menangis. Keresahan anak mencetus keresahan ibu, yang mana ia mengukuhkan kecerewetan bayi dan seterusnya membentuk pasangan ibu-anak yang selalu resah. Lebih buruk jika ibu mula berjanji bermacam perkara untuk mengawal situasi. Ia hanya memberitahu anak bahawa perbuatan ibu keluar berkerja itu memang salah maka ibu harus menggantinya dengan janji-janji seronok yang lain. Tak mengapa jika anak terpaksa bersedih. Ini realiti hidup. Seronok bukan untuk sepanjang masa. Anak yang gembira bukan bermaksud anak yang tidak menangis langsung. Anak yang gembira ialah anak yang ada kestabilan dan kawalan kendiri terhadap pelbagai emosi.

Ads

Kalau Nampak Bayi Bangun Tidur, Bermain Dengan Jari & Membebel Sendiri Usah Ganggu!

  1. USAH TERASA

Sebahagian bayi lebih sensitif terhadap pemisahan berbanding yang lain. Ini soal personaliti bayi dan tiada kaitannya dengan anda. Jadi janganlah cepat terasa dan membandingkan bayi anda dengan bayi lain pada setiap sekecil- kecil perkara. Contohnya jika hari ini anda berharap dan menjangkakan anak anda akan menyertai kawan- kawan yang lain di taman permainan, namun perkara sebaliknya pula berlaku, usah bengang. Lepaskan saja jangkaan awal anda itu dan alu-alukan anak anda yang hanya mahu duduk bersama anda. Biar anak duduk dan memerhati. Usah mempromosi hal bagaimana anak orang lain ok saja bermain dan tak ada apa yang perlu dia takutkan. Bila kita percaya yang anak kita perlu duduk dengan kita pada ketika itu, kita telah bagi keyakinan padanya bahawa kita tidak menafikan rasa resahnya. Maka proses keresahan pemisahan akan menjadi mudah kerana bebas drama , bebas jangkaan. Yang ada hanya realiti.

  1. LATIH CIPTA SUASANA SELESA

Tempat atau orang baru sentiasa merisaukan bayi. Maka amalkan mencipta rasa selesa pada setiap tempat atau orang baru. Misalnya luangkan masa untuk duduk, berbual-bual dan keluar masuk rumah bakal pengasuh. Lama kelamaan ia membuat bayi sedar bahawa orang atau sesuatu tempat itu telah di ‘luluskan ok’ oleh orang yang paling anak percayai iaitu ibunya.

Sumber: Uswatun Hasanah – baby

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI