Petua lama jangan ditinggalkan. Tubuh badan anda daripada segi dalaman dan luaran harus dijaga sebaik-baiknya sepanjang tempoh berpantang.

Hal ini perlu dilakukan  untuk mengembalikan kesegaran badan, memastikan kesembuhan, melancarkan peredaran darah dan seterusnya menaikkan seri wajah.

Makan ulam-ulaman kampung
Mengambil ulam-ulaman kampung yang tidak berangin seperti pegaga, kaduk dan temu bagus untuk kesihatan dalaman ibu berpantang.

Jika anda belum mengenali ulam temu, ia seakan-akan halia, tetapi rasanya lebih pijar. Malah, baunya pun berbeza daripada halia.

Temu boleh diperoleh di pasar biasa. Anda boleh bertanyakan temu kepada penjual yang sememangnya menjual ulam-ulaman kampung.

IKLAN

Amalkan makan buah oren
Setiap hari, anda sangat digalakkan untuk mengambil sebiji buah oren dalam mana-mana hidangan makan. Hal ini perlu dilakukan bagi membantu mempercepatkan usaha penyembuhan luka.

Tidak kiralah sama ada ada anda bersalin secara normal ataupun melalui pembedahan caesarean.

Ketahuilah, buah oren kaya dengan vitamin C dan ia buah yang selamat dimakan sewaktu dalam tempoh berpantang.

IKLAN

Dapatkan tukang urut
Usahakan untuk mencari tukang urut bertauliah yang mahir mengurut wanita selepas bersalin. Jadi, dapatlah keseluruhan tubuh anda diurut bagi membantu membuang angin dan memperbetulkan sistem dalaman badan.

Amalan urut semasa berpantang adalah perkara yang wajib dilakukan biarpun anda berpantang sendiri di rumah.

Untuk itu, cari dan tempah tukang urut sebelum anda bersalin lagi. Nyatakan tarikh jangkaan bersalin anda dan hubunginya sebaik sahaja anda selamat bersalin untuk menetapkan tarikh yang tepat untuk memulakan sesi urutan.

IKLAN

Bertungku setiap pagi dan petang
Rutin ini perlu dilakukan setiap hari. Jangan culas. Jadualkan masa yang tetap setiap pagi dan petang untuk bertungku. Hal ini bagi memastikan anda tidak culas untuk bertungku.

Bagi anda yang mungkin bersendirian di rumah, tungku yang paling mudah digunakan ialah tungku herba. Di dalamnya sudah terkandung semua herba yang diperlukan. Jadi, tidak perlulah anda bersusah payah menyediakannya setiap kali mahu bertungku.

Jika lebih selesa untuk menggunakan tungku batu atau besi, anda masih boleh gunakannya. Namun, minta bantuan suami untuk menyediakan bahan-bahan yang perlu digunakan sebelum dia ke tempat kerja.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI