Mungkin sesetengah isteri akan menolak apabila suami nak peluk cium selepas pulang dari kerja atau selepas dia keluar berjoging di luar. Yalah, siapa yang tahan bau ketiak suami bila dah dibasahi peluh kan?
Menciumnya saja boleh buat hidung hilang deria bau! Tapi janganlah negatif sangat, kerana bau ketiak suami sebenarnya dapat membantu isteri menghilangkan rasa stres.
Sebuah kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania dahulu membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu mengurangkan tekanan dan melancarkan aliran haid. Pelik, tapi benar!
Satu kajian pernah dibuat, bau ketiak lelaki ‘diproses’ daripada mereka yang tidak menggunakan wangian pada bahagian bawah lengan. Kaedah ini dilakukan untuk membuktikan kenyataan deria bau wanita boleh tertarik dengan bau lawan jantina.
Ads
Dalam penyelidikan itu, wangian tersebut disapukan pada bibir sekumpulan wanita berusia 25-45 tahun dan mereka tidak diberitahu bahawa ia adalah bau lelaki. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita-wanita terbabit diukur dan penemuannya sangat menakjubkan! Rata-rata mereka bertambah ceria dan mengurangkan ketegangan yang mereka alami sebelum itu.
Selain itu, sebuah bancian yang dibuat ke atas 10 ribu pasangan berkahwin (mengikut sumber kajian MOHEMA) mendapati hanya 45% isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami, itupun kebanyakannya selama tiga tahun pertama perkahwinan sahaja. Hanya 21.7 peratus didapati masih bermanja tidur bawah ketiak suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. So sweet!
Sebenarnya hormon bau yang dikeluaran dari ketiak suami dapat membantu mengaktifkan hormon isteri sehingga mereka berasa damai dan tenang. Ia adalah petanda bahawa bau phero suami sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon si isteri.
FAKTA MENARIK:
Dalam kajian tersebut juga mendapati isteri yang tidur atas lengan suami akan tidur lena. Isteri yang suka mencium bau ketiak suami juga akan lambat menjadi tua. Pesanan buat suami, jangan cukur bulu ketiak sehingga licin, biarkan sedikit bulu ada di situ kerana ia merupakan ajen penyebar bau phero yang disenangi wanita.
Ada ibu yang terpaksa menjalani pembedahan ketika melahirkan bayi kerana bayi dalam kandungan besar saiznya. Hal ini dipanggil sebagai macrosomia di mana fetus bersaiz besar melebihi dari 4kg.
Fetal macrosomia atau fetus besar adalah apabila berat fetus dijangkakan 4kg atau lebih berdasarkan penilaian klinikal & skan.
Lazimnya, mommy yang disyaki mengalami macrosomia disyorkan untuk melahirkan secara pembedahan Cesarean untuk mengurangkan risiko seperti :
• Distosia bahu
• Rahim pecah
• Kecederaan perineum yang teruk
• Tumpah darah
Dalam kes tertentu, jika Doc yang merawat khuatir baby boleh mencapai saiz yang lebih besar sekiranya kehamilan diteruskan, mommy mungkin perlu menjalani prosedur ‘induce’ agar baby dapat dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan.
5 tips kurangkan risiko baby besar @ Macrosomia:
* Capai berat badan sihat sebelum hamil
* Bagi mommy dengan diabetes, capai pengawalan paras gula yang optimum sebelum & ketika hamil
* Diet sihat, utamakan diet dengan indeks glisemik rendah, porsi sihat & cara penyediaan hidangan yang sihat ketika hamil.
* Kekal aktif & melakukan senaman yang bersesuaian.
* Hanya mengambil suplimen yang disyorkan oleh doktor sahaja.
Pengalaman yang diceritakan doktor ini agak menakutkan. Hanya sebulan selepas mengambil pil yang dikatakan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu, pemeriksaan kesihatan mendapati organ hatinya terjejas sehingga mengalami keradangan.
Dr Maimuna Amin yang sedang menyusukan bayinya tidak dapat menjaga waktu mengepam dan terpaksa menngambil milkbooster untuk mengekalkan jumlah susu harian. Setelah sebulan mengambilnya, tergerak hati untuk membuat pemeriksaan.
Ekoran dari itu, Dr Maimuna telah mengingatkan agar berhati-hati jika mengambil sebarang suplemen. Beliau menyarankan agar membuat pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan sekali.
Beliau telah berkongsi posting beliau mengenai perkara ini seperti berikut;
I posted this before in TBAN but when I searched for it, it has disappeared. Thought long and hard whether to post this on my own page. Berbulan jugak laaa fikirnyaa..
So here to create awareness, I’m posting this again. As you all know I’m a breastfeeding mom. As a BF mommy I’m actually struggling to maintain my supply. Due to my working hours, I don’t get to spend much time to pump especially during oncalls. So in desperate times, I took a milkbooster pill called *****. I took it for a month, then decide to check my renal and liver profile. Since I do have my doubts regarding all these supplements. ?
And yes, my liver functions went sky high. I developed drug induced hepatitis. Fortunately, it went back to normal in 2 weeks after I stopped taking it & I decide to throw away that thing.
This happened in April. Now my baby is on mix feeding and I accepted that she’s not meant to be a fully breastfed baby. ?
Please be careful with any supplements that u consume and please do health screening at least every 6 months.
===============================
Sedemikian ramai yang tahu, saya seorang ibu yang menyusu badan. Dan sebagai seorang ibu yg menyusu badan, saya mempunyai masalah untuk mengekalkan jumlah susu harian saya. Disebabkan oleh jadual kerja saya, saya tidak dapat menjaga waktu pam saya terutama ketika saya bertugas atas panggilan.
Jadi ketika waktu kritikal, saya membuat keputusan untuk mencuba pil milkbooster jenama *****. Selepas sebulan mengambil pil tersebut, saya ambil darah saya untuk cek fungsi buah pinggang dan hati saya kerana saya tidak yakin dengan kebanyakkan supplement yang ada dipasaran.
Seperti yang dijangka, fungsi hati saya naik mendadak. Saya mendapat radang hati. Selepas dua minggu berhenti makan MB tersebut, fungsi hati saya kembali normal & saya terus buang MB tersebut.
Sila berhati-hati jika anda makan apa-apa supplement dan disarankan membuat pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan.
Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang dilahirkan sihat sempurna diuji sakit sehingga hilang kedua-dua kakinya. Menurut Kaasnida Mohamed Nazar, 34, sempena bulan Ramadan penuh keberkatan doanya hanya mahu melihat anak bongsunya sihat dan aktif seperti kanak-kanak lain.
Berkongsi cerita mengenai Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif yang dijangkiti kuman meningococcal sehingga hilang kedua-dua kakinya, ibu tabah tersebut cukup pilu.
Tidak hanya kaki, beberapa jari tangan anak bongsu daripada tiga beradik itu terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya selepas kuman merebak dengan terlalu cepat.
Jangkitan jenis meningitis itu adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang dan boleh menggagalkan fungsi organ badan.
Mulanya naik bintik merah di kaki
Memetik laporan Sinar Plus, Kaasnida memberitahu, ketika anaknya yang manja dipanggil Ziyad berusia dua tahun, bintik-bintik merah pada kaki tiba-tiba muncul dengan banyak. Beliau juga diserang demam panas melampau dan cirit-birit sehingga tidak mampu berjalan.
“Rupa-rupanya ia merupakan petanda kepada penyakit berbahaya itu. Kemudian, Ziyad tidak lagi aktif seperti biasa. Ketika itu, saya dah mula tidak sedap hati apabila tangan dan kakinya juga lemah.
“Apabila suhu badannya mencecah 39.8 darjah celsius, saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lagi membuat hati saya tak keruan apabila kaki dan jari tangan Ziyad tiba-tiba menjadi lebam kehitaman,“ ujarnya yang mendapatkan khidmat pakar berbeza di dua buah hospital.
Doktor jangkakan hayat Ziyad 50 peratus sahaja
Sebaik doktor memaklumkan hayat anak kecil itu 50 peratus sahaja, perasaan Kaasnida semakin berkecamuk. Ditambah laporan imbasan Computed Tomography yang menunjukkan diagnosis yang meresahkan.
“Setelah dua minggu berada di wad isolasi, doktor beritahu saya, beberapa jari Ziyad terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan lebih parah. Selepas itu, Ziyad disyorkan menjalani pembedahan kali kedua untuk memotong kedua-dua kakinya yang semakin teruk.
“Saya bagai nak pitam mendengar kata-kata doktor. Walaupun hati ini berat, namun kami suami isteri terpaksa merelakannya demi menyelamatkan nyawa si kecil ini,” katanya yang kini menetap di rumah mertuanya di Felda Mempaga Tiga, Bentong.
Risau fikir masa depan Ziyad
Kata Kaasnida, fikirannya hanya memikirkan masa depan si anak. Bagaimana keadaan Ziyad jika bersekolah nanti? Adakah si kecil itu akan mengalami kemurungan? Adakah beliau akan menyalahkan diri sendiri? Bagaimana pula jika diejek rakan sebaya?
“Itu antara soalan yang berputar ligat dalam fikiran saya. Ibu mana tak risau. Sekarang ini pun jika kami keluar berjalan-jalan, mesti ada yang bertanya tentang Ziyad,“ katanya.
Pun demikian, berkat doa ibu dan ayah termasuk orang sekeliling serta kuasa ALLAH SWT, kanak-kanak itu dilihat semakin cekal dan memahami keadaan dirinya yang tidak seperti orang lain.
“Apabila ada orang tanya di manakah kakinya? Dengan tenang Ziyad akan berkata: ‘Ziyad kan sakit, ALLAH kan sayang Ziyad, kaki dan tangan Ziyad kini ada di syurga‘.
“Itulah ayatnya yang ramah menjawab pertanyaan orang. Melihat Ziyad yang kuat semangat, membuatkan saya terus positif dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Ziyad yang saya sayangi,“ tuturnya.
Meskipun transisi si kecil itu yang kini sudah berusia lima tahun bertambah baik, Kaasnida masih berulang-alik ke Hospital Rehabilitasi Cheras, Selangor untuk latihan fisiologi Ziyad memakai kaki palsu.
Pembedahan susulan
Selain itu, pemeriksaan susulan pakar tulang di Hospital Temerloh turut dilakukan. Namun, suri hati kepada Mohamad Razif Razali, 40, kini sangat lega apabila anaknya sudah bebas daripada jangkitan kuman.
“Selepas menjalani dua lagi pembedahan membuang tulang jari dan kaki pada dua tahun lalu, alhamdulillah kesihatan Ziyad bertambah baik walaupun tidak sepenuhnya.
“Namun, doktor beritahu bahawa tulang kakinya akan memanjang seiring pertumbuhan Ziyad hingga umur 18 tahun. Dia juga perlu dibedah sekali lagi bagi mengelakkannya sukar untuk berjalan ketika menggunakan kaki palsu,“ katanya.
Wanita berkenaan mengaku, keluarga beliau yang bergantung dengan pendapatan suami sebagai operator kilang, selain bantuan kerajaan bernilai RM300 sebulan memang tidak mencukupi.
“Untuk meminta-minta, saya cukup segan. Bayangkan, untuk urusan rawatan susulan dan latihan (fisiologi) memerlukan banyak wang memandangkan kami terpaksa berkampung hampir sebulan di hospital,” ujarnya.
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan untuk memberi peluang dan memudahkan Ziyad meneruskan prosedur di hospital, bantuan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB 7035288877 atas nama Kaasnida Mohamed Nazar.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...